” Ya Allah ya Tuhan Kami
Hanya engkaulah yang menghilangkan kesedihan
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan
Tidak ada yang mampu menyembuhkan
Kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan
Sembuh tanpa terasa sakit”
Selasa minggu lepas Kakak Mizah demam dan batuk yang agak teruk, sehinggalah ke hari Isnin demamnya masih tak kebah. Alhamdulillah pada hari Selasa nampaklah kemajuan sedikit dan dia pun dah mula ke sekolah, dan hari ini nampak Kakak Mizah sudah mula bersemangat kembali.
Akak Azi pula demamnya bermula pada hari Jumaat, namun sampai sekarang dia masih demam. Tadi dia ke sekolah kerana kami lihat hari ini dia sudah semakin ok, tapi pukul 2.30 petang tadi sekolah mereka telefon mengatakan Akak Azi sakit... jadi hubby terp[aksa bergegas pulang mengambil Akak Azi. Sesampai sahaja dia di rumah, ku lihat matanya sangat layu. Akak Azi terus menangis dan memeluk aku "Ibu, Akak Azi sakit perut"... Ya Allah kasihannya anak ibu, sudahlah demam kini ditambah pula sakit perut..
Anis pula hari Jumaat lepas demam juga. Tapi dia ni demam macam tak demam jer. Cuma bila tengah malam dia akan merengek, terpaksalah kami brsengkang mata memujuknya.
Aku pula hari Isnin hari tu tak boleh bangun langsung kerana demam, keesokan harinya satu badan terasa sakit pada sendi. Kini Alhamdulillah sudah semakin pulih. Harap-harap suami sihat dan tidak demam seperti kami, kalau tidak kasihan melihatnya berjuang menuntut ilmu dalam kesakitan... apa-apapun setiap penyakit datangnya bersama rahmat.. tanda Allah sayangkan kita....
32 comments:
semoga akk berserta ank2 akak sihat..
jgn lupa mkn ubat ye!!
Allahummaghfirlahum sihhatan afiatan..ya Allah, kurniakan kepada kak Nida dan anak2 kesihatan yg baik serta kesembuhan yg bersamanya adalah rahmat..ameen ya rabb..
moga cepat sembuh :)
semoga sis and daughter cepat sembuh ye ....
moga semuanya cepat sembuh....
memang susah hati bila anak-anak sakit.....
Aduh deman pula habis anak beranak,tambahan pula jauh...mestilah teringat kampung ye...Nida.
Biasalah dalam hidup ada deman ada segar ada hujan ada panas , tapi yang seronoknya ketika segar lah ya.
Oklah ramai dok doa pada Allah semuga Nida dan anak cepat sembuh.Ana pun berdoa juga,nampak tahan dah tu.
Kalau kat sini deman pana mudah je ubat dia ambil air daun bunga raya masukan air 1 beledi dan ramas2.Lepas tu sapu atas kepala atau buat mandi,insyaAlah sembuh.
Itu pun kalau malas pergi klinik.
Kat sana ana tak tahu daun apa boleh buat ubat.Mungkin orang Mouri tahu ubat dia tu.
semoga tabah ye nida...kita yg dewasa masih boleh bertahan selagi terdaya, tp utk anak2 kecil kesian sgt kaann...semoga nida dan anak2 semakin sihat..
adui... ni demam satu family ni... memang susah ati tengok bebudak demam, nak berjaga malam dok layan rengekan dan kekadang sampai mengigau
sabar dan doa kami moga semuanya cepat sembuh dan keluarga kembali ceria
Harap 'hero' keluarga Nida mantain sihat dan x ikut demam yer..sumber kekuatan buat anak2 dan isteri yg demam tu..
Untuk Nida dan anak2..Syafakillah..banyakkan rehat dan makan ubat..moga cepat sembuh..
Semoga Nida dan anak2 cepat sembuh.Jaga makan dan jangan lupa makan ubat.
terkena winter bug la kot tuh, sana dah nak makin sejuk kan? get well soon.
ingat kat sini jew musim demam...
kat sane juga eh sis...
sabar sis...
hampir seluruh keluarga demam
berjangkit?
moga2 anda sekeluarga cepat sembuh
banyakkan bersabar dan janga lupa makan ubat
salam kak nida,
kesiannya.. semuanya tak sihat ye qkak nida.. nasib baik husband kak nida sihat.. semoga semuanya kembali sihat sepenuhnya ye.. betul tu kak.. semuanya datang bersama rahmat.. :)
betul kata akak tu, sakit ni tanda Allah sayang kan kita, ampunkan dosa² kecil kita. tapi, bila tgk anak² sakit sedih je rasa. kiniku tahu bagaimana rasanya kak. akak sabar eh :)
kesian..mdhan cepat sembuh.saya satu family pon tgh selsema.sejuk sangat
mudah2an cepat sembuh..
always keep them warm..
salam...
dari jauh ku titipkan doa moga semuanya cepat sembuh....
Salam Nida ..
semoga Nida dan anak2 akan segera pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
demam ni brjangkit2...cek abg kena jaga kesihatan juga.
klu rasa seram sejuk kena cepat2 mkn ubat.
nida..mcm mana dgn anak2 setakat ni..dah ok ke?
alahai ciannya..
semoga tiga2 cepat sembuh seperi sedia kala..
nanti dah sembuh mesti nak makan sedap2 tuh..
moga kak nida anak beranak cepat sembuh..
laaa kesiannya.. semoga cepat sembuh.. tak sabar nak tunggu bulan 7 nie kowang balik msia huhuhuhh
laaa kesiannya.. semoga cepat sembuh.. tak sabar nak tunggu bulan 7 nie kowang balik msia huhuhuhh
"Ya Allah ya Tuhan Kami
Hanya engkaulah yang menghilangkan kesedihan
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan
Tidak ada yang mampu menyembuhkan
Kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan
Sembuh tanpa terasa sakit"
amin amin ya rabbal almin.
semoga Mizah sembuh dan tabah harungi dugaan ini
Demam berjangkit la ni.. apa2 pun harap Nida sekeluarga sihat spt biasa..jgn lupa ambil ubat n ikut nasihat doc.
hv a nice day, nida!
Salam..
Semoga Nida sekeluarga diberikan kesembuhan dan kesihatan yg terbaik oleh Allah swt.
p/s terima kasih atas doa Nida pd akak.
moga ur kids cepat sembuh :) my lil Ariff pun tgh demam panas ni..seince last 2 days :(
slm ziarah kak.Moga semuanya kemabali sembuh sprt sediakala
New post:Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...
salam nida...kami sekeluarga juga baru baik dari demam..... semoga famili nida di dalam rahmat NyA....
Chik Na doakan Nida sekeluarga dah sihat..
berjangkit-jangkit demam ni ya.
moga bertambah sihat seisi keluarga
alahai kesiannya.. harap nida sekeluarga cepat sembuh dan sihat kembali seperti biasa
Post a Comment