Wednesday, January 5, 2011

Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

Lamanya tak meng'update' blog, telinga pun dah panas asyik kena perli dengan cik hubby je. Hari ini aku dah berjanji dengan cik hubby nak update.. (bang, Ida dah update ye..hehe).

Taknak berleter panjang-panjang, (sebab sepanjang cuti sekolah ni puas dah jadi tarzan) cuma nak kongsi rentetan pengalaman sepanjang cuti sekolah di sini (bermula 16 Disember dan akan berakhir pada 4 Februari).

Aktiviti pertama dan yang agak seronok sekali ialah apabila kami berjalan sakan @ menghabiskan duit sakan di Rotorua. Terima kasih buat Kak Asna sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami tidur.... :).

Destinasi pertama kami ialah di Wai-O-Tapu, kalau nak tahu kawasan ini ialah kawasan bekas gunung berapi, jadi banyaklah benda-benda pelik yang pertama kali aku lihat, dan kenangan yang paling tidak boleh dilupakan ialah bau dikawasan tersebut... adeiiiiii busuk yang amat... "Ibu nak balik, sini busuk"... si Anis tak habis-habis merengek...
Maklumat lanjut klik sini.

Suhunya boleh mencecah 100 degrees.

Geyser, pancutan air dari bawah tanah.

Blurrppppp.... mendidih lumpur kat sini.
Uwekkkkkk... busuknya bau sulfur, pemandangan pun sangat terbatas..
Air di kawasan sini macam-macam warna, ada biru, ada kuning dan ada hijau..

Perut pun dah mula lapar, macam-macam lagu dah bedendang dalam perut ni. Kami berhenti di Blue Lake untuk menjamu selera + berendam-rendaman......

1...2....3..... jom terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pemandangan di Blue Lake.

Kemudian kami ke kawasan hutan simpan, sini semua pokok batangnya berwarna merah. Bila berada dalam kawasan tersebut aku rasa seolah-olah seperti dalam cerita Robin Hood pulak...

Pelakon tambahan filem Robin Hood yang sudah pencen..hehe.

Kemudian aktiviti yang paling mendebarkan ialah kami ke Rotorua Skyline... di situ kami naik gondola (78NZD untuk satu famili). Paling syok bila dapat naik luge, mula-mula tu takut juga tapi sebab nak tunjuk macho pada anak-anak terpaksalah kugagahkan jua walaupun pucat bibirku dah sama putih dengan gigi (nasib baik pakai lipstick..hehe).... pastu sebab dah teruja bangat sampai dua kali aku naik luge tu..hahahahahaha. Maklumat lanjut klik sini.

Kami ketika di atas puncak Bukit Ngongotaha.
Cik hubby dan Cik Anis...:)
Uiks... biar betul Si Anis pun nak join sama... :)
Bang!!!!!! Lari!!!!!!! Dinasour mengganas!!!!

Gayatnya mak datok.....

Esoknya pula kami singgah sekejap di Hamilton Garden, wahhhh..... banyak yang amat bunga-bunga di sini...

Terjumpa rakan-rakan dari Malaysia yang sedang melancong ke NZ... ketika ini walaupun tak pernah bersua sebelum ini, namun tak kira Cina, India dan Melayu keakraban sesama rakan senegara seolah-olah telah lama kenal.. tapi andai di Malaysia, rakan sendiri pun tikam dari belakang.. renung-renungkanlah.. :)

Ada jeti di sini.. mengingatkan aku pada kampung halaman...uwaaaaaaaaa!!!!!!

Lorong kejayaan....:)

Kak Asna dan Bejau... kami semua golongan cikgu-cikgi tau..

Kemudian kami ke Awharoa Falls, pemandangan air terjun ni memang cantik sangat.. tapi yang tak bestnya semasa aku duk snap gambau, ada ler pulak sekumpulan orang ni mandi-manda... kalau pakaian tak usah nak cerita ler.. just tutup tuuuuuuuttttttt je. Masalahnya kalau orang je mandi ok lagi, ni dengan anjing-anjing dia pun mandi sama... eiiiiiiiiii geeellllliiiiiiiiiiii.....

Tu dia cameraman yang bertauliah...hehe

Selepas dah puas menjamu mata dengan apa yang terdedah (hahahahahaa), kami terus ke Waihi Beach... di sini anak-anaklah paling seronok, dapat menyelam dan terus menyelam dan terus menyelam selagi mak dan abahnya tak menjerit suruh naik..... :).

Tak jejak di bumi.

One happy family......... semoga Kau berkati perjalanan kehidupan kami ya Allah... ameeennnn

Dah penat berjalan masa untuk pulang pun tiba, thanks buat Azila dan Fariza sekeluarga kerana menyediakan jamuan dan makanan buat kami yang memang dah darjah tertinggi kebulurannya...:)

p/s: kehilanganku dalam dunia berblog tidak bermakna diriku lupa pada rakan-rakan blog sekelian... kehilanganku kerana cuba menyelami dan belajar dalam dunia fotografi, adakala rasa rindu pada rakan-rakan blogger sekelian menjengah diriku, namun hanya mampu bertandang ke blog rakan-rakan tanpa meninggalkan pesan..



