Hari ini sesi persekolahan bagi tahun ini baru bermula. Pagi-pagi lagi anak-anakku sudah bangun, maklumlah hari pertama persekolahan jadi mood pun masih tengah berkobar-kobar (harap-harap sampai ke sudah). Bagi si kecil aku pula (siapa lagi kalau bukan si Anis), sudah mula ke kindergarten minggu lepas.
Andai di Malaysia bila naik sesi persekolahan je sudah tentu segalanya baru, kasut baru, beg baru, baju baru.. pendek kata hampir 99% ler baru, tapi tidak buat anak-anakku. Kami masih menggunakan baju lama, seluar lama, beg lama cuma yang baru dan perlu baru ialah buku-buku tulis sahaja dan kasut baru. Minggu lepas pendaftaran untuk sesi persekolahan dan pembelian alat tulis bermula.. nak tahu berapa telah kami belanjakan... (kalau nak convert darabkan je ler dengan lebih kurang 2.3).
Resit pembelian alat tulis ($107.60)
Itu hanya untuk perbelanjaan stationery sahaja dan nasib baik budaya di sini agak berbeza dengan budaya di Malaysia sebabnya hampir kesemua pelajar-pelajar masih memakai baju lama kerana uniform di sini teramat-amatlah mahal harganya.
Semalam kami ke warehouse untuk mencari kasut sukan anak-anak, kesian bebenor aku tengok depa, kasut sukan sampai dah naik berlubang, apa yang aku nak ceritakan di sini, alkisahnya kami terjumpa seorang Malaysian ni.. beliau dari Kuching, apa yang menarik perhatian aku bila beliau berkata " suami I kerja bahagian IT, dia kata tempat kerja dia ramai orang Asian malah ramai juga orang Kiwi (New Zealanders), orang Asian memang pandai dan pintar tapi tak pandai manage berbeza dengan orang putih ni, mereka tak sepandai orang Asian tapi bab pengurusan memang expert"... wallahualam aku tak reti nak komen.
Bila balik aku terfikir semula kata-katanya, dan apa yang aku boleh buat hipotesis mungkin cara pembelajaran kita terlalu menekankan akademik... terlalu bergantung pada ayat buku teks atau rujukan, periksa sepanjang masa, banyak masa p&p dihabiskan hanya di dalam kelas, dan jadilah murid-murid yang mengikut acuan yang sedia ada, berbanding dengan mereka yang buku teks pun takde (belajar melalui sumber sekeliling), dan yang paling ketara budak-budak ni asyik kena ke depan bercakap tentang pengalaman mereka atau tentang apa-apalah yang mereka nak cakap. Setiap hari wajib bawa balik at least sebuah buku untuk dibaca dan parents kena pantau, tu yang menyebabkan mereka lebih matang sebab banyak membaca.. tapi ini hanya hipotesis aku yang belum terbukti kebenarannya, mungkin boleh diterima atau ditolak.
Nur Hamizah, Jun nanti genaplah usianya 10 tahun
Nur Hazirah, bakal menginjak ke usia 8 tahun Disember nanti..
Nur Hanisah, bakal menginjak ke usia 5 tahun Oktober nanti..
Namun aku tahu semangat kita sebagai orang Asia sangat kuat, dan aku bangga menjadi rakyat Malaysia, kita punya budaya yang sungguh unik, makanan yang pelbagai, kaum yang pelbagai dan paling syok kita pun ada banyak cuti...hohohoho. Sini nama je ramai Cina tapi hanya Krismas yang ada cuti, lain-lain perayaan mana ada cuti, malah perayaan bagi kaum pribumi di sini (kaum Moari) seperti Matariki pun takde cuti.. hmmmmm
Bersyukurlah kita kerana anak-anak kita masih mampu tersenyum... :)
.. dan bersyukurlah kita kerana anak-anak kita masih mampu melalui hari-hari yang indah dalam hidup mereka...
