Kembali Berbakti Kepada Pasu .

Sejak dua tiga menjak ni cuaca semakin perit (dah masuk musim summer), kalau nak diikutkan memanglah tidak sepanas Malaysia kerana suhu di sini sekitar 24-23 degrees je tapi memandangkan langit NZ ni lebih dekat dengan permukaan bumi maka sinar uv amatlah tingginya. Kalau tak pakai sunscreen alamatnya bersisiklah kulit ni... lama-lama mungkin dah macam ikan kot kalau asyik terdedah je.

Tapi yang aku suka bila masuk musim panas ni maka banyaklah aktiviti-aktiviti outdoor yang dapat dilakukan, contohnya bercucuk tanam. Sudah lama aku menyepikan diri dalam arena pertanian ni, tapi bila lihat pokok-pokok yang dijual di warehouse geram pula nak menanam semula (sebabnya setelah tiga bulan balik Malaysia tempoh hari, banyak pokok-pokok aku telah mati :( ). Maka inilah projek aku yang terbaru.. tadaaaaaa


Aku paling suka tanam pokok lada, sebabnya benih lada senang nak cari... pakai biji lada kering pun boleh hidup.. kedua lada di sini mahal nian@sangat, ketiga pokok lada juga boleh merangkap pokok bunga sebab bunga pokok lada pun cantik, kempat aku suka makan pedas-pedas (baru ada kick), keempat pokok lada senang nak jaga (ye ker???), kelima pokok tu je yg aku paling pandai tanam sebab main pakai campak je benihnya,hehe.
Inilah baby-baby pokok lada aku... :)

psssttt: nasib baik cik hubby sibuk dengan study kalau tak mesti berebut lagi nak tanam pokok, dia nak pokok bunga aku pula nak pokok sayur...... kahkahkah (gelak jahat)

Kalau nak tahu kisah kerjaya aku sebagai petani di sini... jom layan link di bawah....





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

19 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Nida...

bagus usaha Nida tu. Kalau dah banyak lada tu nanti, boleh sedekah atau jual kat kawan2.. :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

hmmmmm bagus juga dapat save sikit kalau tanam sendiri.... dapat mkn yang segar

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

waaa...
rajin nye akak...

Zaitun said...

Kalau berbakti pada tanah mesti dapat hasilnya,seronokkan... bila masa memetik buahnya.

al-lavendari said...

serupalah .. kat sini pun sekarang musim summer. hehe

Mario said...

bestnye la kat sana ek...sejuk...cili tu jenis yg sejuk jgk eh...hehe

Oyis said...

i am missing summer! sini tgh -3C skang ni. oh ketar2. smg pokok kesum ku terus berjuang utk hidup dan tidak kalah pada cuaca. rajin kak nida bercucuk tanam. saya pokok kesum tu pon turun temurun turun temurun org msia kat plymouth ni pass2, so saya jaga la skang.

Unknown said...

tentu ada pokok yg pencen kan bila balik Malaysia tempoh hari..

terokai seni said...

camana la aku tanam lada payoh beno nak jadik asyik mengerekot je daunnya

Hamizah said...

rajinnnya,nieda..
sy xminat menanam..hbs tu apalah yg saya minat ye?hehehe..
biasanya hubby yg suka bercucuk tanam tp skrg ni dia bz dgn hobi br plak..xsempatlah..

I'm Seri said...

Kak,

Apa khabar. Satu hari nanti nak juga menanam pokok yang berbuahkan lada ini.

Murni Alfathunnisa said...

salam kak nida...

tanam lada & tomato banyak-banyak. cantik + berguna untuk masakan....^_^

deena farhana said...

waahh..bagusnye kak nida ni rajin..:)

azieazah said...

Tanam lada?
Bagus, boleh lah buat sambal belacan hari-hari. Tak yah beli lagi dah.

Jangan sampai pasu pecah dah lah yerrrr...:)

al-lavendari said...

salam maal hijrah .. semoga nida terus kekal cemerlang.

psst .. saya dah update blog puecorangxret. jemputlah bermain-main di sana bila berkelapangan !

CuTeMiUt78 said...

kira ok la kan... bercucuk tanam gitu

CT said...

wah, dh bbuah tomatu tu...jap lagi tuai hasil ya...jmpt masuk blog kita ya...

*∽ IZAN ∽* said...

Salam tahun baru Nida...! NZ masuk summer yer December ni. Kat Mesia pun seram sejuk je hujan he.

Nida... memang tak dapat jugalah bungkusan Ole-ole Nida tu. dah cek kat sini memang tak dapat trace juga... tak ada rezeki nak merasa ole-ole NZ. Anyway terima kasih banyak2 yek ingatan Nida utk Izan. Appreciate it very muchh!!

al-lavendari said...

salam.

dah lama tak buat entri baru ?

kalau malas nak buat entri baru, mari kita berpantun kat laman puecorgxret.