Di blog ini aku jadikan ia sebagai jurnal kehidupan kami di sini, moga suatu masa nanti ianya dapat ditatap semula oleh anak-anakku. Terutama mengenai persekolahan mereka di sini, dan semoga pengalaman yang kami coretkan ini dapat dikongsi bersama dengan pembaca.
Di sini kanak-kanak seawal lima tahun sudah memulakan persekolahan di primary school. Mereka akan masuk sekolah rendah pada tarikh hari jadi mereka, bukannya pad awal tahun (sistem yang berbeza dengan Malaysia).
Tarikh hari jadi Anis jatuh pada cuti sekolah, dan minggu ini adalah minggu akhir persekolahan. Jadi secara rasminya semalam merupakan hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten. Jom layan gambar hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten.
Tarikh hari jadi Anis jatuh pada cuti sekolah, dan minggu ini adalah minggu akhir persekolahan. Jadi secara rasminya semalam merupakan hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten. Jom layan gambar hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten.
Anis bersama rakan baiknya, Jordyn. Pada hari ini Jordyn menangis sebab tak sanggup berpisah dengan Anis. Aku pun turut sama menangis apabila melihat keakraban mereka dan mungkin selepas ini entah bila mereka akan berjumpa lagi (Jordyn akan ke sekolah berlainan dengan Anis)..:(
Mereka sentiasa bersama, malah dalam ulasan terakhir oleh guru-guru Anis ada menyatakan bahawa Anis dan Jordyn adalah sahabat yang sangat baik, ke mana pergi mereka sentiasa bersama.
Birthday girl/boy akan dipakaikan dengan topi yang dibuat oleh mereka sendiri..:)
Latarbelakang keluarga kami yang ditampal di dinding sekolah :)
Antara wajah-wajah Anis yang digantung di dalam kelas :)
Anis bersama sebahagian gurunya (6 orang kesemuanya)
Anis meniup replika kek harijadi.
Kim (head teacher) memberikan kad birthday dari pihak guru-guru kepada Anis.
Anis memilih rakan-rakan yang ingin membuat wish kepadanya.
Ini adalah hadiah dari kami kepada pihak Oaktree Kindergarten.
Setiap pelajar akan dibekalkan dengan portfolio tentang perkembangan pelajar-pelajar dari sejak hari pertama mereka datang ke Oaktree Kindergarten sehingga hari terakhir mereka di situ.
"Main keretapi".. pelajar-pelajar mengangkat tangan untuk menjadi salah seorang penumpang.
Kalau nak tahu sebelum mereka ke sekolah sebenar, mereka perlu menghadiri dua lawatan yang pihak sekolah telah tetapkan. Satu pada sesi sebelah pagi (sebelum morning tea) dan satu lagi pada sebelah tengahari (antara waktu morning tea dan lunch). Parents boleh menemani mereka semasa sesi lawatan ini dilakukan.
Pada pendapat aku sistem ini sangat-sangat bagus, sebabnya anak-anak ini tidaklah terperanjat bila masuk ke sekolah sebenar nanti, lagipun secara tidak langsung ibubapa boleh melihat bagaimana sistem pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pada masa visit ini dilakukan hanya Anis bersama seorang lagi pelajar (yang sama tarikh visit dengan Anis) yang perlu berada bersama-sama dengan pelajar yang sedia ada di dalam kelasnya. Pelajar yang sedia ada ini sama-sama membantu agar Anis tidak kekok berada di dalam kelas. Bila lihat Anis gembira, kami pun tumpang gembira....:).. jom layan Anis di Oteha School (sori, gambar dari kamera telefon cik hubby..)
Anis bersedia untuk ke sekolah.
Anis yang manja.
Morning tea time. Makan di luar kelas, takde kantin, bekal perlu dibawa sendiri. Duduk atas lantai, tak perlu risau..bersih.
Anis bersama kawan barunya dari Korea.
Anis pada sesi perkenalan oleh gurunya. ( Lihatlah bendera di belakang, demam rugbi dimana-mana)
Sesi discussion, kanak-kanak seawal usia lima tahun sudah diajar untuk berdiskusi. Pelajar-pelajar membentuk satu kumpulan kecil dan seorang ketua akan dilantik bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar perlu membuat pembentangan (sharing info apa yang mereka suka) dan ahli yang lain akan bertanya berdasarkan keywords di bawah....
