Semalam dan Hari Ini

Hari ini genap setahun kami berada di bumi Albany. Pelbagai kenangan suka dan duka telah aku dan keluarga tempuhi. Alhamdulillah di bumi inilah aku mula mengenali ramai rakan-rakan di alam maya mahupun di alam nyata. Rakan-rakan yang menceriakan hidupku di sini.

Tulisan di bawah ini telah kucoretkan semasa hari pertama aku di sini, luahan perasaan ketika kali pertama terbang meninggalkan tanah air tercinta. Ku paparkan tulisan ini semula sekadar untuk berkongsi apa yang ku rasai dan alami ketika itu.....



21 Februari 2009, 3.00 p.m, di bumi Malaysia, bertemankan ramai saudara-mara yang mengiringi pemergianku...mak, adik-beradik,anak2 sedara, atuk dan mak lang, ucu..aku berlepas dari Senai...Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi mereka semua... Ramai orang2 yang ku sayangi turut sama menelefonku, Syida, Amira dan beberapa orang cikgu2 dari SMK Pandan. Amira...jangan menangis sayang, nantikan kepulangan cikgu beberapa tahun lagi dengan harapan kegembiraan mengiringi kita, Insya Allah. (Buat rakan-rakan ini alamat emel ku, radinsah@gmail.com)


Kami sampai di KLIA tepat pada pukul 5.00 p.m, jenuh juga untuk menunggu malam kerana flight seterusnya pada pukul 9.30 mlm, di mata ku masih terbayang-bayang wajah-wajah yang ku sayangi, masih terngiang-ngiang suara-suara mereka dan lambaian mereka. Namun ku kuatkan hati kerana kaki ini akan terus melangkah..


22 Februari 2009, 12.30p.m waktu di New Zealand manakala 7.30a.m waktu di Malaysia kali pertama aku menjejakkan kaki di luar negara..di sekelilingku penuh dengan mat salleh dan minah salleh, tinggi2 belaka, orang Moari di sini besar-besar belaka. Task pertamaku apabila si Anis merengek nak belon yang dipegang oleh minah arab di depan matanya, kesian juga melihat anis yang demam setiba sahaja kami tiba d NZ, nak tak nak aku dan Anis berdua pergi ke kedai berhampiran dalam airport tersebut, terkejut juga melihat harga belon yang sekecil tu, 7 dolar, atau RM14, namun terpaksalah dibelikan juga kalau tak menangis lagilah si kecilku itu....

Dari Senai ke KLIA
Di KLIA
Business Class dari KLIA ke Auckland
Auckland..


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

28 comments:

kakcikseroja said...

Salam Nida..

pantasnya masa berlalu kan? Semakin hampir juga langkah kita ke sana.. Mudah2an kita pegi nanti dalam keadaan yang bersedia. :)

Adlina Husaini said...

salam sis..lama tak menjenguk ke sini..beberapa kali try nk masuk tp mcm tak loading..nasib baik hari ni berjaya juga terjah :D

ummi humaira said...

salam dinda Nida...

masa begitu mencemburui kita , sekelip mata jer rasanya , dah bertukar tahun ..
Alhamdulillah Nida n family dah serasi dok di sana .
bila nk balik M'sia ? tak sabaq kak chaq nk jumpa Nida di alam nyata.

Nida said...

Kak Cik:

Mudah2an... perginya kita dengan jiwa yang tenang dan bersedia menemuiNya..aminnn

Nida said...

Adlina:

Akhirnya... selamat menerjah selalu tau... :D

Nida said...

Kak Chaq:

Terlalu pantas masa berlalu, rasanya baru semalam meninggalkan tanah air..

Mudah2an.. teringin juga nak bersua muka dengan Kak Chaq, dan yg penting nak makan hasil air tangan kekandaku ini..hehe

LanaBulu said...

Masa mmg terlalu cepat berlalu sekarang..
rinduku pada awek mouri membuak2 laa ni..hee

p/s- kalau belon pun dah RM14.00 ntah berapa laah Rm kalau nak belanja awek mouri tu ye ..punah..!!!

azieazah said...

Salam NIDA..
Apa khabar?

Semoga kehidupan di perantauan semakin membahagiakan, semakin teguh jiwa dengan sesak kerinduan... dan semoga sentiasa dilindungi NYA...

