Pertamanya mohon maaf sebab tajuk kat atas tu memang salah dari segi bahasa :). Jangan diamalkan selalu, boleh sesat anak murid dibuatnya.
Sekarang ni dah menghampiri penghujung bulan Februari. Kalau di New Zealand, saat ini bermakna kami kini berada dipenghujung musim panas. Cuma sepanjang tiga tahun kami di sini, cuaca musim panas kali ini memang agak teruk. Apa yang dimaksudkan teruk ialah hujang mungkin lebih dari 50% dari keseluruhan musim panas. Boleh baca sini kalau rajin.
OK, cukup tentang ramalan cuaca... balik semula pada topik. Pada tahun 2010, kami pernah menghantar Mizah dan Azi ke kelas renang, dan ianya dicoret di blog lama kami. Ini sebahagian petikan entri lama tu, selebihnya boleh dilayan di sini....
Sudah 2 bulan kami menghantar Kakak Mizah dan Akak Azi ke swimming class di Hilton Browns Bay Swimming Lesson. Di New Zealand rata-rata kanak-kanak pandai berenang dan terdapat 200 swim schools di sini. Mereka di sini berpegang kepada prinsip "Swim For Life"....
Namun, akhirnya kami terpaksa menamatkan kelas renang mereka, sebabnya...terlalu mahal dan kami perlu salurkan kewangan ke tempat lain. Namun, apabila berpindah ke rumah sekarang ini, mujur ada kolam sebelah rumah, sekurang-kurangnya tidaklah hilang terus skill mereka. Kolam renang ni kecil jer, tapi agak dalam. Ianya dikongsi dengan penduduk lain di lorong kami. Kolamnya pun sangat bersih dan dibersihkan oleh profesional setiap hari Jummat. Memang waktu musim panas ni, bila ada kelapangan anak-anak akan terjun kolam.
Bila pulang nanti, kami memang berazam untuk menghantar mereka belajar atau meneruskan aktiviti berenang bila ada kelapangan. Pakaian renang muslimah pun dah ada sekarang ni kan.
OK, jom layan aktiviti menduyung anak-anak kami, gambar banyak diupload untuk entri kali ni, jangan sampai lemas dah ler ye... :)
p/s - Tips mudah dari orang yang tak pro.... Gambar-gambar ini diambil dengan kamera diset pada kelajuan tinggi. Boleh cuba dengan set ke mode shutter speed (gambar orang lari, atau S). Kami guna setting manual. Tips lain, kalau gambar gelap, tinggikan nilai ISO, tapi jangan tinggi sangat, nanti gambar banyak noise (bahasa pasarnya, gambar kelihatan berbintik2).
Sekian dari yang bukan pakar ;-)
18 comments:
Post a Comment