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
25 comments:
salam kak nida..
camtu yeh kat sana.. tak kisah la kak, janji anak bijak pandai..
wahhhhhh.. cantik betul gamba2 tu kak.. berkenan sungguh ena tengok..
Hmmm cute dan manis anak-anak dara NIDA.
Sejak NIDA ada kamera baru, banyak gambar terakam sungguh indah.
Hmmm rasanya ANIS lebih banyak ikut wajah si ayah..
Betul, lain negara lain pula cara sistem pendidikan. Di negara kita, yg dikesali adalah buku teks terlalu banyak, buat berat nak bawa sahaja.
Di Singapura, sudah ada sekolah yang hanya gunakan Ipod sahaja pegi sekolah. Tak perlu buku lagi.
skolah kat malaysia ni banyak yang tak konsisten. dengo crita baru ni mula kata takde buku teks tetiba bagii juga... budak darjah satu yang kenit-kenit sampai merangkak tak larat bawak buku
amat bersyukur dilahirkan sebagai rakyat malaysia, 1 malaysia n malaysia bolehhhh....!!!!!
Betul..kita tak kreatif nak exploit skill dlm diri..sbb kejayaan kita bergantung kpd keputusan exam semata2..
Dollar OZ tinggi skrg ni, $1-3 lebih dah
canteknye pic2...
wah cantiknya gmbr2 yg k nida amik ni. anak2 pon fotogenik, pandai bergaya plak tu.
psl education, kesan dia sampai ke tua la jgk saya rasa. kalo tgk omputih yg buat PhD ni,depa berani bg ideas and confidence bole buat, x la mcm kita2 yg asyik takut2 nak proceed, semua pon nak tggu SV approve dulu. kdg2 rasa ralat jg dlm diri, berusaha nak kikis perasaan inferior tu, tp old habit susah nak tukar huhu... slow2 la kot, insya Allah... or at least kalo kita sudah terlambat, mungkin bila balik nnt cuba kita ubah sket2 gaya2 mendidik bila berdpn ngan pelajar2, biat mereka lebih independent.
mak aih..stationary je harga sampai mcm tu sekali? mahalnya..
mmg beruntung kita rakyat malaysia kan???
cantik gamba anak2 nida... posing sakan plak tuh....
anak2 yg berpeluang belajar disekolah asing dapat merasa suasana & cara yg berbeza. Tetap ada untung ruginya berbanding dgn anak2 yg bersekolah di tempat sendiri :-)
Syukur... Nida punya anak2 yang comel.
Tentang pembelajaran tu memang kak Zai akui di M'sia lebih menitik beratkan akademik.kadang2 bila anak kak Zai balik dan tengok cara adik dia belajar geleng kepala dia.
Salaam,
saya tak boleh bukak FB tu yang "merona-ronda" and thru Asiah's, I come to your blog! ;)
Nice shots, are those shots already on FB? anyways, takpe, for now.. Fb sy tgh bengong..takleh masuk :(
I've posted something about education NZ/Malaysia sometime ago on my blog, and would love to copy-paste it here (hope you wouldn't mind): (apa-apa pun, sy tetap bangga jadi Malaysian (separa Melanau/Melayu), dan Malaysia tetap tanahair kecintaanku hehehe)
here it is:
____________
In one of Mr Auva’a’s speeches, he mentioned about how the curriculum in NZ schools has changed from “content learning” in 1970s towards “process learning” which is the current implementation. In “content learning” the teachers used to tell the children on what to do, what should be done and so on. It’s more like what we have in Malaysia. On the other hand, “process learning” is where the children are made to think, which I guess is more interesting and much better than the previous “content learning”.
The children becomes more active in thinking and be able to generate more ideas! This promotes the “long-life learning”. He also mentioned about how it was before: “assessment --> quality -->achievement” but now it is: “achievement --> assessment--> quality”. He did talk on the Bloom’s taxonomy as well. It really amazed me, because in Malaysia, Bloom’s taxonomy is only implemented on University level, not primary schools! He had also discussed on lateral thinking, and the “thinking hat” theory by the famous Edward....
