Semusim Yang Berlalu


Tahun Baru Cina mengingatkan aku pada sesuatu. Rindunya aku pada saat itu. Tapi apakan daya, ianya telah pun berlalu. Sudah lama moyangku meninggalkanku begitu juga dengan nenek sebelah arwah abah. Andai mereka masih hidup sudah pasti sambutan Tahun Baru Cina merupakan salah satu sambutan yang kami nanti-nantikan. Tidak sabar rasanya mengunjungi saudara-saudara sebelah ayahku kerana nenekku seorang Cina (yang telah diambil sebagai anak angkat oleh orang Melayu).

Pagi-pagi lagi abah akan mengejutkan kami adik beradik untuk beraya ke rumah moyang kami, dan yang pasti baju hendaklah yang ada kocek supaya senang nak masukkan gula dan jajan-jajan (bahasa orang Johor) yang dihidangkan nanti..hehe (nakal juga aku ni ek). Tapi satu perkara yang aku tak suka ialah rumah moyangku itu banyak anjing, puaslah kami adik beradik menjerit ketakutan apabila mendengar salakan anjing. Tapi yang kagumnya, anjing2 itu semua akan senyap bila moyangku itu mula bersuara.

Bila dah duduk semeja mulalah acara berborak-borak, tapi masa tu kami adik beradik kecil lagi, so abah aku ler yg rajin melayan moyangku tu berbual. Aku tahu moyangku itu sayang pada kami semua, setiap kepala cicit-cicitnya akan dibelai, kami juga sayang moyang kami kerana walaupun beliau berlainan agama tapi beliau masih darah daging kami.

Selepas mendapat angpau dan limau, kami pun meneruskan misi mengutip angpau dirumah saudara-saudara Cina ku yang lain sampai semua kocek aku dah kembung dengan gula-gula..hehe.

Arwah nenekku pergi selepas ibunya (moyangku) pergi. Bermula dari itu aku sunyi tanpa celoteh moyangku yang pekat pelat Cinanya (hanya arwah abah yang faham apa yg moyangku cakap). Namun kerinduan pada moyang dan nenekku sedikit terubat kerana aku masih mempunyai Pak Ala dan Pak Ah Choi (kedua-duanya adik arwah nenekku). Maka tradisi mengunjungi saudara mara semasa Tahun Baru Cina masih kami teruskan ke rumah Pak Ala dan Pak Ah Choi (walaupun tidak semeriah seandainya arwah abah ada di sisi) . Aku masih ingat ketika arwah abah meninggal dunia dulu, mereka hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, dan dapat ku lihat dengan jelas, berlinang air mata di pipi mereka. Malah ketika arwah nenekku meninggal dunia, mereka sempat mencium kakak kandungnya sebelum nenekku dibawa ke tanah perkuburan.

Moga ikatan persaudaraan antara kami yang berlainan agama ini terus kukuh dan moga-moga Allah memberikan hidayah buat mereka...aminnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

43 comments:

Nurimo said...

Salam Nida,

Rupanya keturunan cina juga,patutlah Nida ada iras2 sebab generasi tak jauh lagi.

Ana keturunan yang ke 8,sebelah moyan lelaki.Moyan ana kahwin dengan Melayu ikut ceritanya.

Jadi ana tak da iras Cina sebab jauh dah,mata pun luas dah,tapi sebelah adik-beradik ibu emak ana ada lagi,sebab mata dia sempit sikit,kulit pun putih.

Tapi TBC tahun ni meriah juga,ana pergi rumah Cina MCA,kawan2 ana yang berketayap hijau pergi rumah Cina DAP.

Oklah dulu panjang dah mengomen ni...

Unknown said...

Salam Nida. Seronok baca pengalaman yang jarang dialami oleh orang lain. Semua ini mendekatkan kepada Allah jika kita mahu mengambil iktibar daripadanya. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa untuk bersama-sama hidup secara harmoni. Soal akidah, itu antara kita dengan Allah. Jika Allah mahu, semua orang di dunia ini boleh dijadikan beriman kepadaNya. Unik, memang unik...

Maiyah said...

arwah suami kak dulu dibela kuarga cina gak.. mmg rasa muhibah bila kita dpt eratkan hubungan tu

Nadiah Sidek said...

nadiah pun keturunan cina gak tapi salasilah tu dah terputus dah. mak nadiah la yg cerita masa nadiah dah besar. bila tanya mak, mak pun tak tahu mcm mana blh putus. syg je rasa..

