Sesekali buat tajuk tergantung best jugak.... mesti macam-macam yang bermain di fikiran...hehe. Alhamdulillah demam kami sudah beransur pulih, cuma batuk je tak hilang-hilang lagi...
Oooo... ye, berbalik pada tajuk di atas, alkisahnya semalam aku ke sekolah anak-anakku sempena hari pelaporan di sekolahnya. Sistem sekolah di sini pihak sekolah akan menetapkan appointment dengan ibu bapa, masa di Pinehill School dulu appointment through internet lagi.. punya ler canggih, tapi di Oteha School ni guna sistem borang.
Apa yang aku nak kongsikan (mungkin dah ada yang tahu), sistem belajar di sini memang tiada peperiksaan yang khusus... dan tiada buku teks. Semasa aku berjumpa dengan cikgu-cikgu mereka aku pun bertanyalah mengenai buku teks, jawapan mereka setelah dialih bahasa oleh pakar bahasa... "Kami tidak menggunakan buku teks dalam pembelajaran kerana kami tidak mahu pelajar-pelajar terlalu terikat dengan ayat buku dan hanya bergantung menghafal ayat buku tanpa mereka faham apa yang sebenarnya dipelajari, kami mahu mereka berfikiran lebih luas dan boleh berfikir secara lebih kreatif "...
Terkedu dan terkesima aku semasa mendengar kata-kata cikgu berkenaan, amat berbeza dengan sistem kita yang menekankan buku teks sebagai sumber utama, maka lahirlah pelajar-pelajar yang kurang kreatif (pendapat peribadi aku). Di sini mereka hanya dibekalkan dengan tema-tema pembelajaran secara umum sebagai rujukan ibu bapa. Malah cikgu Akak Azi memberitahu salah satu kaedah pembelajaran mereka ialah melalui menonton youtube contohnya semasa mereka belajar bagaimana kenderaan bergerak dan bagaimana enjin kenderaan berfungsi.. Aku tidaklah mengatakan sistem di sini lebih baik, setiap sesuatu itu ada buruknya.. cuma kadang-kadang terfikir, alangkah kasihannya melihat pelajar-pelajar di Malaysia yang terpaksa membawa beg yang terlalu berat kerana buku teks yang tebal-tebal wajib dibawa ke sekolah.
Pada pandangan aku, sistem barat lebih menekankan pembelajaran kendiri, murid-murid dilatih untuk berfikir lebih kreatif menggunakan sumber-sumber yang ada, tidak bergantung kepada buku teks semata-mata. Minggu lepas, Kakak Mizah dan rakan-rakan sekelasnya diwajibkan membawa basikal ke sekolah, tujuannya untuk belajar mengenai basikal, bagaimana ia bergerak, bahagian-bahagian yang ada pada basikal, minggu sebelumnya Akak Azi dan rakan-rakan sekelasnya perlu membawa kereta mainan.. juga untuk belajar cara pergerakan kenderaan berkenaan.
Semoga dengan sedikit perkongsian dari aku ini, diharapkan dapat membantu para guru dan ibubapa di luar sana kaedah yang baru dalam merangsang minat anak-anak untuk belajar...Insya Allah..
Sebelum itu.... jom layan gambar-gambar semalam...:)
Ruang menunggu... siap ada mainan
Mizah ala-ala aksi gimrama..hehe
Akak Azi yang dah rongak..hehe
Anis yang ada jerawat di pipi..hehe
Ibu yang vogue tidak bertempat...hahahahahaha
p/s: buat tuan Cemomoi terima kasih kerana bertanya.. Alhamdulillah berkat senaman vokal hari-hari@membebel, kini hamba telah pulih..:)
Kepada sesiapa yang nak sertai contest anjuran adikku tercinta klik sini ye... hadiah menarik tau!!!!!
24 comments:
Salam Nida..
memang kesian kat anak2 kita yang membawa buku yang kadangkala lebih berat dari berat badan mereka sendiri! Tapi... bukan mudah nak mendapat ilmu, kan? :)
mmg berbeza kan??? kan bagus klu kt mesia pon tak guna buku teks... sian tgk anak2 bwk beg berat...
harapnya sistem pembelajaran kat mesia pun tak terlalu rigid seperti sekarang...
teringat cerita aunty semasa dia kerja bahagian biasiswa petronas... pernah satu ketika dia interview salah seorg best student SPM, student tu tak boleh jawab langsung topic perbincangan yg diberi, cakap english pun x pandai, padahal result english excellent tahap gaban .. macam macam para interviewer buat nak tolong student tu dapatkan biasiswa petronas...last last they discover yg student tu hanya hafal all the past year papers ;-( ..
ibu pon nak snap pic gak...
hehehe...
