Sejarah Memori Luka

Ya Allah, aku amat bersyukur kepadamu, kerana memanjangkan usia kami sekeluarga.. memberi peluang kepada kami untuk melihat alam ini lagi, menatap wajah-wajah insan yang tersayang dalam hidup dan diberi peluang untuk menghirup udara dimuka bumi ini lagi.

Sepanjang tujuh hari kami berada di Selatan pulau New Zealand, bermula dari 16 Februari 2011 dan berakhir pada 23 Februari 2011. Subhanallah, keindahan alam milikMu amat memukau mata yang melihat. Benarlah kata orang, New Zealand ibarat syurga dunia, gunung ganang, bukit bukau dan tasik serta pantai yang melatari keindahan alam sangat menakjubkan dan keindahannya tidak mungkin dapat dilupakan..Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu di alam ini..

16 Februari 2011:

Kami dua keluarga menaiki pesawat Jetstar dari Auckland ke Christchurch pada pukul 7.30 petang dan sampai ke Christchurch pada pukul 8.30 malam. Ketibaan kami disambut oleh pelajar Malaysia di sana, terima kasih buat Hanif dan Saba serta Tarmizi kerana sudi menjemput, menyediakan kami penginapan dan makan minum selama kami berada di Christchurch.


Keesokan harinya kami dibawa oleh keluarga Hanif untuk melawat sekitar bandar Christchurch. Terdapat banyak bangunan-bangunan bersejarah di sini serta keadaan bandarnya yang sungguh cantik dihiasi dengan bunga-bunga yang pelbagai warna. Kami mengelilingi sekitar bandar Christchurch dengan menaiki bas double decker. Keramahan masyarakat di bumi Christchurch membuatkan kami amat selesa dan terasa seolah-olah sudah lama mengenali mereka. Sesungguhnya Christchurch memang cantik dan unik.....

Rajah menunjukkan laluan kami sepanjang berada 7 hari di South Island New Zealand.
(sumber dari Google Map)

Inilah kawasan pertama yang kami lawat ketika di Christchurch, dan kawasan ini jugalah merupakan pusat gempa bumi pada 22 Februari yang lalu.


21 Februari 2011:

Seawal pagi kami telah bangun, perancangan perjalanan pada hari itu sepatutnya kami akan melawat di dua tempat iaitu di Puzzling World pada sebelah pagi dan Franz Josef Glacier pada tengah harinya. Namun Allah telah menentukan segala, perancangan awal ke Puzzling World pada waktu pagi telah bertukar, kami terus menuju ke Franz Josef Glacier dari Wanaka dan perjalanan memakan masa selama 3 jam!!! Setelah 1 jam setengah perjalanan ke Franz Josef, tiba-tiba kami menukar rancangan untuk tidak meneruskan perjalanan disebabkan keadaan cuaca yang hujan ketika itu. Kami berpatah balik semula ke Wanaka..... tapi setelah setengah jam perjalanan berpatah balik, kami menukar lagi perancangan untuk meneruskan perjalanan semula ke Franz Josef Glacier.. bayangkanlah betapa ruginya masa ketika itu.... namun setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Disebabkan itu, kami tidak sempat untuk ke Puzzling World pada hari tersebut dan terpaksa ditunda pada keesokan harinya. Ketika itu memanglah agak hampa kerana mengikut perancangan seharusnya seawal pagi esok kami perlu pulang dan hajat di hati ingin bersiar-siar lagi di bandar Christchurch sambil membeli cenderahati.

