Pokok Pangkalnya

Dari Albany kami bertolak
Singgah di Thames berehat seketika
Terus ke Coromandel acara kemuncak
Puas berendam sampai terleka.

Ke Kauri Square destinasi tujuan
Melihat keagungan ciptaan Ilahi
Terpegun aku melihat keindahan
Teguh flora kukuh berdiri.

Sesekali pembuka kata dengan bergurindam seloka.. apa salahnya kannnn. Maklumlah adat kita orang Melayu, penuh dengan adat dan budaya. Oklah, straight forward je ler ye, first aku nak habaq kat semua, tadi aku try ler bukak kamera yg masuk air tu, puas aku mengelap.. bateri pun aku cas semula, dan.. jeng...jeng.. jeng.... ianya dah OK... yahoooooo... Alhamdulillah, terima kasih ye kawan2 atas pandangan dan komen2 kalian dalam entri yang lepas... I'm really appreciate it :-)

Kedua aku nak sambung cerita entri yang lepas, selepas kami ke Coromandel, perjalanan kami diteruskan lagi. Kali ini kami nak melawat sebatang pokok Kauri Square yang berusia 1200 tahun! Sesuai ler dengan usianya, lebar pokok ni selebar 6 orang dewasa punya pemeluk!.. punya ler besau bak kata orang Melaka. Di New Zealand ni juga ada muzium khas untuk sejarah dan info mengenai pokok Kauri ni tau.. (punya ler special pokok ni)


Dah macam rombongan nak pinang Puteri Gunung Ledang ler pulak..hehe

Pada awalnya hanya kaum lelaki sahaja yang naik bukit untuk lihat pokok tu, so kaum2 hawa yang cute2 belaka ni (sempat lagi tu..hehe) terpaksa ler tunggu kat bawah melihat dari kejauhan. Tapi si Anis ni asyik merengek je nak kat abah dan kakak (Kakak Mizah pun naik juga), so terpaksa ler aku pun naik (penatnya aku mendaki mata anak tangga Tuhan sahaja ler yang tahu, sampai kat atas tercungap2 tak cukup oksigen). Terpegun@terkesima@terkujat@terpana aku melihat keindahan alam dan kebesaran pokok tu sesampai sahaja aku di atas.

Anak panah penunjuk arah

Ni ler pokoknya
Bentuk pokok ini seperti square, sebab tu pokok ni dikenali sebagai Kauri Square (Ala keciknya hubbyku)
Tak cukup nafas masa ni... penatnya... fuhhhhh
Pandangan dari atas bukit Kauri Square, bukit ni dikenali sebagai bukit unta kerana bentuknya seperti bonggol unta.

Untuk pengetahuan semua, pokok Kauri ni sangat terkenal di sini kerana orang2 Moari (masyarakat orang asli di NZ) menggunakan batangnya untuk buat sampan, rumah dan macam-macam lagilah. (kalau nak info lanjut klik di sini ). Dalam perjalanan pulang pula, aku sempat snap gambar2 pemandangan di sini (guna kamera hubby, kamera aku tau2 je ler.. dah puas berendam bersama tuannya), jadi hayatilah secebis keindahan di bumi New Zealand. Andai sesiapa rakan2 bloggers yang agak2 nak datang sini, kami sedia menanti di pintu airport.. :-).




New Zealand ni sangat terkenal dengan keindahan pantai2 dan kehijauan alam semulajadinya. Kat sini aku nak share serba sedikit apa yang sinonim@terkenal dengan negara New Zealand ni.
Kedamaian pantai menggamit pelancong
Bukit bukau yang hijau penyejuk mata memandang
Deretan kedai2 yang sunyi sepi, kerana waktu urusniaga akan ditutup seawal 5.30 petang

Lembu2 tenusu. Susu terbaik dari ladang New Zealand
Pokok fern, contoh pada lambang kumpulan All Black...

37 comments:

Azlina said...

ida, gambar2 semua dr kamera dslr ko ke? cantiknya!! geramnya..nak beli jugalah!!

terokai seni said...

heh ni bukan pakar pantun nak komen ni:
nak kata pantun macam tak cukup syarat sebab pembayang dan maksud nampak selari je dah bole masuk kategori gurindam seloka ni... apa pon view tu cantek gilerrr "ma khalaqta haza batila subhanaka faqina azabannar"

Unknown said...

Best kan..
Boleh menyelam..memanjat..
melihat saujana mata memandang..
Keindahan ciptaan Tuhan..

Unknown said...

Tak tahan tgk gambar langit biru yang luas tue... upload lah semua kat FB ye hehehe

Nida n' Hanafi said...