-------- ~~ -------------
...from my observation, in NZ, school is a fun place. Children love school. It’s not quite like it in Malaysia. Children are packed with all the homework. Pages of them and need to be completed in one night. While here in NZ, homework is given on Monday and to be submitted by the end of the week! Isn’t that great?
______________
okay itu aje, but the point is, kite masih lagi rasanye mengamal "content learning" teaching kot.. cara di M'sia masih lagi sgt exam-oriented..
dr observation sy yang bukan expert (sekadar seorang ibu), di sini mereka mengajar supaya anak-anak 'boleh survive' dlm hidup, dengan 'doing what they really want".. bukan 'doing what they need/have to do'. Depa dah terap cara (ajar) anak-anak untuk mengenal (to recognise) minat sebenar mereka sedari usia yg lebih muda.. Ini sgt berbeza dgn culture kite di M'sia.
harapan saya, moga sistem pembelajaran di M'sia boleh berubah..kan?
wslm~
P/s: sorry panjang hihihihi ;)
selamat berhujung minggu!!
Cantiknya gambar anak2 dara Nida...:)
sistem kat UK pun lebih kurang mcm kat tmpt nida gak
kids enjoy skool, tak terbeban mcm kat Msia
Salam kak..
betul, saya setuju sgt.. sistem pendidikan kat Malaysia mmg sgt membebankan.. saya sebagai guru ni pun rasa kesian sgt dengan murid2.. sampaikan dorang ni xde kehidupan sebagai kanak-kanak... asik belaja2 je.. kita hanya sibuk memetik 'buah-buah A'.. yang byk A, kita anggap dialah yg terbaik.. sedangkan, kalau budak ni kita lepaskan kat padang sorang2, die tak tahu pun ape yang perlu dia buat.. maksudnya, self confident sgt kurang, tak berani bersuara dan tak bijak mengurus masa dan diri..
sori..terpanjang pulak.. hehee.. ape pun, ni pendapat Siti sendiri je, tak semua pun mcm tu.. bergantung kpd persekitaran dan pendidikan di rumah jugak..
agaknya klu kita jd cikgu kat neg brt ni, beban kerja kita lebih berat ke lebih ringan ek?
yg pasti ptg2 x yah gi skolah utk ko-ko. dan sabtu boleh shopping2...
Pengalaman ida dapat belajar&observe cara pembelajaran di NZ nih harapnya dapat diterapkan dan share dgn guru2 yang lain bila pulang berkhidmat ke tanahair nanti. Malaysia sudah kearah kurangkan exam tapi rata2 cikgu dan sistem pendidikan itu belum bersedia kearah itu. Perubahan sungguh memakan masa.
Pengajaran yang paling menarik ialah setiap nyawa dihargai sewajarnya setiap masa, tak kira la manusia, haiwan atau tumbuhan. Setiap usaha anak2 kita amat dihargai tidak kiralah bagaimana bentuk rupa hasil usaha itu.. tapi usaha itu dihargai dan diiringi dengan kata2 penghargaan dan dorongan, walau cukup dengan satu sticker kecil. Anak2 kita tidak dibeza2kan, ini kelas pandai, ini kelas sederhana pandai atau ini kelas kurang pandai; yang cacat dan kurang berkeupayaan juga masuk kelas yg sama dengan yg sempurna sifat.
Walaupun disini ramai parents yg tidak berkahwin (partnership) tapi soal tanggungjawab pada anak tetap diteruskan. Hatta kalau parents bercerai pun still boleh cooperate demi masa depan anak2, agih masa sama2 bertanggungjawab membesarkan anak2. Gaya hidup mereka (tak berkahwin) tak perlu kita ikut tapi awareness on parents responsibility towards children itu yg kita patut belajar.
