Kau Yang Teristimewa............


Dulu masa aku pergi interview untuk masuk KPLI ada satu peristiwa yg berlaku yg aku akan kenang sampai bila-bila. Turn aku masuk bilik temuduga masa tu lambat lagi..kira aku ni orang yang hampir terakhir le....masa tu sorang2 keluar dari bilik temuduga..muka masing2 macam upset je.. Aku pun tanya susah ke soalan, setiap orang yang aku tanya semua kata susah, ada yang kena tanya Falsafah Pendidikanlah...Piagam Pelangganlah, KPM lah, Wawasan 2020 lah...terduduk jap aku bila dengar mereka bercerita....
+/- Nak tahu kisah selanjutnya...silalah klik sini

Nak dijadikan cerita, tibalah turn aku... (ketor ni)...aku pun memperkenalkan diri dengan muka yg amat confident + cute lagi (cehh perasan)..entah macam mana aku boleh masukkan ayat ni "Saya mempunyai 10 orang adik beradik dan salah seorang daripada adik beradik saya Down Syndrome".....aku pun tak tahu kenapa aku boleh terkeluar ayat tu... Interviewer pun tenung muka aku dgn tajam sekali...lantas bertanya kepadaku (macam ayat novel daa)..

"Bagaimana kalau adik awak tu kita hantar ke pulau yg mana semuanya Down Syndrome macam dia, kita sediakan tenaga mahir untuk melatih mereka di pulau sana, jadi takdelah orang boleh kacau mereka"....masa tu aku terus terkenang adikku Aishah, aku tertunduk ke bawah... "aik, tadi bukan main lagi awak bercakap macam orang politik...sekarang kenapa tiba2 macam sedih je" ..."Saya terkenang nasib dan masa depan adik saya..saya tak setuju kalau dihantar ke pulau, mereka juga punya hak untuk bercampur dengan sesiapa sahaja, cuba tempatkan diri kita di tempat mereka" masa tu Tuhan je yg tau betapa sedihnya hati ini dan hampir menitis airmata aku, terdiam jap mereka (takut aku nangis kot :-) ) "Bagus...awak punya sifat empati, ciri yang perlu ada bagi seorang guru"....pastu mereka pun tanya pasal apa itu Down Syndrome, mcm mana boleh jadi gitu (mentang-mentanglah aku ni nak amik KPLI Sains)...aku pun terangkanlah macam gaya orang nak jual ubat lagaknya... hehe ...Alhamdulillah kira oklah, takdelah tanya falsafah ke, piagam pelanggan ke, wawasan 2020 ke..... rezeki aku...

Bila aku terkenang kisah tu, aku mesti teringat adikku Aishah...kisah dia banyak membantu aku dalam temuduga KLPI dulu...Aishah, Along rindu sangat kat Aishah....
(ku letakkan diri di tempat mereka....tercipta madah dari lubuk hati yg dalam..hayatilah...)
Andai aku menyusahkan...
Maaf ku pinta sepenuh hati
Biarlah aku berlalu
Atas kekurangan ini ku membawa diri
Bukanlah mahuku begini
Kecacatan diri usah tangisi
Atas nama takdir terciptanya aku

Terima kasih padamu tuan
Yang masih boleh menitis rasa
Yang menyalur segala jasa
Pada tulusnya hati yang membantu
ketika aku melangkah
pada tangan yang sudi memimpin
dan ketika aku terjatuh
masih lagi ada tangan yang sudi menolong
Ku merintih kasih pada yang sudi
Ku mencari kekuatan pada yang memberi..

Walau langkahku kabur
Hanya disinari dian yang sebatang
Namun cahaya itu cukup terang bagiku
Buat memandu perjalanan hidup
Dalam meniti hari yang berliku
Yang entah mana hujungnya
Tapi ku tahu..
Tuhan tetap berada di sisi
hingga ajal datang menjemputku
Wallahua'lam....

