Mussel@kupang Picking dan Goat Island

Dulu ibuku pernah memberitahu ada dokumentari mengenai kupang di New Zealand ni dalam Majalah Tiga. Masa tu aku memang tahu kupang di sini memang banyak dan sedap (isinya lembut) tapi tak pernah ler tengok tempat pembiakannya. Pernah dulu ke Pantai Coromandel tapi masa tu air sudah pasang, tak dapat nak cari kupang.

Tapi nak dijadikan cerita, tempohari kami ke Pakiri Beach (lebih kurang 45 minit dari rumah aku) sebab nak kutip mussel, terkujat badak bila lihat depan mata punyalah bapak banyak yang amat sangat terlalu-lalu (marah cilgu BM aku) kupang liar dan anak-anaknya... rasanya dalam berjuta kot.

Gambar di tempat parking.

Tu dia banyak yang amat.

Baby mussel.... banyak sesangat. Kaki sampai sakit sebab berjalan di atas mussel. Permukaan batu dipenuhi dengan mussel@kupang semata-mata.

Anis yang sedang rindu pada abahnya... asyik merengek je..

Mizah dengan aksinya.

Payung si Anis.

Unikkan burung ni

Setelah penat mengangkut mussel (seplastik besar seorang), kami pun ke Goat Island, lebih kurang 15 minit dari pakiri Beach. Istimewanya kawasan ini ialah ia adalah salah satu tempat marine reserve. Kali pertama melihat air laut yang sangat jernih sehingga boleh nampak ikan di dalamnya serta indahnya tempat tersebut, mata ini terus terpukau akan keindahan ciptaan Ilahi.. Subhanallah sangat-sangat cantik. Kalau tak percaya jom layan pic di bawah...

Inilah Goat Island... cantikkan lautnya.

Goat Island dari sudut lain.

Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan ribuan terima kasih (skemanya bahasa) buat Kak jun serta suami kerana menumpangkan aku dan anak-anak (suami tak dapat ikut ada hal...), serta Encik Shahriman sekeluarga kerana menumpangkan kami tidur. Pada masa yang sama sempat juga aku snap gambar bunga-bunga di rumah Encik Shahriman.. :).. layannnnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

18 comments:

ardinihumaira said...

banyak betul mussle tu...
comel pemandangan :)

cemomoi said...

huk alahai cantiknya tyempat

kupang masak sambal... tangkap lelehhh

Ummi Humaira said...

salam Nida...

alangkah indahnya kalau ler kak Chaq pun sama2 dpt kutip kupang tu , aduuuuh kita masak sambal kupang , mak aiii terlioqnya...

Zaitun said...

SubhanAllah cantik airnya,tenang aje.

Kak Zai suka makan kupang bila pergi kat Pernu, Melaka.

azieazah said...

Ohh indahnya. NIDA snap pun cantik sekali.

Betul lah, Kupang masak sambal memang sedap. Perhhh....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nice pic la...

Hamizah said...

sedapnya mussel..

nikzairfan said...

memang comey blaka kak

Mario said...

cantik2 gambar2 tu...

fa10 said...

bestnya dpt mussel free..., mussel segar lg manis drpd yg frozen. selalu kai beli yg frozen jer, yg free mahal sikit.
cantik la gmbr burung kaki 1 tu.
eh, eh... abah pergi mana ek?

Lady Lavender said...

ya allah..bestnya nida..mcm nak pi NZ sekarang jugak. Memang cantik sesangat :-)

Kak Rosaliza said...

Salam Nida..oh dah balik ke NZ rupanya akk ketinggalan...suka akk tgk dpt kutip kupang tu

kakcik said...

Cantiknya gambar2 yang Nida rakam. Macam poskad. :)

Mario said...

bole buat jual le gambar2 ni...

Nida said...

dINI:
Memang sangat banyak... terkedu akak melihatnya

Cemomoi:

tepat sekali selera kita.. Balik je terus operasi masak sambal..

Kak Chaq:
w.salam
pastu kita buat nasi lemak.. makan dengan sambal kupang... adeiiiii sedapnya Kak Chaq... hehe

Nida said...

zaitun:

Airnya memang sangat tenang dan tidak begelora.. ramai yg datang mandi di sini.. Tak berkesempatan lagi ke Pernu

Kak Azie:

Thanks Kak Azie... cuba-cuba jaya..

Kupang fresh masak sambal + pekena dengan nasi lemak dan kopi o panas.... fuuuyoooo

Meniti senja:

thanks dear... pemandangan NZ memang sangat indah

Nida said...

Hamizah:
kat ozzy pun boleh buat mussel picking kan?

nikzairfan:

inilah bumi NZ... pemandangan yg memukau mata

mario:
Thanks dear... nak jual???? Kak Nida baru nak belajar ni, amatur pun belum layak lagi :)

Nida said...

fa10:
burung tu sebenarnya ada dua kaki... Nida pun tertipu..hehe.

Abahnya pergi kerja (part time)

Lady Lavender:
Jom...... sana tengah sejukkan, meh sini tengah summer..hehe

Kak Rosaliza:
ini pun pengalaman pertama Nida.. syok dan kenangan manis

Kak Cik:
tapi satu je yg Nida frust... Nida tak mahir dalam photoshop.. Nida suka edit tapi tak pandai :(