Seperkara lagi tentang konsep 'give way' sewaktu memandu.. indah sungguh konsep ini, memberi laluan pada orang lain bukan memandu seperti 'akulah orang yg paling sibuk dan perlu cepat'.
Maaf juga komen yang panjang, tapi ini adalah pandangan setelah 6 tahun tinggal diperantauan. Walau Malaysia tetap tanahair tercinta, kita membangun lebih kepada luaran (infrastruktur) tapi pembangunan dalaman (minda dan pemikiran) masih belum mencukupi. InsyaAllah, pelajar2 phd luar negara bukan setakat pulang membawa segulung ijazah tapi juga membawa pulang 'pengalaman' berharga, pelajar serta ahli keluarga pelajar.
tula..kita plak kena rajin temankan anak2 membaca tetiap mlm..kan?
assalam.. sama le ngan ayu, bju msih bleh pakai tp beli gak sepsg heheh, yelah mna cukup sepsg je bju ye tak
anak saya masuk mrsm pun punyalah macam2 kena bayar...sebab nak ke situ kenalah korban wang ringgit jua! mula2 rm333+rm397+rm150+8...belum masuk beli buku2 lagi!!! pakaian dan lain2 lagi...hu3x...semuany akak masuk akaun - buat kira2!
lagi -+seminggu anak akak akan fly ke UOA
salam...tk beri nombor phone...akak dah beri kepada anak - saya beritahu nanti contactlah cikgu Nida...
( sy ada reply di comment AGK - anak akak dulu kat MRSM Jasin - sekarang MRSM Tun Ghafar Baba tahun
2006-7 )
setuju ngan komen2 kat atas... sistem pendidikan kita melahirkan pelajar yg kurang self-esteem.. tapi mereka nak luahkan yang mereka kurang self-esteem pun tak reti.. bukan nak cakap jauh, diri sendiri pun sama.. susah nak ekspresikan diri, dan bertingkah pendapat, memberi ayat yang sesuai pada ketika yang sesuai.. tu semua skill yg takde di malaysia.. harap2 para cikgu yg merantau ni boleh applikasikan sikit2 bila balik nanti... sbb cikgu2 lah yg membentuk pemimpin masa depan.. kan?? mulianya kerjaya guru.. terimakasih pada semua guru2ku dari aku mula mengenal 1 2 3 dan a b c sampai sekarang... huhuhu..
as-salam nida,
sgt betullah..para guru kenalah buat sesuatu agar anak2 tidak dibebani dgn pperiksaan.
betul tu nida..sekolah kat sini terlalu akademik ... kadang chik na rasa anak-anak chik na stress je..sbb pagi - petang sekolah, malam plak cbuk buat homework yg melambak.... kadang chik na kalu depa tak buat homework ..bukannya apa..kesian kat depa asyik belajar je...tapi cikgu plak mengadu kalu tak buat homework... alhamdulillah anak-anak boleh manage dan maintain cemerlang..
Tu belum masuk bab wajib masuk kelab, badan uniform dan sukan lagi.. now ni darjah 1 dah guna kurikulum baru KSSR.. murid kena maintain CGPA sampai darjah 6.. macam university plak..
sufia yg baru darjah 1 pun dah start komplen dia tak sempat nak tgk TV pun lately..
kadang terpikir adakah ministry "overlooked" system pembelajaran kat msia nih .. kanak-kanak jadi terlalu cbuk dengan hal-hal persekolah.. sampai takde masa nak beriadah, main macam zaman kita kecik kecik dulu
Salam kenal saya Nur, teman Sri wahyuni ratnasari, satu university di Indonesia. Saya sekarang ini tertarik sekali membuat blog, dan blog Nida yang beautiful ini inspirate me untuk sarana belajar. Fotonya bagus-bagus disertai narasi cerita yang bagus, juga musiknya. Pokoknya best lah.
Salam,
Nur
Post a Comment