Azlina:

yup dslr Cik Piah... Beli Na, jangan tak beli.. si Ijam dah beli dah tu..hehe

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi:
hehe.. oo ye ker.. tu main tibai je tuh... wah kira terer gak ler saya ni bergurindam seloka yek...

Kalau nak lihat kecantikan sini... kami sedia menjemput cik cemomoi dari airport... :-)

Nida n' Hanafi said...

LanaBulu:
cuma dua perkara tak sempat nak buat lagi.. terjun dari skycity dan ber'sailing' (tulah aktiviti org2 kat Auckland ni)

Nida n' Hanafi said...

Nihra:
Puas dah upload dari malam tadi... failed memanjang... frust betul :-(

Unknown said...

Salam Nida. Agak-agak berapa lama lagi berada di NZ. Saya dan isteri sudah lama mengidam nak pergi ke sana. Tetapi NZ tempat asing dan tak ada kenalan. Kalau sudi memberi saya panduan bagaimana melancung ke sana, saya dan isteri sangat berbesar hati. Bulan berapa paling sesuai ke sana? Harap-harap pelawaan Nida betul-betul, bukan ajak-ajak ayam...

Unknown said...

cantik gambar2 tuh .. hengat nak beli gaks lahh kamera DSLR .. teruja huhuhuh

Chik Na said...

bila la Chik Na dapat merasa pergi makan angin kat NZ nih :)

Nurimo said...

Rasanya tak terlewat lagi mengujungi Albany jam baru 2018 waktu USJ.

Ana terkelip-kelip,teruja melihat keindahan alam.Ingat dah habis episod korek dan korek rupanya bersambung lagi hingga naik bukit.

Copy pic tu buat poskad,tulis ayat power gerenti laku..

Imanisa riana @ sarimah said...

Cantik permandangan... subhanallah.
Tentu seronok menjelajah dan mendaki... lepas ni boleh buat buku tentang pengalaman di rantau org, letak gambar2 yg cantik tu sekali, pasti ramai yg beli...

Nida n' Hanafi said...

MyBabah:
Insya Alah kalau segala perjalanan hubby dalam menuntut ilmu lancar, mungkin 2012 kami akan pulang ke Malaysia.

Mengenai bulan berapa yg sesuai nak ke sini, ia agak subjektif untuk dijawab.. biasanya tambang MAS murah sekitar musim winter bulan 6-9, tapi bila winter ni, malam panjang so nak jalan2 agak terbatas sikit pergerakan. Tahun lepas kami ke Mount Ruapehu (dalam 6 jam perjalanan dari Auckland) brmain salji di sana... anak2 ler seronok sebab first time jumpa salji.

Bulan 4-6 musim autumn, cuaca dah mula sejuk... tapi scenery daun2 gugur sangat mengujakan.. malam pun masih panjang.

Musim spring ialah musim yg sangat cantik, bunga2 sedang bermekaran, (bulan 10-12).. cuaca dah mula panas (tp masih sejuk juga).. masa ni ramai yg akan bercuti ke Chrisrchurch, Queentowns atau ke south island sebab pemandangan di sana sangat cantik (saya pun belum berkesempatan ke sana, hanya mendengar cerita2 sahabat).

Bulan 12-3 dah masuk summer, siang pun dah panjang, jadi panjang langkah sikitlah nak berjalan.. tapi biaanya bila musim summer ni tambang flight mahal, tambahan pula dah masuk Christmas Eve. Bila summer ni, nak berjalan ke pantai waktu paling sesuai (sini walaupun summer tapi tak sepanas Malaysia, sebab tu ramai yang ber"suntan" kat tepi2 pantai ni.

Jadi terpulanglah kepada encik, season mana yang nak dirasai.. Insya Allah kami cuba membantu setakat yang termampu.

Andai ada apa2 persoalan jangan malu untuk bertanya.. saya dan suami sedia membantu...Insya Allah..

Nida n' Hanafi said...

Yu:

Belilah... tapi pastikan As pun punya minat yang sama... baru syokkk..hehe

Nida n' Hanafi said...

Chik Na:

Insya Allah impianmu akan menjadi kenyataan.. aminnn

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

lewat puntakpe jenguk blog ana ni.. takde hantu pun..hehe.

Tulah, ingatkan balik nanti ada rancangan nak buat home decor gambar2 tu.. nanti bolehlah bagi Nurimo cenderahati tu sekali... :-)

Nida n' Hanafi said...

