Sudah Cukup Kuatkah Aku???

Hari ini cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai di bumi Albany. Sudah lama hujan tidak turun semenjak musim summer menjengah. Dalam cuaca yang mendung ini tiba-tiba fikiranku jauh menerawang, teringat semula pada kenangan-kenangan lalu.

Lebih kurang lagi sebulan genaplah dua tahun kami di sini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang telah ditempuhi, namun berat mana beban yang ku tanggung, berat lagi tanggungan suamiku, kerana beliaulah suami, ayah, ketua keluarga, pelajar, pekerja dan kami banyak bergantung padanya. Kadangkala kulihat suamiku dalam keadaan tertekan, ku faham perasaannya... ingin sekali beliau meluahkan beban yang ditanggung pada keluarga namun apakan daya emak dan ayah mertua telah pun pergi menemui penciptaNya.

Aku cuba membantu setakat yang termampu agar fikiran kusutnya sedikit terlerai, tekanan yang datang sedikit reda..... setelah puas memerah idea, lantas kamera Nikon D60 kucapai dan inilah hasilnya ( sedikit editing melalui CS3).. dan ianya kutujukan khas buat suami tersayang...

Semoga gambar kunci dan perkataan "thesis" ini dapat menyuntik semangat buat yang tersayang dan mereka yang berjuang dalam menuntut ilmu.
(kredit buat anak keduaku selaku model dalam pic di atas)
Hatiku cuma satu.. dan yang satu itu buat mereka yang berhak memilikinya, dan dialah yang bernama suami.
Semoga sajak yang tertinta dapat dihayati dan diselami.

Dalam masa dua tahun juga sepanjang kami bergelar anak rantau, satu demi satu insan-insan tersayang telah kembali kepadaNya. Bermula dengan datukku, kemudian ibu mertuaku dan yang terbaru (1 Muharram) bapa saudaraku, Effendi Juhari. Kami adik beradik memang sangat rapat dengan arwah kerana beliaulah pengganti arwah abah (anak lelaki selepas arwah abah). Beliau banyak membantu kami adik beradik, tapi Tuhan lebih menyayanginya, seawal usia 37 tahun dan baru dua tahun usia perkahwinannya Allah telah menjemputnya. Ketika arwah masih hidup, beliaulah yang menjaga atukku (sebelah arwah abah), kini pasti atukku semakin sunyi..... :'-(

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Gambar terbaru bersama arwah (berbaju biru) pada malam raya tahun lepas... Al-Fatihah


p/s: ucu= suamiku+along= diriku



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

33 comments:

Mario said...

Al-Fatihah...semoga sis sekeluarga terus tabah....

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam Nida..
Lama dah tak dpt menjengah blog kwn2.. Cantik gambar yg diambil tu, penuh bermakna..

azieazah said...

NIDA,
lama juga Nida tidak menulis sajak di blog kan?

Ya, sajak dan luahan rasa itu sungguh bermakna dan tinggi nilainya buat Nida dan keluarga.

Semoga kekuatan itu akan terus menjadi pendorong semangat sepanjang berada di rantau orang.
Jangan bimbang, keluarga dan teman-teman di tanahair sentiasa mendoakan yang terbaik utk NIDA dan suami serta anak-anak...

Alfatihah buat mereka yang sudah pergi meninggalkan kita.

Murni Alfathunnisa said...

Salam Kak Nida...

Mudah2an kak Nida dan suami terus tabah..kehidupan manusia memang ada pasang surutnya kan..sama2 lah kita..

Al-fatihah untuk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat..amin.

hazeleyed lady said...

Ass-Salam sis Nida

Al Fathihah buat keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah.
Semuga terus tabah dan kekal berkasihsayang...

p/s you are a good poet too Nida

nikzairfan said...

salam sis,semoga tabah degan ujian Allah,ada baik dan ada buruknya,insyaAllah semuanya akan berakhir

terokai seni said...

cayyukkk

dah dua tahun le braya di perantauan yea

sonata anak kancil said...

salam - semoga sentiasa tabah di perantauan...

Zaitun said...

Al-Fathihah buat bapa saudara nida semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Harap Nida tabah dengan ujianNya.

