Kembali ke Narnia, Cathedral Cove Coromandel

Salam semua,

Semalam, sampai juga  kami ke salah satu lokasi pengambaran filem Narnia yang dibuat di New Zealand ni. Sebenarnya kami pernah sampai ke Coromandel sebelum ini, tapi tidak pula ke lokasi pengambaran di Cathedral Cove ni. Sebelum bercerita lebih lanjut, jom layan clip Narnia di bawah, lokasi tempat yang dituju ada ditunjukkan pada minit 1.45:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=2GvklZkBJWk[/youtube]

Kami bertolak sejuruh subuh, seawal jam 5 pagi (subuh masuk jam 4.19 pagi). Perjalanan ke Coromandel mengambil masa hampir 3 jam, anak-anak semua menyambung tidur mereka di dalam kereta. Kami pun terbabas a.k.a. tersesat ke Thames semasa dalam perjalanan. Alang-alang sesat, baik ambil gambar, layan....



 



Perjalanan diteruskan, dan akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Ingatkan dah boleh menikmati keindahan lokasi tersebut, sekali  tengok papan tanda...mak aiii, lagi 45 minit  satu hala berjalan kaki, fuhhh sejam setengah tu nak berjalan (pergi dan balik). Melihat pada rupa muka bumi...confirm akan penat sebab pasti ada turun naik bukit. Kami begitu mengharap anak-anak tak meragam. Lalu perjalanan diteruskan...



Mula mengorak langkah.


Kami bersama-sama rombongan dari selatan Eropah





Berehat seketika...





Gambar dari tempat kami berehat.





Ingatkan Azi & Anis yang akan penat dulu...rupa-rupanya siap boleh tinggalkan kitaorang lagi.





Ibu, Abah cepat!!!!! Diaorang tak tau kami dah lelah benor masa ni.





Akhirnya sampai juga kami. Ya Allah, memang cantik, begitu menakjubkan ciptaan Allah.



Cuaca cantik, tetapi awan agak tebal dan sedikit mendung. Layan beberapa keping gambar anak-anak masa mula sampai...







Uncle dari US ni menyakat anak-anak. Dia cakap, Cathedral Cove memang cantik & KL juga cantik.



Layan gambar-gambar kami satu keluarga...





 Sayang tak cukup regu, tertinggal seorang...hehe





Buat couple di luar sana, pastikan aksi begini dibuat selepas anda bernikah...



Akhir sekali, beberapa keping gambar pemandangan untuk dikongsi bersama...





Setelah puas menikmati keindahan dan sambil berposing-posing sakan, kami pun bergerak balik. Jam dah menunjukkan pukul 10 pagi, ketika itu kami lihat makin ramai pengunjung datang paling ramai yang pakai bikini. Tempat parking pun penuh, alhamdulilah, bila kenang semula betapa urusan kami melihat ciptaan Allah ini dipermudah, kami sangat bersyukur.

Selesai je trip pertama, kami terus bergerak ke Hot Water Beach. Kami sekeluarga bersetuju, setakat ini pantai paling cantik pernah kami lawati ialah di Cathedral Cove dan pantai paling seronok kami mandi ialah di Hot Water Beach. Tunggu next entri kay....

 

 

33 comments:

Lezza said...

ucualong said...

zakiepurvit said...

ucualong said...

shaniza said...

Myra Jay said...

ucualong said...

kakyong said...

Arol Mubin said...

ucualong said...

syieda said...

ucualong said...

ucualong said...

al-lavendari said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

siti murni said...

IntaNBerliaN said...

zaitun said...

rosaliza said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

oyis08 said...

Nisa Greennnpanda said...

FIEDA said...

ucualong said...

noen said...

ucualong said...

kakcik said...

ucualong said...