22 Februari 2011

Perancangan tidak seperti yang tertulis, seharusnya pada pukul 7 pagi kami perlu bertolak, sebaliknya kami memulakan perjalanan pada pukul 10.30 pg (kerana ke Puzzling World dahulu), 3 jam setengah lewat dan perjalanan dari Wanaka ke Christchurch memakan masa selama 5 jam! Sepanjang perjalanan kami ke Christchurch banyak sungguh halangan yang menyebabkan perjalanan semakin bertambah lambat, keadaan jalan yang licin dan hujan serta halangan dari kambing biri-biri yang melintas jalan menyebabkan masa semakin suntuk kerana kami perlu sampai ke Christchurh secepat yang mungkin atas urusan membeli cenderahati, pemulangan kenderaan yang disewa, pemulangan perkakas-perkakas yang dipinjam dari keluarga Hanif dan penerbangan kami balik ke Auckland sepatutnya dijadualkan pada pukul 6 petang.

Kambing biri-biri yang menghalang perjalanan kami.

Masa terus berlalu lagi satu jam setengah menghampiri bandar Christchurch, kami mendapat panggilan dari salah seorang sahabat dari Auckland memaklumkan kepada kami bahawa gempa bumi melanda Christchurch. Ketika itu kami hanya menganggap gempa bumi kecil yang melanda. Tidak lama kemudian Hanif menelefon kami dari Christchurch dan memaklumkan bahawa gempa bumi ini lebih dahsyat dari yang lepas dan ada berlaku kematian... Ya Allah, tanganku terus menggigil, ku lihat wajah anak-anak... terkedu sebentar.

Keadaan kami tidak menentu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan sama ada meneruskan perjalanan atau berhenti dimana-mana mencari penginapan. Akhirnya kami bersetuju untuk ke rumah Hanif walaupun kami tahu bahawa kami mengambil risiko yang tinggi kerana kawasan penginapan Hanif juga dilanda gempa bumi. Dalam keadaan tertanya-tanya akhirnya kami sampai di rumahnya pada pukul 5 petang setelah lama berhenti di pertengahan perjalanan, dan kami dapat melihat tembok pemisah antara rumahnya dan rumah jiran telah runtuh. Saba (isteri Hanif) menceritakan pengalaman ngeri mereka, ketika sedang leka mendengar pengalaman dari Saba tiba-tiba rumah Saba bergoyang... hanya Tuhan sahaja yang tahu ketakutan aku ketika itu.

Airport ditutup dan penerbangan kami juga dibatalkan pada hari itu. Terima kasih sekali lagi buat Hanif dan isterinya Saba kerana sudi sekali lagi menumpangkan kami tidur walaupun ketika kami sampai elektrik telah terputus (Alhamdulillah pada pukul 7 petang ia beroperasi semula). Keadaan di pinggir bandar ketika itu agak teruk dengan keadaan jalan yang retak dan salur air dalam tanah yang pecah. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana teruknya keadaan di tengah-tengah bandar ketika itu..

Sepanjang berada di rumah Hanif, kami mengalami banyak siri gegaran susulan gempa bumi. Walaupun ia tidaklah sedahsyat gempa bumi yang sebenar kerana ia hanyalah susulan, namun ia sudah cukup menakutkan dan menginsafkan. Ketika gegaran susulan berlaku, ia akan diiringi dengan bunyi yang menakutkan (seperti bunyi angin yang kuat) dan segalanya bergoyang. Anak keduaku mula menangis kerana takut dan tidur kami sering dikejutkan dengan bunyi dan gegaran yang agak kuat.

23 Februari 2011

Keadaan yang sesak di Airport Christchurch sehari selepas gempa bumi berlaku.

Keesokan harinya penerbangan kami dijadualkan pada pukul 5.40 petang, terima kasih buat Cikgu Jaafar dan Hanif kerana sudi menghantar kami ke airport. Apabila ku lihat siaran tv di sini yang menyiarkan perkembangan gempa bumi di Christchurch sayu pasti bertandang di hatiku, kini Christhurch tidak seperti 5 hari sebelum kejadian berlaku.. kerana 5 hari sebelum gempa bumi kami berada di situ, melihat kecantikan dan keunikan bandarnya, merakam memori indah bersama keluarga di bumi Christchurch.. kini ia hanya tinggal sejarah untuk dikenang, Christchurch tidak seperti dahulu lagi... :'-(

Alhamdulillah kami selamat mendarat di bumi Auckland pada pukul 8.15 malam. Kepulangan kami bersama sejuta kenangan yang pasti lestari dalam ingatan.. pengalaman yang penuh berwarna-warni, yang penuh suka dan duka serta kisah yang menyayat hati...

