Ku Rindu Ibu..

Dulu tak pernah aku mengerti perasaan seorang ibu
Dulu tak pernah aku faham kepenatan seorang ibu
Dulu tak pernah aku cuba menyelami kesedihan seorang ibu
Dulu tak pernah ku tanya ibu tentang kesakitan melahirkan ku
Dulu tak pernah putus doa ibu buat kejayaan anak-anaknya
Dulu tak pernah aku melihat ibu mengeluh
Dulu tak pernah ku lihat ibu mengabaikan kami
Dulu tak pernah jemu ibu melatih ku bersyarah
Dulu tak pernah merungut ibu menemaniku mengulangkaji
Dulu ibu tak pernah mengalah pada kedukaan
Dulu ibu tak pernah lupa berpesan pada kami agar belajar bersungguh-sungguh

Kini...
Ibu masih begitu..
Tak pernah jemu
Tak pernah penat
Tak pernah merungut
Tak pernah mengeluh
Tak pernah lekang doa di bibir
Tak pernah mengabaikan

Kini juga...
Aku seorang ibu
Telah ku faham perasaan seorang ibu
Telah ku lalui kesakitan melahirkan zuriat amanahNya
Telah ku mengerti kesedihan seorang ibu
Telah ku rasa kepenatan seorang ibu
Telah ku tahu harapan seorang ibu pada anaknya

Aku berharap semoga aku setabah ibu
Mampu mengharungi hari-hari mencabar dengan tenang
Telah banyak derita dan keperitan yang telah ibu telan
Namun ibu tak pernah tewas dalam perjuangan
Perjuangan dalam mendidik
perjuangan dalam mengasuh
perjuangan dalam membesarkan
pada kami anak-anakmu..

Dulu dan kini
Ibu masih begitu
masih begitu
hanya berharap
yang terbaik buat anaknya.

Tidur malamku ku mimpikan ibu.. terlalu rindu padanya... terlalu ingin memeluknya. Nukilan madah yang tertinta di sini telah lama kucoretkan.. namun ianya amat berbekas di hatiku, dan sekali lagi ku coretkan di sini. Tulisan yang ikhlas buat seorang ibu dan ditulis oleh seorang ibu....

Ibu...dia yang melahirkan

Ibu...dia yang menghayun buaian

Ibu...dia yang berjuang

Ibu...dia yang mengasuh

Ibu...dia yang mendidik

Ibu...dia yang menjaga

Ibu...dia yang berjasa

Ibu...dialah segalanya

Ibu...dialah tiada galangnya

Lantaran dia yang bernama IBU...


Dikesempatan ini juga kutitipkan selautan terima kasih buat Sofea dan http://www.kufishoppe.com/ kerana memberi peluang untuk aku menang dan hadiah ini sesungguhnya amat menyentuh hatiku... aku sangat menghargainya, semoga Allah terus melimpahkan rezeki buat kalian sekeluarga..ameeennn.

Akhir sekali ingin kunyatakan padamu yang bernama ibu bahawa........

Ibu, kamu adalah anugerah terhebat buatku kerana
kaulah seorang balu yang berhati gagah dalam membesarkan sepuluh orang anak-anakmu. Dirimu tidak pernah mengeluh malah sentiasa tersenyum walau digamit keperitan. Andai dibentang sejuta rintangan, kau tetap tabah bangkit berjuang. K
agum aku padamu, dengan sabar melayan karenah zuriatmu walau duri yang kami tabur, namun dengan ikhlas kau terus menabur jasa.

Tulus dari anakmu..




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

19 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kasih ibu membawa ke syurga...

Nida n' Hanafi said...

Ceroi:

Semoga syurga jua buat ibu.... Ameeennn

lady lavender said...

sangat2 tersentuh dengan coretan nida. Semoga kita juga menjadi setabah & sekuat ibu2 kita. Semoga ibu kita juga dalam peliharaanNYA. Bila jauh dimata barulah terlalu & lebih menghargai kasih sayang ibu.

Kakcik Seroja said...

Siapalah kita tanpa ibu....

azieazah said...

Hari itu Kak Azie ada tengok satu iklan kat tv, tentang pernyataan kasih sayang kepada ibu.

Semua yang bercakap adalah:

terimakasih ibu, kerana bacakan buku sebelum tidor
terimakasih ibu, kerana masakkan kegemaran saya...
terimakasih ibu, kerana temankan saya
terimakasih ibu, kerana ubatkan saya...

tapi, bak kata Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah,

berapa ramai dari kita sebut, “terimakasih ibu, kerana melahirkan saya”?

al-lavendari said...

jasa dan pengorbanan itu tidak dapat dinilai dengan segunung intan atau selembah emas.

memang seorang wanita bernama ibu sangat tabah .. ibu saya sudah tiada. tapi saya melihat ketabahan seorang wanita pada isteri saya.

kebahagiaan awak, adalah kebahagian ibu awak.

Adinda Amy Sensei said...

oohhhh ibu...
kau disirami bayu pagi..
halus santunmu
menggembirakan hati..


emmm....saya pun rindu pada mak saya...

Maiyah said...

assalam..
tnpa ibu rasa sunyi.. dan begitu jg anak2 kita akan rasa kan

EmbunRosaliza said...

Assalam Nida..bila kita jadi ibu, baru kita megerti persaan ibukan...tersentuh hati kecil akk ni

sonata anak kancil said...

tahniah ! tersentuh jua jauh di sudut hati ini...

terokai seni said...

teringat ketika dok temankan isteri waktu kelahiran anak pertama. bila isteri dok cengkam tangan sampai berbekas, teringat kat emak... patut le orang kata jangan derhaka kat emak

Chik Na said...

bila baca N3 ni..terus chik na teringat mama chik na, da seminggu tak tepon dia...

A.I.N said...

touching..!!! ibu no.1;)

Nur Asna said...

nice pic...suka tgk gambar Ida sefamily tu...tahniah krn menang contest...

Zaidah said...

nida touching zai membacanyer....

CuTeMiUt78 said...

so touching baca n3 nida kali ni..

Asmida said...

Suka sangat dengan "all the word" dalam entry ini... touching in my heart... rindu gak kat mak walaupun baru jumpa weekend lalu....

Murni Alfathunnisa said...

syurga di bawah tapak kaki ibu...
betul..entri kak nida ni menyentuh hati lah...

Anonymous said...

Ibu nombor satuuuu....
abah pun nombor satu.. :)