Mencakar ke Langit!!!

Salam buat semua,

Pada entri-entri sebelum ini, kami ada bercerita tentang meluangkan masa bermain softball/baseball dengan anak-anak pada hari Sabtu..., dan kemudianya pada hari Ahad, kami berniaga pula di Browns Bay. Sebenarnya, pada petang hari Ahad tersebut, kami juga buat satu lagi aktiviti. Sebelum lebih lanjut, jom layan short clip ni...

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Yih6aVD09AA[/youtube]

Meneruskan aktiviti hari Ahad tersebut,  kami sekeluarga melawat Skytower, mercu tanda Auckland yang menjadi kebangaan rakyat jelata NZ. Tapi, tu kalau mereka belum tengok KLCC, kalau dah tengok, mau nangis rasanya, sebabnya KLCC jauh lebih tinggi dari Skytower ini. Skytower ni dekat dengan rumah kami, sekitar 15 minit menaiki kereta. Kami pergi lewat petang, jam 6.30. Kenapa lewat petang...sebab utamanya ialah kerana dah penat berniaga di pagi hari. Selain itu, kami pun nak berjimat cermat dari membayar duit parking, sebab malam free..hehehe.

Cuaca memang cantik, tapi hasil gambar yang diambil biasa-biasa sahaja sebab cermin di keliling penuh dengan cap jari pelancong-pelancong, termasuk kami.

OK, jom layan penceritaan kami menerusi beberapa keping gambar....



 



 



 



 Akak Azi memang berani, lagi kecil lagi gitu. Bila berdiri atas lantai gelas ni, dia yang paling steady. Kami yang lain sampai mengeletar lutut...hehe





 Berlalu pergi mentari dari bumi Auckland





 Pameran di dalam Sky Tower





 



 Bila Anis tengok gambar ni, dia cakap...Abah, jangan gaduh-gaduh...





 Gambar terakhir sebelum pulang