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

baki post anda yang hendak disembunyikan

27 comments:

al-lavendari said...

ambek kau .. sekali hapdet, sampai tak tahu mana nak komen.

cantik sungguh tempat2 yang ditunjukkan. saya belum pernah sampai lagi ke NZ.

tengok lumpur tu menggegelak .. segera terbayang neraka.

tengok buluh pun ada .. senanglah nak buat lomang. eh ye ke buluh tu ?

Mario said...

bestnye...sementara duksana mmg kene pergi explore ek...best best...
cam kita ni bau sulfur kat bandung pun dah ok dah...ekeke

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bestnye dapat peluang mcm tue....

Lady Lavender said...

nidaa...lamanya tak bersiaran..Rindu nak baca entry kat NZ nih heehee..

sonata anak kancil said...

insyaAllah akan sampai ke sana ! hujung tahun kot...baru2 ni hubby dah ke Auckland...dah tengok univ anak akak ! dia fly Februari
( insyAllah )

Nadiah Sidek said...

yg paling menarik yg kat Wai-O-Tapu tu. teringin nak tgk dgn mata sendiri

Oyis said...

happy new yr buat kak nida sekeluarga. wah lama ye sana cuti, kiranya cuti summer ni sekaligus ngan cuti xmas la ye?

beruntung kak nida sekeluarga dpt pergi tempat2 cantik mcm tu. mmg keindahan NZ ni tiada tolok tandingnya la. satu lg saya jeles sbb sana summer. sini jgnkan nak berjalan2, nak pegi school pon berpikir2 byk kali, hehe... sejukk! namanya pon lumrah alam ek, sekejap org lain summer, nnt turn kita plak. enjoy summer to its fullest kak!

btw kan, masa saya BTN, kitaorg ada nyanyi psl rotorua tu dlm bahasa native NZ (fasi paksa hafal jgk bahasa tu). sampai skng pon ada lg niat nak ke sana kalo ada rezeki lebih. moga2 tercapai...

ps: gmbr2 mmg best la quality dia. i like!

Adinda Amy Sensei said...

salam sis..

waahh...semua gambar cantik dan terang..menarik..pemandangan yang hebat di sana..

kak apa khabar..lama tak dgr cerita..moga kak dan family sihat saja di sana yaa...

miss you.. :)

fa10 said...

kongsi2 la ilmu fotografi kat sini..
sambil menyelam minum air!

best2 la tgk percutian korang tu!!!

Nida said...

Pak Ngah:

Nz memang cantik.. tapi rasanya indah lagi negara sendiri :)

Kalau guna buluh ni buat lomang, mahu koma 10 hari..hahahaha

Nida said...

Mario:

betul... tapi fulusnya je ler kena berkoyan-koyan baru puas berjalan sakan..hehe

Nida said...

meniti senja@Roi:

memang syok.. tapi tak larat nak berjalan jauh..

Nida said...

Lady Lavender:
hehe... sorilah dik... pasni Insya Allah akan selalu bersiaran.. (kena pinjam laptop hubby)

Nida said...

Sonata:

Alhamdulillah.... kalau ada apa2 hal, kalau saya boleh tolong kami akan tolong...

Nida said...

Nadiah:

tempat tu memang antara tempat wajib lawat andai ke sini....

Nida said...

Oyis:

selamat tahun baru juga..

hehe... tapi panas tahun nni tak macam tahun lepas.. agak terik sedikit, nak jalan pun agak rimas... takpe nanti kita winter sana summer, time tu Kak Nida lak jeles..hehe.

Insya Allah kalau ada rezeki sampailah Oyis ke sini...

Nida said...

Amy:

Akak sekeluarga Alhamdulillah sihat.. macam mana sekolah tahun ni... byk tugas tak?hehe

p/s: miss you too

Nida said...

Kak fa10:

hahaha... belum mencapai amatur lagi punlah kak.. malu lak nak berkongsi.. Kak fa10 lagi berpengalaman, gambar2 pun cantik2...

ummumishkah said...

Subhanallah..
What a great experience! :)

kasthurirajam said...

beautiful

maiyah said...

cantik le.. tiap pic ada jiwa gitu hehe.. baik nyer posing ;)

cemomoi said...

lama tak menjenguk sini... moga sihat di perantauan. amboi la cantiknya view

ummu said...

assalamualaikum Nida
aktiviti cuti sekolah yang sangat best.thanks for sharing, dear.siapalah agaknya yg ambil gmabr?pandai beliau shoot.sungguh seni.
gerun tengok lumpur yang bergelegak tu,teringat bagaimana lah agaknya panasnya apidi neraka...
tq atas komentor Nida di blogspot saya.tak sempat nak update lagi.weekend yg sibuk,:).maklumlah time nilah nak operasi kain baju,:)

pak long said...

salam...
fuhhh bestnyer tempat bercuti tu...

Chik Na said...

suka gambar air terjun tu..cantik, memukau mata :)

BezBuddy said...

bestnye kak nida..one day org mesti g sane gak..hehe

Zue AnnaLeeya said...

bestnye nida bercuti... view kt sana pon cantik... gamba yg last tuh mmg hepy family... suke tgk...