Lihatlah... kesan runtuhan gempa bumi pada bulan September tahun lepas masih lagi dapat dilihat, kini penderitaan mereka bertambah lagi...
( Bersyukurlah kita atas nikmat yang diberikan kepada kita)


Bangunan-bangunan lama yang sempat ku rakam sebelum ianya kini hanya tinggal kenangan sahaja... hanya terakam dalam memori.

Mungkinkan situasi ini dapat dilihat lagi pada masa akan datang???? Bermain catur dalam keadaan yang tenang sambil dikelilingi dengan ramai pelancong-pelancong atau kawasan ini akan jadi seperti bandar mati??

Di belakang ini merupakan kawasan taman bunga.. sangat cantik...

Kini bangunan di belakang (Cathedral Cove) anak-anakku hanya tinggal kenangan, telah runtuh menyembah bumi. Kemegahan dan aset berharga rakyat Christchurch telah diragut... :(

(sumber dari Google Image)



Di Christchurch juga terkenal dengan tramnya.

Tidak dapat aku bayangkan seandainya ketika gempa bumi kami masih berada dalam bas ini... nau'zubillah

Patung ini juga telah jatuh menyembah bumi 5 hari selepas tarikh gambar ini dirakam.

Bersyukur ya Allah, kerana anak-anakku masih mampu tersenyum . semoga keriangan ini terus mengiringi kehidupan mereka, dan semoga mereka dihindarkan dari mara bahaya..ameeennn

Inilah antara keunikan bandar Christchurch, punya cerita yang pelbagai serta kehidupan yang berwarna-warni.. semoga warna-warna indah akan muncul kembali dan Christchurch akan menjadi satu kawasan yang punya daya tarikan untuk menggamit pelancong-pelancong serata dunia kembali menjejakkan kaki ke bumi Christchurch seperti sediakala...

Terima kasih buat Saba, Kak Sidrah dan Kak Mas kerana sudi melayan dan menjamu kami.. jasa kalian akan ku kenang selagi nadi masih berdenyut.. Insya Allah.. semoga Allah membalas budi baik kalian sekeluarga..ameeennn



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
(semua gambar yang dirakam adalah hak peribadi tuan punya blog kecuali yang telah dinyatakan sumbernya, tidak boleh disalin semula tanpa keizinan tuan punya blog)

20 comments:

Adinda Amy Sensei said...

as salam akak...

lama tak singgah..akak sihat?
waa...bestnya akak dpt melihat keindahan new zealand...sunggguhhhh sangat beruntung akak kan..bestnya saya tengok dari sini kak...hehe..

kak...saya wat blog baru ni sebab blog yang lama emel akaunnya tak bole bukak..kene cracked...

nanti akak free...singgah la ekk...

HASNAH said...

alhamdulillah, sujud syukur pdmu Ya'Allah..diberi perlindungan walaupun dlm situasi yg menggerunkan!!.. dan pengalaman yg terlalu mahal dpt dirasai...
semoga nida & keluarga sentiasa diberi perlindungan dr Allah walau dimana berada..Insyaallah...amin!!!

mamawana said...

Alhamdulillah, subhanallah. Syukur Nida sekeluarga selamat. Maha suci Allah swt yg Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

siti murni said...

Syukur Alhamdulillah Kak Nida & family selamat semuanya..

pastinya satu pengalaman mahal melalui saat2 getir tu kan...

seriously...architecture kat sana cantik2 belaka...sayang....dah musnah semuanya..

Ummi Humaira said...

assalamualaikum dik Nida...

