Banyak Perbezaan, Satu Persamaan.. :)

Antara aku dan hubby jarang ada persamaan.. terutama bab hobi. Andai aku suka berpuisi, cik hubby pula suka melakukan aktiviti outdoor (khemah dll), andai aku suka tanam pokok sayur, si dia pula suka tanam pokok bunga.. dulu masa kami baru beli rumah di Kuantan, puas nak agihkan faraid tanah yang sekangkang kera tepi rumah buat tanam pokok. Aku nak tanam pokok sayur, cik abang pula nak tanam pokok bunga..hmmmmm. Kalau aku mengajar yang berkaitan dengan subjek Sains, dia pula mengajar bab yang berkaitan dengan ekonomi.

Ingat dulu masa di alam universiti (saat tengah bercintan ler kononnya), bila aku ada perlawanan pantun (wakil kamsis), dia selalu pergi menonton tapi satu habuk pun tak faham.. samalah macam aku, bila dia ada perlawanan sofbol aku pun duk ler tepi padang jadi pom pom girl walaupun tak faham apa ke benda ler permainan tu.. almaklumlah tengah bercinta, sokong tetap sokong walau dalam hati berkata "bilalah nak habis, aku dah boring ni.."..hehe.

Tapi bila dah lama berkahwin (sedekad sudah), barulah kami temui apa yang kami boleh berkongsi... alkisahnya kami meminati dunia fotografi. Ni pun baru nak menjinakkan diri, aku dengan D60 dan dia dengan D300..... maka inilah hasilnya...layannnnn..

Hasil dari keras tangan aku...
Anak pertamaku...

Anak keduaku...

Anak ketigaku...

Birunya langit..

Bunga-bungaan

Alam Fauna

Titisan air yang jatuh..@ water drop

Walaupun begitu ada juga perbezaannya lagi... kalau aku suka meng'edit' gambar, tapi cik hubby pula suka yang original.. tak suka edit-edit (biasalah pompuan, suka berhias-hias. :) ), cik hubby lebih menitikberatkan penceritaan gambar katanya@ aku pun tak paham sesangat sebenonya ... jadi jom layan hasil keras tangan yang tak sekeras tangan aku dari cik hubbyku pula.... zasssss

Cerita alam...

Penuh makna tersirat....

Akhir sekali untuk hari ini walau dah terlewat sehari... tapi aku nak wish juga Selamat Hari Raya Aidil Adha.. maaf dipinta seikhlas hati, dari kami yang jauh di sini... chewaaahhhh macam salam perantau pulok dohhhhhh...




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

27 comments:

kakcik said...

Cantik gambar-gambar tu.. kakcik suka :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cantek nye pic...

Mario said...

selamat hariraya sis...lawa gambar2 tu...yang air tu terbaik...

syamimi azmira said...
This comment has been removed by the author.
Zaitun said...

2 thumbs up memang cantik gambar2nya macam professional.

Ummi Humaira said...

salam eidul adha dr kak chaq....

ni yg dok jeles ni, tengok gambar cantik2 tuuuuu

ardinihumaira said...

comel2 gambar tu kak :D

Hamizah said...

fuyyoo dslr br beli ke?
saya masih tercari2 persamaan antara kami..
wpon tak sama tetap ada keserasiaan

Lana~Bulu said...

Semua photo tu cantik...
namuan photo yg kedua last tu akan lebih cantik kalau tangan kiri maksu tu terletak di atas bahu hubby.. terletak manja..bukan menyeranguh..ok..nanti terblik lakk habby tu..haa
baru nampak kesatuan yg merangkumi semuanya...
ni idak..dia dok kira nak kepong anak2 dia saja..hee

azieazah said...

Betul lah, bila ada perbezaan, kita tetap sokong, kerana rasa kasih itu lebih penting. Inginkan pasangan kita bahagia dengan cara mereka.

Saling menerima dan menghormati minat dan hobi masing-masing.

Bila sudah serasi dan sejiwa, barulah kita sedar masih ada persamaan, dan berkongsi minat yang sama itu ternyata lebih bermakna.

Selamat menyambut Aidil Adha buat NIDA sekeluarga di sana...

Nadiah Sidek said...

antara sebab nadiah suka ke blog akak ni sbb gambar cantik2. mcm pro je. nadiah minat juga fotografi tapi byk lagi la kena belajar. tak berseni pun ambil gambar..huhu..

a kl citizen said...

nida...suka gambar water droplet tu... saya pun lebih suka kalau gambar tu tak yah diesit... lebih klasik

selamat hari raya


dapatkan slip gaji online

al-lavendari said...

salam aidiladha. tak berkorban ke kat sana ?

hobi dan minat yang berbeza itu perkara biasa .. saya pun gitu. saya minat mancing, isteri minat tanam bunga. tapi yang penting dia tak kacau saya dan saya pun tak kacau dia.

gambar2 tu semuanya cantik belaka. kebetulan agaknya blog KomenSen pun masa ini ada siarkan gambar2 tempat menarik di Iran. Sungguh menakjubkan. Jemputlah jenguk.

Alimaz-Kembara Terasing said...

nice pic

schoepentoeter said...

Salam...
gambo2 kat atas tu cantik2.. :)

maiyah said...

salam..
lama dah x ke sini, blog sendiri pun dah jarang bukak
cantik gambar2 ;)

cemomoi said...

berbakat

romantik

tak tahan crita cintan tu...

Oyis said...

slmt hari raya aidil adha kak nida. wah dah sepuluh tahun ye bersama... mmg kes semakin hari semakin sayang la ni :)

*∽ IZAN ∽* said...

salam.. betul tu, perbezaan tu sebenarnya pelangkap antra satu sama lain.

Dah ada koleksi baru nampakk..!! cantik2 gambarrr tuhhh..!

Btw, Thanks utk ingatan NIda.. tapi Izan tak dapat pun bungkusan dari Nida... patutlaa.. bila teringattt nak tanya segann.. rupanya Nida dah hantar tapi tak sampai pula ke tangan Izan yekk... buat alamat mana yekk..?

ummu said...

Salam Nida.subhanallah,indahnya alam ciptaan Tuhan
sekeping gambar menceritakan segalanya,kan Nida.
ops suami Nida suka softball erk?
akak masa jadi cikgu di Kluang terpaksa jadi cikgu softball,dari zero alhamdulillah pasukan akak jadi johan.

TedungS said...

Memang klass gambar2 tu, abaik yg edit maupun yg tak. Hebat!

fa10 said...

wah.. hasil tgn si isteri cantik,
hasil tgn si suami pun cantik....

en_me said...

chanteknyerr gambar..

Asmida said...

Alamak.. jeles tol lah.... betul ke amik gambo sendiri nie? ke gambo internet?.... he hheee... betul2 kagum.. ni yg nak jugak beli kemera mahal nie... hush!.. jeles100x....

CuTeMiUt78 said...

walaupun berbeza... masih ada perkara yg sama2 skeee.... ok la kan..cantik2 gambo2 tu

Iris said...

Salam kak.

Saya sangat suka tangkap gambar. Tapi tak suka bergambar.


Cantik. Gambar2 semua saya suka.

junegenie said...

samalah ngan kakjune nih ida.. abg shukor suka outdoor (mancing), kakjune suka masak2 kat umah.. dia suka tanam bunga, kakjune suka tanam yang hasilnya boleh dimakan.. dia suka muzik, kakjune suka baca buku cerita.. dia pendiam, kakjune banyak cakap.. tapi, somehow, ada keserasian.. hehhe.. itulah ciptaan Allah, memang menakjubkan.. :)