Kak Niza:

Kalau akak nak tahu, dulu masa sebulan pertama ada juga saya start menulis pengalaman di sini, konon2 nak buat buku.. pastu, hmmmm.. buku ke mana, pen ke mana... minat pun dah ke mana..hehe

Nurimo said...

Salam berlapik Nida,

Nida said:-
Tulah, ingatkan balik nanti ada rancangan nak buat home decor gambar2 tu.. nanti bolehlah bagi Nurimo cenderahati tu sekali... :-)
...............................
Terima kasih ada hasrat nak bagi buah tangan.Tapi ko..ko tak ingat lambat lagikan nak balik(2012) he..he...

Ana rasa musim sesuai melawat NZ,ketika musim kupang keluar berjemur,tak payah nak koret2.

azieazah said...

Salam kenal NIDA...
tak tau mana satu blog U yg Kak Azie nak masuk dulu.. hehehe...

wahh seronoknya berpeluang berada di negara orang... Kiwi ada tanam ka?

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:
Insya Allah... ingatkan saya nanti..hehe..

Tapi tak best ler kalau takde aktiviti mengorek. Barulah mencabar sikit.. boleh menyelam... betul tak?

Nida n' Hanafi said...

kak Azie:

Selamat berkenalan Kak Azie.. blog Di Bumi Albany ni jer yg rajin saya aktifkan.. blog yg lain tu testing je tu..hehe.

Alamak kak.. saya tak dapat nak tanam kiwi ler kak, takde tanah kawasan rumah saya ni.. beli kat kedai je selalunya.. gold Kiwi dan Green Kiwi

Ain said...

memang cantik dan tersangat la cantik.....

nasib baik ada nida, kalau idak tak merasa la nak tengok pemandangan ni sume....

pastikan nida jelajah sume tempat sebelum balik ke malaysia....

Nida n' Hanafi said...

Mama Danish & Sarah:

Cantik tu memang cantik.. tapi part sejuk tu yg tak tahan..

Insya Allah Ain, doa2kanlah semoga fulusku melimpah ruah agar dapat diriku merantau ke segenap pelusuk di sini..hehe

Nurimo said...
This comment has been removed by the author.
Nurimo said...

...tapi ana tak suka menyelam nanti ko..ko tak timbul.

Sudah kali ke 3 mengomen kat sini,bimbang juga takut orang kat sana jemu.Nanti dikata tak da muka lain he..he..

Lebih baik ana cakap dulu sebelum orang kata he..he...
2007 waktu usj hadir ketika Nida sudah mula menutup lampu.

Syuhada Kamal said...

sukenye sy tgk gambar2 pemandangan tu sume...tenang n damai aje rase..bestkan akak dpt jln2 tpt org, jauh perjlnan, luaslah pemandangan..:)

Unknown said...

salam Nida...
betapa indahnya alam ciptaan tuhan ..
suka akak nengok gambar pemandangan tu...

Nurul Izza said...

maksu: lawanyeeeeeee tempat.nak jugak g sane!!! sini shejjukkkk..awat pakai baju sejuk summer ni? ekeke

kimslm kt paknep

Unknown said...

tengok abang anep peluk pokok, teringat cerita AVATAR huhhhu

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:
Tu kena pakai pelampung dulu tu siap2.. baru tak tenggelam... hehe.

Jangan bimbang tuan hamba... celoteh tuan hamba penghibur hati yang rawan... penambah ceria blog hamba ini.. (hehehe... bermadah seloka ler pulak malam2 ni)

Nida n' Hanafi said...

Syuhada:

Seronok tu memang seronok Syuhada, tapi part cuaca sejuk tu yg tahan.. masa tu rasa macam nak terbang balik Malaysia jer.. (tp bila dah kat Malaysia ... tak tahan panas pulak..hehe)

Nida n' Hanafi said...

Kak Ummi Humaira:

Agungnya ciptaan Tuhan.. semuanya indah2 belaka.. saujana mata memandang pada kebiruan langit, kehijauan alam... dan gemersik pantai mengalunkan irama (hehe.. dah macam sajak daaaa)

Nida n' Hanafi said...

Izza:

Mak Su baru berendam kat pantai ler... nama je summer, tapi suhu berbelas degrees lagi.... still sejuk laa Izza...

Kem salam kat Hafiz n Iman ye :-)

Nida n' Hanafi said...

Yu:

Alaaa.... jelesnya... poskanlah cdnya ke sini...

Unknown said...

rajinnye mendaki... best gak tp skang tenaga dah tarak huhuhu

Nida n' Hanafi said...

eNA:
sAMALAH KITA.. NAIK SIKIT DAN PANCIT..