Unknown said...

loorrrr...patutlaa mata akk n ank2 akk sepet2 belaka lol...(esp si azi..anis tu ikut sape lakk matanya??)

Unknown said...

sebak baca mesej nie ... rindu betul rasanya pada moyang...arituh pak ala buat keje kawin anaknya kat kampung .. yu tak sempat datang tapi ejai sempatlah datang.. ermm moyang cakap cina telor terengganu kekadang arwah abah dan yu pun tak paham... mak ala lah yang selalu translate kan huhuhuhu

Hamizah said...

salam Nida,
mmm pt la Nida iras2 cina..mudah-mudahan mereka mendapat hidayah.amiiiiiiiin..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida...awak ni mualaf la yer....patut la tengok semacam ja rupa.....anyway semoga sanak saudara awak yang lain diberi hidayah serupa dgn awak juga...

PSTTT
tau cakap cina ka....

Ain said...

apapun budaya dan agama kita, kita tetap satu malaysia kan....

kiranya nida ni ada darah kacukan jugak la ya....

Murni Alfathunnisa said...

Salam Nida...ooo mix rupa nya Nida..:-) bagus la...beruntung tau! Dapat sambut dua2 perayaan. Perbezaan agama bukan penghalang sebuah ikatan persaudaraan..itu la yang patut diteruskan..alhamdulillah..

al-lavendari said...

itu kisahnya .. maknanya famili awak dah lama praktiskan semangat 1 Malaysia. Apa-apa pun kita tidak boleh membekukan atau mematah balik waktu. detik demi detik kita tetap di tinggalkannya.

terokai seni said...

peh patut le bule jadik saintis, kawin mix ni mesti mempunyai iq yang tinggi... waaa kena jadik besan le nampaknya ni

Chik Na said...

mayang chik na belah arwah baba pun orang cina dari tanah besar dan kemudian masuk islam di malaya...

teringat masa kecik-kecik..selalu makan kueh bakul..

tinta kasturi said...

salam nida,

ni hau ma?

lama tak dtg sini, sori la ye
mcm2 hal.. biasa le kehidupan

baca entri ni, jiwa saya cenderung yg muhibbah2 gini

mmg seronok rasanya bila dpt bergaul dan berkwn dgn baik dgn yg lain bangsa dan agama tanpa pura2 (baik kt depan je)

tahniah ats nikmat dr Allah
takziah atas ayahanda unggul yg membuatkan bangsa asing lain agama turut merasai pemergiannya

Syuhada Kamal said...

rupanya akak ni berketurunan cina ek..patutla muka mcm chinese..jepun pun ade..hehe..menarik gak pengalaman akak ni..keluarga mix..berlainan budaya n fahaman agama..sama2la berdoa agar mereka diberi hidayah...

Ena said...

Salam kak,

owyh.. epernyer kak nida nie berketurunan cina ye.. patutla cantekkk.. Bestnyer bace n3 akak nie.. pengalaman idup akak nie sungguh menarik..

I'm Seri said...

Salam kejauhan Kak,

Saya juga produk kacuk berdarah Cina. (sebelah bapa). Tapi mata saya besar hehehe

CNY...macam biasa akan bertandang ke rumah keluarga Cina. Dah besar2 dapat ang pou. =)

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

oo ada juga bau-bau bacang ye...

Nida ni walaupun jarak tak jauh tapi tak reti nak cakap Cina.. yang tahunya cuma Ni hau ma..hehe

Mesti banyak open house di sana.. kalau Nida ler, tak kira MCA atau DAP, pergi jer, jangji perut kenyang...:)

Nida n' Hanafi said...

Babah:

Alhamdulillah kerana saya dapat merasai pengalaman tersebut. Cuma sedikit rasa rugi kerana saya tak dapat bertutur dalam bahasa Cina...

Nida n' Hanafi said...

Maiyah:

Harap hubungan itu tak terputus... teruskan jalinan ukhuwah yg terjalin...

Nida n' Hanafi said...

Nadiah:

Patutlah Nadiah putih macam Cina dan Sufiyyah pun ada iras2 Cina... cute gitu :)

Nida n' Hanafi said...

Noor:

Anis tu ikut Cik Piah kot..lol

Nida n' Hanafi said...

Yu:

Rindukan kenangan tu semua. Teringat dulu kecik2, selalu songlap gula2 dalam kocek..hehe

Nida n' Hanafi said...

Hamizah:

aminnnnn...mudah2an terbuka pintu hati mereka untuk beriman kepadaNya.

