Masam-masam Manis..

Sekarang masih lagi musim summer @ musim buah kalau di sini. Hampir semua buah dapat dibeli dengan harga yang murah (cuma buah kiwi jer masih mahal lagi). Tak lama lagi musim apple menyusul tiba, tak sabar nak buat apple picking ni, dulu pernah sekali.. tapi masa tu baru sampai so nak excited lebih2 masih tak berapa pandai..hehe.

Harga buah sini mengikut musim (sama macam Malaysia juga ), kalau musim winter nanti, harganya mak datuk mahal yang amat.. contohnya buah mempelam je ler, kalau sekarang boleh dapat 2 biji untuk harga $3, tapi bila winter nanti mahu mencecah tiga kali ganda harganya. So, aku n famili pun apalagi pulun duk makan buah sampai muak, lagi pun ada sesetengah jenis buah tu susah nak cari kat Malaysia, jadi aku pun ambil kesempatan makan selagi muat perut sementara duk kat NZ ni, kalau dah balik nanti susah pulak nak cari. Aku rasa dah macam tarzan dah aku ni.. hari2 duk ngadap buah, nasi kemudian cerita (menjerit pun dah ada gaya tarzan :-))..
Buah cherry dan peach (setakat ni aku dah makan tiga jenis peach, golden, white dan yellow. Golden paling mahal, paling murah white peach)
Buah cherry.... dalam $7-$8 sekilo.. sedapppppp :-)
Aprikot dan plum... buah plum pun ada macam2 jenis, yang atas ni jenis black plum
Pear merah dan tangan Anis... pear pun ada macam2 warna dan bentuk

p/s: kat Malaysia sekarang musim apa ye?



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

21 comments:

junegenie said...

memang murah2 sekarang.. sampai penuh peti ais dgn buah.. dah le peti ais ku kecik je...

sayur pun murah sesangat.. seronok sopping sayur hehheh

Anonymous said...

wah sedapnye tgk buah ceri tu manis tak?

kak malaysia???musim mengawan kot hahaha...banyak nau dpt kad kawin nih

Nida n' Hanafi said...

Kak June:

betul3x... sampai bonyok2 buah tu termenung sorang2 dlam peti ais.. ni pun sayur dah naik kuning tak dimasak.. banyak sangatlah Kak Jun..hehe

p/s: meh ler datang tolong masakkan... :)

Ain said...

sedapppnya.... terliur tengok buah tu sume....

kalau ain jadi nida pun, mesti nak makan sepuasnya.....

Ena said...

Sedapnyer kak, ena pon penggemar buah tau.. klu dpt buah x makan nasik dah... memg ngadap sungguh2.. tp tu la.. kat sini sumer mahl kan!.. klu buah potong lg la.. tp nak makan punyer pasal.. beli la juge..

Syuhada Kamal said...

menggodanya buah-buahan tu sume!!..bestkan kak dpt mkn buah2 yg kalu kat sini kira buah importla tu..harga pun mesti mahal punye..

kat msia skang ni mcm dah takde musim dah..dah tu nak makan durian bile2 aje ade jual kat tepi jln tu..takyah tunggu musim dah..:)

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Sedapnya buah2an ni..
Gamaknya kalau jd tarzan makan buah2an pun tak pa jgn jd askar kita yg makan kera!

Unknown said...

salam Nida ..

sampai hati tayang buah2 tu noooo ,kak chaq dok terliuq niii ...

nak tau tak kat sini musim per ?? hujan-hujan panas . he he he

Nadiah Sidek said...

nadiah ni certain buah je mkn. husband ye 'hantu' buah..hehe..

Nurul Izza said...

maksu: sini pon sm..kalau tgh summer tu buah punya best manis dan murah..tp winter pon aada je buah2 cuma mahal sikit.hr tu tgk plum, peach (segala jenis peachdan pum) masih lagi 1lb ~ $1.98.

tapi kalau cherry hish mahal skit 1lb ~ 3.98.haha..mahal kan?

tapi rasa buah2 skg ni ada manis n masam..manis mgkn dr california which the weather really nice..;))xde salji..huhh best gileeee.. ;)

peach tu iza buat crumble hr tu.sedap jugak

Maiyah said...

sodap.. kat mesia musim doroyan ngeee

nsazwa said...

salam akak..
lama sungguh rasanya nani jadi silent reader blog akak...sedapnya nani tgk buah2 tu...mest best kan..?

Nurimo said...

Pagi ni berkujung kat Albany terkejut tengok buah segar,ingatke buka kedai buah kat sana rupa2nya beli buah.

Tengok gambar rasa teliur,nampaknya kena cari kat Mydin petang ni.

"Masam-masam Manis",tak apalah walaupun masam tetap manis he..he..

Asmida said...

wah.... entri kak long kali nie betul2 menguja kami semua... baby dlm perut nie pon menendang dah pandai nak mintak... mcm sedap jer buah2 tue semua.... Kat sini??.. bak kata Nana... Musim mengawan... hu huhu.. every week ada invitation termasuk anak sedara As jua.. termasuk adikmu jua...but bertunang ler... start minggu nie weekend dah x yah masak... makan free.....

azieazah said...

Wahh seronoknya dapat makan buah2 di negara musim sejuk ni.. terliorrr..

di Msia skang ni musim buah limau ler.. nak dekat raya CNY niii... naik muak makan limau

Chik Na said...

teringat kat hubby ..dia memang suka buah cherry tu. Dulu masa dok Istanbul, tiap-tiap hari hubby beli sebab gerai buah-buahan tu cuma depan pintu nak masuk apartment kami :-). Chik Na dan anak-anak pulak suka makan buah anggur hijau sebab buah nya sangat manis tak macam kat mesia

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida....waaaa bestnya...post mai sini sikit nak rasa kekekekekek

Murni Alfathunnisa said...

Salam Nida..

Seronok nya...such a sweet experience i guess dpt pick apples...& berries..& peach...huhu...
hujan emas di negeri orang...

Unknown said...

Walaupun buah2 yg diceritakan tu tak sedap sikit pun..!
tapi gambar dgn tangan anis tu mmg cantik..
p/s- lain kali beri n3 yg lain laaa.. photo2 ni buat teman telioq saja..tak patut betoi laa kome ni..hisss..!

terokai seni said...

mboi sedapnya tengok aprikot tu... aku slalu berangan bila la nak dapat dok bawah pokok anggur walaupun kat sini dah ada tapi suasana mesti tak sama sebab kat tempat mat saleh atas rumput pon boleh baring

al-lavendari said...

kat malaysia sekarang buah2an dah tak ikut musim. dia konfius. durian kat kg saya, lepas berbuah dia berbuah balik. begitu juga rambutan ..tak putus2 berbuah.
buah kelapa, nenas, nangka tak usah ceritalah ..