Oyis said...

sungguh untung suami kak nida mendapat isteri mcm kak nida, yg menjadi tonggak perjuangan beliau. kdg kala saya jeles tgk rakan seperjuangan saya yg lelaki, kerana biasanya selepas penat bekerja keras dan berhempas pulas di Uni, balik nasik sudah ada org masakkan, rumah sudah teratur dan plak dpt mcm k nida, wah... siap memberi smgt dgn puisi lg, cair lah... saya agak kalo yg siswi tu, kena lebih cekal lg, sudah lah kusut di Uni, balik rumah pon urusan belom selesai lg... nak harap puisi2 drpd suami, mimpi lah... kdg kala mengadu susah dan sebagainya pon kena tempelak lg (suami saya ni mcm parents saya jg, kalo saya kata susah, akan cabar dan counter saya balik biar saya bgn semula, tp bkn dgn cara lembut atau memujuk... selalunya menjadi, tp usually mkn hati dulu hehehe). ye la, women are good listeners, org laki2 ni kurg suka kalo kita komplen lebih2 kan, nnt dikatanya mengomel x abis2... apapon, saya tetap bersyukur suami saya ada di sisi, sbb tanpa beliau pon x mampu saya tempuhi apa yg saya buat skang... mmg duk di perantauan ni membuatkan kita lebih appreciate and belajar memahami pasangan kita dgn lebih lg, sbb we only have each other. k nida mmg berbakat, saya suka sajak (dan model cilik) kak nida tu.. smg usaha kak nida mengurangkan bebanan si suami mendapat aknowledgement drpd si dia and diberkati Allah...

Mama Zharfan said...

al-fatihah..mati itu pasti, cuma kita tak tau bila masanya..moga terus tabah yer nida & hubby

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

al-Fatihah...

ardinihumaira said...

semoga akak tabah menghadapinya, amin...

Al-Fatihah

deena farhana said...

slm takziah...

moga ruh dicucuri rahmat..

slm syg buat kak nida n anak2 :)

Anonymous said...

follow & blogwalking..

meh la jenguk belog ai..

salam kenal! (^_^)

Anonymous said...

al-fatihah...
cantik la gmbr no2 tu....

Zue AnnaLeeya said...

wahhhh.... puitis gitu... cantik pic yg anak nieda jadi model tuh...

salam takziah buat nieda dan family... smoga roh2 mereka dicucuri rahmat....

Ena said...

salam kak nida..

lama rasanya tak mai sini..
cantik semua pic tu kak.. :D

Alimaz-Kembara Terasing said...

al-fatihah untuk arwah... allah lebih menyayaginya......

Hamizah said...

moga terus tabah..

Unknown said...

salam Nida...

kak chaq tabik ler dgn kekuatan jiwa adik kak chaq nie...

semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg kanan...

mamawana said...

Alfatihah buat yg telah pergi. Gambar2 itu terbaik la caiyang.

lady lavender said...

semoga tabah nida..kitalah pendamping setia suami dikala susah & senang. Ditambah dgn berjauhan dgn keluarga & sanak saudara.

Nida n' Hanafi said...

Mario:
Terima kasih... semoga ketabahan mengiringi kami hingga ke penghujung

Kak Niza:
Ambil bersama jiwa dan hati... :)

Nida n' Hanafi said...

Kak Azie:

Suami pun selalu bising bertanya bila saya nak cipta sajak..hehe..

Insya Allah.. semoga jiwa ini terus kuat...ameeeennnn

Siti Murni:

w.salam.... ameeeennnnnn.
Semoga setiap pasang dan surut dapat kita lalui dengan tabah..

Nida n' Hanafi said...

Kak Hazel:

ameeennn... setiap setiap baris ayat yg akak tuturkan akan terus lestari...

p/s: thanks kak Hazel

nikzairfan:
Insya Allah... setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi:

baru sekali.. tahun lepas sempat beraya di Malaysia... mungkin tahun ni kali kedua beraya di sini...uwaaaa

Oyis:

Oyis insan bertuah.. yg dipilih Allah untuk berpeluang terus menyambung pelajaran, berada di perantauan bersama keluarga.. tidak semua yg dapat nikmat itu... teruskan perjuanganmu dik sehingga ke penamat, Insya Allah kejayaan akan kau genggam...

Nida n' Hanafi said...

Mama Zharfan:
DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali suatu hari nanti.

Meniti senja:
Al-fatihah..... semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan insan yang dikasihi olehNya

Nida n' Hanafi said...

Ardinihumaira:

Insya Allah.... berpisah dengan insan yang disayangi merupakan satu ujian yg sangat payah untuk ditempuhi...

Deena:

terima kasih dik... ameeennnnn.

Nida n' Hanafi said...

Noremy:
Insya Allah akan jenguk ke sana.

Zue:

hehe... saja try and error.

Ameeennnn.. semoga roh mereka diampunkan segala dosa olehNya.

Nida n' Hanafi said...

Ena:
Thanks Ena.. terima kasih juga kerana sudi jengah akak

Alimaz:
suatu hari kita pula akan menyusul..

Nida n' Hanafi said...

Hamizah:
Insya Allah... semoga Allah terus memberi ketabahan buat kita semua..

Kak Chaq:
Kadangkala adik akak ni juga tak mampu berdiri.. :)

Ameeennnnnnnnn....

Nida n' Hanafi said...

Mamawana:

Thanks mama... gambar-gambar tu main pakai hentam je... terima kash kerana menghargai usaha saya.. cayang mama..

Lady Lavender
Keluarga umpama tulang belakang kita.. tanpa mereka hilanglah halatuju kita