Alhamdulillah syukur Nida sekeluarga selamat ....

sepanjang kejadian tu kak chaq sangat kat Nida , macamana keadaan kalian n anak cikgu Sonata...

cemomoi said...

pengalaman hebat walopon mengerikan dan alhamdulillah semua selamat

semuanya hak Allah jika Dia nak amik takde sapa bole halang

sonata anak kancil said...

salam - alhamdullilah selamat semuanya. Saya pun dihujani dengan panggilan tepon bertanya khabar tentang anak di sana...saya kata selamat sebab dia di Auckland...

Christchurch sangat cantik...saya ade buat N3 tentang NZ earthquake ni...

InsyaAllah nanti anak saya akan tepon Nida...sekarang katanya sibuk dengan orintasi...kami berskype setiap hari...terasa dekat aje & dapat tahu cite2 nya...jika Nida ada akaun skype , bolehlah add.

ini no.hp anak

Farahin : 0220949315

Sri Wahyuni Ratnasari said...

Alkhamdulillah Nida dan keluarga mendapat perlindungan dan kasih-sayang Allah, kami ikut khawatir kemarin-kemarin. Semoga perjalanan yang lalu menambah rasa syukur dan menambah kekuatan iman atas kasih sayangNya. Amin..

Nur Asna said...

salam Ida...

Alhamdulillah Ida & keluarga selamat...bila dpt tahu kejadian gempa kat berita di TV3 akak terus jadi tak keruan...masa tu Cik Nan kat UMP...akak terus call dia, dia cuba call Piah lps tu tak dpt...lagilah kami risau...then akak buka FB...dpt maklumat Ida & family selamat...barulah lega...
Akak rindu betul pd Ida & keluarga...nantilah akak call nanti yea

Oyis said...

berdiri2 bulu roma saya baca entry k nida ni. syukur lah semua nya slmt Alhamdulillah. kenangan spjg hayat ni

Chik Na said...

Syukur Nida sekeluarga selamat.

Plan nak ke sana cuti sekolah ni ... tapi tengah berkira-kira selepas kejadian gempa tempohari

BTW, suka gambar yang pertama tuh ... indahnya bumi ciptaan allah.

Lady Lavender said...

alhamdulillah nida sefamily selamat. saya doakan semoga semua dalam lindungan Allah. Be strong nida.

Alimaz-Kembara Terasing said...

subhanallah indahnya bumi christchurch..... kalau diberi peluang saya juga ingin kesana.... tapi apakan daya saya hanya juruteknik biasa.....

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah Nida dan keluarga selamat dan diberi perlindungan oleh yang maha Esa.

mekchu said...

5 hari sebelum?? syukur akak & family tak de apa2... cantik betul2 gmbr2 tu... & cantik sungguh bumi cristchurch tu..

zue said...

masa berlaku gempa bumi di christchurch..kzue tringatkan nida sbb teman blogger kak zue cuma nida yg tinggal di NZ.
kena pulak nida x update...itu yg trtanya2.
syukur alhamdulillah nida dan family selamat.

mmg cantik bandar Christchurch.

kakcik said...

Syukur Alhamdulillah Nida dan keluarga terselamat.

CuTeMiUt78 said...

salam nida,

syukur alhamdulilah.. nida sekeluarga selamat....

jemarisuri said...

salam...

mencari info utk ke bumi maori..
kalau kat sana di christchurch.hotel apa yg budget murah utk menginap time melawat sana..harap dapat meberi info sbm sy ke sana..

kalau sudi jom lawat blog sy..

tk

Lufias_ramma88 said...

salam cik nida,
sungguh cantik bumi NZ ciptaan tuhan.saya masih lg mencari info berkaitan bumi nz..saya dan seorg sahabat ingin melawat bumi NZ.tiket sudah dibeli utk penerbangan pd bulan mei 2012 dan skrang mencari kenalan di bumi NZ memandangkan kami tidak mengenali sesiapa atau mempunyai saudara di sana