Nida n' Hanafi said...

Alimaz:

cakap Cina?hahaha..... cakap Jawa pandailah..hehe

Nida n' Hanafi said...

Ain:

Betul3x.. cintailah negara kita kerana kita hanya ada satu negara dan kewarganegaraan saja..

Adalah sikit2.. tapi mata ni tak sepet tau..hehe

Nida n' Hanafi said...

Siti Murni:

Betul... berlainan agama bukan pemutus ikatan saudara. Mudah2an mereka mendapat hidayah...aminnn

Nida n' Hanafi said...

Pak Ngah Hamzah..

Moga setiap detik yang akan datang membawa perkhabaran gembira buat kita..aminnn

p/s: Pak Ngah... berapa berat cermin mata yg dipakai sekarang? :)

Nida n' Hanafi said...

Chik Na:

Dulu ada juga mereka bagi kuih bakul, tapi nape ntah tekak ni takleh nak telan..hehe

Nida n' Hanafi said...

Tinta:
hau....hau..

Alhamdulillah muncul jua saudara Tinta dalam blog Nida ni setelah sekian lama menunggu.

Kagum dengan arwah abah, semua bangsa sukakannya kerana arwah memang pandai bergaul... sampaikan mak saudara Nida yg Cina dulu selalu jumpa arwah untuk tanya pelbagai perkara dan minta pendapat darinya. Rindu Nida padanya...

Nida n' Hanafi said...

Syuhada..

Mata akak tak sepet sangatlah ...hehe. Dulu masa kecil lagi terasa keseronokannya, tapi bila dah besar ni kuranglah sikit sebab tak dapat angpau +takleh nak songlap gula2 lagi..hehe

Nida n' Hanafi said...

Ena:

Cantik?hahaha.. tang mana tu. Apa2pun tima kasih ye, kembang hidung akak jap..

Pengalaman ini terlalu manis untuk dikenang, tapi terlalu seksa merindu pada yang tiada..:(

Nida n' Hanafi said...

Iris:

Untungnya bg yang belum kahwin.. hehe.

Mata akak pun dah besar.. sepet sikit2 jer..:)

Adinda Amy Sensei said...

hai kak nida..

apa khabar?
lama tak menyinggah ek..

moga berbahagia selalu..

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Lama tak catat komen sini..Hmm..patut la Nida cam chinese look gitu.. rupa2nya mmg mix pun..akak pun mata sepet jugak tp melayu asli..hihihi

Unknown said...

Tahniah..Nida!
Teman suka lihat hasil kacukan nih..
p/s-Hidayah itu adalah pada mereka yg mendapat pilihan dari Allah swt.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam...
Seronok jika ada keluarga berketurunan lain dan boleh hidup dengan harmoni..

junegenie said...

nida, sama lah kita.. moyang kakjune pun cina, tapi tak kenal kuarga asalnya, sbb masa kecil2 moyang tu diserahkan pd kuarga melayu..

tapi tak sempat jumpa (ke jumpa tapi tak ingat?).. cuma dengar dr cerita mak aje tentang opahnya..

tu yang tersesat kat kakjune dapat mata sepet.. adik beradik, sepupu2 lain tak dapat pulak..

btw, kulit mak ngan makngah kakjune masih dapat gen cina, kulit jenis tak sekata bertompok2.. mak2 sedara lain dah tak dapat dah heheh...

dulu2 selalu org cina kasik anak pd org melayu.. mungkin sbb susah atau nak selamatkan dr kena bunuh agaknya..

semoga semua kaum kuarga kita dirahmati Allah..

eh panjang pulak komen.. sorry yea hehehe

Nida n' Hanafi said...

Hi dik Amy..

Akak sihat.. tulah lama juga akak tercari2 bayang Amy ni.. kemanalah gerangannya :D

Nida n' Hanafi said...

Ummu:
OO... terbaliklah kita ye.. saya ni tak sepet.. cuma mata tak berapa nak besar..hehe

Nida n' Hanafi said...

LanaBulu:

Semoga mereka antara golongan yang terpilih sebelum terlambat..aminnn

Nida n' Hanafi said...

Kak Niza:

Harap Malaysia yg berbilang kaum juga dapat mengamalkan sikap toleransi sesama kaum...

Nida n' Hanafi said...

Kak Jun..
Laa.. ye ker. Rupa2nya kita ni sejenislah..hehe.

Moyang dan saudara mara Cina saya satu kampung dengan saya, tu yg masih boleh singgah menyinggah umah depa.