Bermandikan Asap Dan Air

Adeiii, pening betul kepalaku nak fikir tajuk apa yang sesuai.. last-last tajuk ini juga yang tercetus..hehe, pasrah je ler pembaca ye akan tajuk yang ntah apa-apa dariku (kali ni Along@Nida yang menaip entri).


Alkisahnya aku nak ceritakan pengalaman kami ke salah sebuah tempat yang wajib dilawati andai berada di Auckland ini. Kenapa aku kata wajib, sebab rasanya di Malaysia tiada pengalaman begini kot (maaf andai aku tersilap). Tempat yang aku maksudkan ialah di Glenbrook Vintage Railway, lebih kurang sejam dari rumah aku dengan menaiki kereta. Dah namanya pun vintage, jadi serba serbi di sini ala-ala macam dahulukala, baik dari segi gerabaknya, pakaian pekerjanya,  kenderaan pekerjanya, suasana persekitarannya dan dekorasi tempat jualan tiketnya, pendek kata pasti anda akan berada di tahun 70an gitu.


Paling syok bila berada di atas gerabak keretapi tu, rasa macam dalam penggambaran Harry Potter pun ada..hehe . Jom layan gambar di bawah....




Anak-anak di depan bangunan Glenbrook Vintage Railway





Beg lama sebagai pameran... memang mengimbas nostalgia silam.





Dinding gerabak keretapi yang dibuat daripada kayu.





Sempat lagi tu berposing dengan basikal pekerja tempat ni..hehe





Hai.. jauh termenung nampak, hati dah sampai Malaya ke.. :-)





Syok bangat duduk atas ni.. tapi angin agak kuat, bau asap pun menusuk hidung.





Tak boleh tahan tengok gambar ni.. sampai berasap kepala aku berfikir..haha.. (orang lain yang buat PhD, orang lain yang kepala berasap..hehe)





Bergambar kenangan bersama pakcik yang tak sempat kami tanya namanya.





Lakonan mantap dari pelakon lelaki popular abad ini... :-)



Setelah puas kami bermandikan asap, kini tibalah masa untuk pergi berkelah di Hunua Falls pula. Pendapat aku, kalau nak dibandingkan air terjun NZ dengan Malaysia ni, bagi aku air terjun di Malaysia jauh lebih besar dan cantik. Tapi yang membezakannya ialah air terjun di sini (NZ) berada dalam keadaan semulajadi, ekosistemnya terpelihara, tiada pembangunan disekitarnya dan persekitarannya sangat bersih... jom layan...




♥♥♥Kami♥♥♥





Cantikkan...





Anak-anak yang happy memanjang pada hari itu..





Kalaulah jatuh kamera tu, mau seminggu aku berendam air mata..huhu.



Akhir sekali, walau dimana pun jua kita berada.. hayatilah tempat yang kita pergi itu semaksima yang mungkin kerana kita tidak akan tahu kapan kita ke sana lagi (cewaaahhh, ngomong Indonesia gitu :-) ......)


44 comments:

ucualong said...

Nur said...

izan mama mia said...

zana said...

ucualong said...

ucualong said...

oyis08 said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ardinihumaira said...

noen said...

Rizwan Ewan said...

sonata said...

NIK said...

miesha said...

ucualong said...

ucualong said...

siti murni said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

IntaNBerliaN said...

Zefa NorAsmara said...

kakyong said...

jemarisuri said...

mamasolehah said...

mario said...

zakiepurvit said...

ucualong said...

yui said...