;)
huuu agaknya apa le orang kementerian pelajaran yang banyak g survey sistem pendidikan luar negara dapat time gi sana yea.. sistem kita masih tak banyak berubah walaupun silibusnya diubah banyak kali. dari segi konsepnya masih sama je
Salam Nida,
Sekolah kat sini pun baru nak hapus peperiksaan.Sekarang sedang tunggu komen rakyat.Nida komen dan bagi cadangan ke Mentri Pealajaran kita.Beliau menggalukan cadangan rakyat.Buat stai kat NZ.
...kata nak balik,cuti ke?,atau dah puas duduk kat sana.Malaysia sentiasa mengalu-galikan kepulangan perantai.
sistem pendidikan kat malaysia byk perlu dikaji lg la. nadiah pun setuju dgn akk. tak elok jgk terlalu bergantung dgn buku teks. ala..kita pun alami ms sekolah dulu kan..semua main hafal je. fhm tak fhm belakang kira :p
betul kata akak tu.. kesian tgk anak2 (kita dulu pun) bawa buku teks sampai snget2 badan..
setuju sgt,nida..
Betul kata Nida, disini pembelajaran lebih kepada buku teks.Dah banyak kali dibincangkan tapi tak ada respon.
thanks atas promeote petandingan hadiah apa yek.. insya allah , balik msia aku belanja ko makan heheheheh
ntah bila la negara terchenta kita ni catch up dgn sistem pendidikan mcm ni. efek dia sbnarnya sampai ke tua tau kak nida. sbb nya, kalo tgk kat dlm lab ngan budak2 lain yg buat PhD, mereka lebih berani argue ideas mereka, more creative in finding solutions, even if it soudns crazy at the time. kita dah slalu sgt terikatdgn template atau format yg betul. nk tulis report pon dah teragak2 sbb nya takut salah format. sudahnya kita jd hilang self-confidence di sini, sebab semua benda kita buat ikut 'acuan' tu la. ni tgh menggarap diri supaya lari drpd kongkongan itu la, tp slow2 la, masih menebal perasan low self-esteem and perasaan 'takut buat salah'.
Oyis... saya sgt setuju dgn komen tu. Ingat lagi komen supervisor.. u have lots of idea, but u lack of self-confidence.
kekadang nak argue pun takut sgt...nak buat camna dah lama terdidik begitu.
tp utk berdaya saing... sikap ni mmg terpaksa diubah.
betul nida...apa yg saya nampak kat sini pun lebih mengaplikasikan aspek persekitaran semasa proses pembelajaran..tiada sistem ujian & peperiksaan but sistem pendidikan kat sini dlm ranking terbaik dunia jgk..
slm kak Nida..moga makin sht..sistem pendidikan kt mlaysia ni terlalu skema..so, bdk2 pun skema la..
saya percaya perkara ini ada dalam pengetahuan pegawai2 di Kem Pelajaran. Mungkin setelah mengambil kira segala pro dan kontranya, sistem yang sedang terpakai sekarang adalah yang terbaik buat masa ini. Dalam pada itu saya juga percaya Menterinya dan juga pegawai di Kem Pelajaran sentiasa menyemak dari masa ke semasa kaedah pembelajaran di negara kita untuk tujuan penambahbaikan. harap2 begitulah.
Kalau dikaji teori2 pembelajaran yang pelbagai..semuanya memerlukan sistem pendidikan yg lebih kreatif dan menyeluruh bukannya beorientasikan peperiksaan shj. Macam dianjurkan agama, kita bukan semata dianjurkan membaca Al Quran tetapi mengkaji, memahami dan memerhati apa yg berlaku di sekeliling dan mentadabbur ( berfikir)..
setiap hari melihat anak kecil memikul beg yang berat ke sekolah
...semuanya kerana nak jual buku [kanak2 yang menanggung beban]
kakNida, apa yg penting??? mamanya maintain vogue :D
sek di malaysia..belajar dan menghafal hanya utk lulus periksa selepas tu apa yg kita belajar di sek lenyap terus.
betul cakap nida, sistem kita banyak bergantung pada buku teks....
budak2 lebih cenderung menghafal dan mengingat....
kurang inisiatif untuk jadi lebih kreatif....
salam knal
maceh atas info nih...hermm terpk mgkn btol gak cr org2 sne ajr bdk2 cr camtu kn...kdng tngk bdk skolah skang ni ciannyer...bdn dh la kcik tp kne heret beg yg bwk buku bkn men bnyk n berat lg...huhuhhu
salam nida..
eemmm betul tu.. kesian tgk budak2 kat sini yg bawa buku teks berat2.. bagus la sistem pembelajaran kat sana kan...
Ass- salam
Kak Hazel dah kesini sebelum ni...tapi ni baru sempat menconteng ...hahaha
I like that picture of th whole family tu...nicely done.
Have fun...and enjoy life over there.
Post a Comment