Sesi pembelajaran.. Anis cuba menjawab... bila cikgu tanya "yes Anis what's your answer", dan dengan confident Anis menjawab "I don't know"...hahahahahah.
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
30 comments:
bertuahnye aniss...
owh, msuk kindergarten time b'day eh? unik2.. ye la, sistem pendidikan tue mmg lain, n cambest gak!! syok la Anis, byk kwn2 yg akn rndukn die nnti.. ^_^
btw, blog akak nmpk cantik & ceria!!
opss..lupe nk ckp,
Hep Belated B'day, Anis!!
Luv from,
Auntie Nisa
alahai maksu, teringat plak masa lina dulu...sempat merasa zaman primary school je dari 5-8tahun..anis lagi bertuah, dpt pengalamn dari kindergarten lgi..
tengok gmbr yg masa sesi perkenalan tu, cikgu betul2 buat budak rasa comfortable...takdelah nanti menangis kena tinggal kat sekolah.hehe =)
balik nanti mesti diorg punya ascent english tu melekat lagi.hehe....
Cikgu2 di malaysia, tak boleh pakai pakaian macam Cikgu Kim tu tau... :)
Ini yg dikata orang lain belalang di lain padang. Kena hujan emas pun masih teringat hujan batu di negara sendiri.
apapun semoga mereka terus tabah dan cekal di negara orang.
All the best, ANIS!
sweetnya Anis dengan Jordyn :)
wah mesti anis terer speaking kan..
heehhehe..
happy belated besday anis!
bila nak blik pontian?
Hep Belated B'day, Anis.
wah seronoknya melihat gelagat anis di kindergarten. nmpak anis sorg yg mudah brgaul dgn bangsa lain dan x kekok.
semoga anis happy di sek barunya kelak.
seronoknya tengok derang celebrate bufdayy..! mmg bufday girl betul2 di raikann!
fuh terkejut baca title entry kak nida ni tadi. ingatkan dah nak tutup blog or catatan terakhir di Auckland before balik Msia. Rupanya catatan terakhir buat kindy Anis. Happy belated bday Anis. Sana start primary umur brape ye?
salam kak, maaf ye kita terlambat utk ubah link akak. sebab busy dgn project paper. tp skrang dh ubah. =)
mcm best je kak....
kat sana pun multi-racial ye kak..untung anis..ade kawan jugak dari korea eh...pengalaman jugak tu.
seronok baca entri akak kali ni...gambar menarik..dapat jugak info pasal sistem pendidikan kat sana...[sambil berangan....nak duduk sana..hehe]
assalamualaikum Nida...
salam rindu dr kak chaq.
Anis, ummi cemburu tengok Anis dpt ramai kawan dr berbagai bangsa taaauuuu ...
assalam..
sy cuba bygkan kalo sy ada kat sna hehehehe :D sronoknyerrrrr ;)
Assalam Nida, suka tgk anis yg comel, dapat kawan baru pulak dia, semoga dia dpt sesuaikan diri n happy dgn sekolahnya
best betul sistem pendidikan kat sana..
anyway, happy belated besday buat Anis
hihihi comey la Anis tu akak siap kene dukung.. ^_^
best sistem pendidikan diorg...
btw, Happy belated Besday to Anis..^_^
oh tak sama sistem ngan m'sia ya... best tgk situasi anis
salam...
terpegun saya menatap gambar2 di blog puan ni..
selamat hari jadi buat anak puan. adik Anis, moga dia terus maju dalam pelajaran..:)
berbezanya dgn ngr kita,kan nieda..
happy birthday to Anis - sangat bagus pengalaman anak2 seperti ini
huk alahai kalo semua taska kat sini cam kat sana alangkahhhhh...
haha..comel gle jawapan anis sis!haha
sgt comel anis ni sis..
terima kasih k.nida sbb inform saya.. tahniah jugak utk kak nida.. :-)
kak nida tq jugk inform kite..
p/s: untungnye anak2..ni nanti balik malaysie mcm manelah..sistem kite exam oriented stresss... huhu ;(
salam..
Appy Bday to Anis..
kenapa la mintri kita tak nk ikut sistem pendidikan mcm ni? pendidikan dh jd bisnis sbb tu ramai yg jd muflis muda2 lg..hutang keliling pinggang bermula dgn ptptn.
hepi belated buffday anis..May Allah bless u dear=)seronoknya anis=)bertuah..bleh kenal dr semua negara=)
Post a Comment