Hamizah said...

sama cam saya cuma 7feb saya sampai ke perth..tak sempat nak buat entry sbb saya krgsihat baru2 ni..sekejap jems berlalu kan..

lina said...

wah, dah setahun ye maksu...cptnya masa..

tinta kasturi said...

salam,

ouh dah setahun ghupenya,
semoga semuanya selamat dalam meniti tahun2 seterusnya

Nadiah Sidek said...

sethn dh ye akk kat NZ. nadiah ingtkn dah bertahun2, dh nk blk malaysia..hehe

Nurimo said...

Salam Nida,

Kepatasan masa berlalu bagaikan tidak terasa,pejam celik-pejam pejam celik dah cukup setahun ya,namum mudah nak ingat tarik Nida tiba di NZ kerana tarikh sama denga hari kelahiran ana 22 Feb juga.

Nampak Nida sekeluaga ceria masa nak berlepas ke sana.Bila berada bunyi somo nak balik he..he..

Ada berapa tahun lagi kat sana?

cemomoi said...

diam tak diam cepat beno masa berlalu... moga ceria sokmo dan balik sok sambung semula berbakti kepada nusa dan bangsa.

dah baca penjelasan? harap tiada kekeliruan dan tade tersinggung rasa... barangkali saya yang salah menulis tampak macam terkasar bahasa... kekadang kita berceloteh tak sama nada tu yang jadik gitu tu

maaf le ye

Alimaz-Kembara Terasing said...

mak ai..mahainya belon....

Ain said...

berpisah hanya sementara kan, insyaallah sampai masa akan kembali bersua muka....

semoga kehidupan nida sekeluarga di nz berjalin lancar....

shaniza said...

Salam...
Dah setahun ya masa berlalu... cepat je rasanya. Blog akak pun masuk usia setahun dan bermakna hampir setahun juga kawan akak merantau ke luar negara (blog dibuat utk mudahkan dia ikuti perkembangan kwn2)
Semoga hidup dirantauan dpt mendewasakan pemikiran dan tindakan..

Ummu Ammar said...

Pastinya satu kenangan terindah dalam hidup..untuk dikenang suatu hari nanti..2 tahun lg menunggu dgn penuh cabaran..moga tabah!

Syuhada Kamal said...

salam kak nida..

kejap aje dah setahun akak dok nun jauh kat sana..mesti seronok kan dapat merasa pengalaman duk negara org..jauh berjalan luas pemandangan..hope akak n famili ceria2 selalu walaupun berjauhanan dr keluarga tersayang...:)

maiyah said...

cepat masa berlalu dan bukan mudah gak nak mula hdp negara org kan tapi sekejap je pas tu sronok le apa lagi ada salji

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

diam tak diam, sekejap jek masa berlalu kan.. bila lah pulak kitorang dapat ke NZ huhhuh

Chik Na said...

yea lah cepat je setahun masa berlalu... agak-agaknya berapa lama lagi Nida kat sana?

Kalu chik na jalan NZ boleh la singgah tempat Nida yea...

al-lavendari said...

tak tahu bila dapat pergi ke sana. baru2 ini ada rakan blogger juga pergi menyambung pelajaran ke sana. boleh kata hari2 dia buat entri dan tunjukkan gambar. teringin pula rasanya nak pergi. ini dia alamat blog dia.

http://riaabadi.blogspot.com/

IRIS said...

Salam kak,

Setahun...masa yang agak lama juga untuk akak mengutip pelbagai rencah sebagai perantau.

Yang pasti, saya doakan akak sentiasa bahagia.

=)

Ena said...

Kak,
sedar x sedar jer kan masa berlalu..
Moga akak sentiasa beroleh kesejahteraan walau di mana saje akak berada..

PALATABLE said...

Apa khabar Nida? Dah setahun duduk di perantauan....moga2 semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kegenjotan ya....

http://treatntrick.blogspot.com

syahbandar87 said...

jauh perjalanan luaslah pemandangan dan banyak lah pula pengalaman dan cerita kehidupan..indahnya kehidupan ini kan

siti murni ishak said...

cepat masa berlalu, pejam pejam celik dah setahun yer...