+/- Klik di sini untuk mengetahui apa itu Down Syndrome :-)

Keadaan “Down Syndrome” terjadi bila kromosom (baka) dalam tiap-tiap pecahan sel tidak sempurna.. Pada kebiasaannya, setelah telur disuburi (bergabung), terjadilah pecahan sel di mana tiap-tiap sel mengandungi 23 pasangan kromosom (46 kromosom). Sel-sel ini terus berlipat ganda dan menyerupai sifat-sifat sel yang terdahulu daripadanya. Dalam “Down Syndrome”, kromosom-kromosom dalam tiap-tiap pecahan sel dari awal lagi tidak berpasangan dengan sempurna. Ada kecacatan dalam pecahan sel ini. Ada tiga jenis “Down Syndrome” yang boleh berlaku.
“Down Syndrome Trisomy 21”



“Down Syndrome Trisomy 21” melibatkan lebih kurang 94% daripada semua individu-individu yang mempunyai "Down Syndrome". Disini bila pecahan sel mula berlaku tiap-tiap sel mengandungi 47 kromosom (23 pasang + 1). Kromosom yang terlebih itu barganding dengan pasangan kromosom 21. Sel-sel ini terus berlipat ganda dan mempunyai sifat yang sama dengan yang terdahulu daripadanya.Walaupun kita mengetahui yang jenis “Down Syndrome Trisomy 21” tidak disebabkan oleh keturunan tetapi kita tidak mengetahui mengapa ianya berlaku.

“Mosaic Down Syndrome”

Jenis “Down Syndrome” ini melibatkan lebih kurang 4% daripada semua individu-individu yang mempunyai “Down Syndrome”. Di sini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna (46 kromosom) , dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan kromosom yang tidak sempurna(47 kromosom). Sel-sel yang sempurna dan yang tidak, terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran(mosaic) pun terjadi. Kadar perbandingan diantara sel-sel yang sempurna dan sel-sel yang tidak sempurna berbeza dari individu ke individu yang terlibat, samaada lebih teruk atau kurang teruk jika di bandingkan dengan “Trisomy 21” . “Mosaic Down Syndrome” juga tidak disebabkan oleh keturunan.

“Translocation Down Syndrome”

Jenis “Translocation Down Syndrome” ini ialah jenis yang paling kurang. Ianya melibatkan 2% daripada semua individu-individu yang mempunyai “Down Syndrome”. Ianya boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Lebih kurang 1 daripada 3 kejadian ini , seorang daripada ibu bapa ialah pembawa yang seimbang. Ini bermakna walaupun mereka ialah pembawa kromosom yang tidak sempurna, keseimbangan nya menyebabkan ibu atau bapa itu sendiri tidak terlibat. Dalam keadaan “Translocation Down Syndrome” sebahagian daripada kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan kerap kali pada pasangan kromosom 14. Pada kebiasaan nya 2 daripada 3 kejadian ini, ibu bapa bukanlah pembawa, dan kemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai “Down Syndrome” tidak lah lebih besar daripada ibu bapa yang lain. Sepanjang yang diketahui keadaan individu-individu yang mempunyai “Translocation Down Syndrome” sama dengan keadaan individu-individu yang mempunyai jenis “Down Syndrome Trisomy 21”.

Adalah amat penting untuk kita mengetahui yang “Down Syndrome” bukanlah disebabkan oleh keadaan social, bangsa, ekonomi atau alam sekililing. Ibu bapa harus mengetahui yang tiada siapa yang boleh disalahi. “Down Syndrome” bukanlah disebabkan oleh ibu yang tersalah makan ubat atau makanan yang lain. Ianya juga tidak disebabkan pemikiran ibu yang terganggu atau kegiatan ibu di-masa mengandung.

9 comments:

Hanafiah said...

Rindunya kat Aisyah....

Nida said...

atat lazim..air gesssssssssss

Asmida said...

Hanya insan istimewa ini sahaja Allah menjanjikan syurga untuk mereka......

Nida said...

Kita ni belum tentu lagi.....

p/s Aishah gi sekolah tak ari ni?

Asmida said...

sekolah.. cian mak memujuk dia tiap2 ari kesekolah...jap nak mak, jap nak a..yu, jap nak ajim....itulah insan terpilih dari Allah...he eh he..

Nida said...

...kesian mak...nasib baik tiga orang je dia sebut nama..kalau ramai yang ada kat rumah tu..habis semua nama dia sebut, bangunnya tak juga..hehe

admie said...

sedih le entry nih...takpe..kadang2 gelagat diorg ni menghiburkan hati kita juga kan..n muke diorg ni kebanyakkannye comel2...nak2 pulak yang kecik2 umur 1-2 tahun tu...

Nida said...

itulah kekuasaan Allah..muka mereka semua hampir sama....memang comel pun...badan pun boleh tahan comel gak (Aishah tu 3/4 kali ganda besar dr Kak Ida..hehe)

Rafflesia™ said...

sedih bile syieda ade ditempat akak mase ditanye macam tu.. baca entri ni pun air mata dah bergelinang..hukhuk.. sensitive nye syieda..

semoga aishah sihat selalu.. =.=