Buat julung2 kalinya aku terlibat dalam proses mengundi rakyat Malaysia di luar Malaysia (betul ke ayat aku ni ek?). Sungguh suspen dan mencemaskan. Mana taknya cik hubby dicalonkan bagi dua kategori, bukan calang-calang pula tu kategorinya, Calon Presiden MAPSA dan Penghulu North Shore lagi.
Beberapa hari sebelum majlis pengundian berlangsung....
"Ida, nak tahu tak berita panas hari ni?" ayat pertama suamiku sejurus pulang ke rumah.
"Banyak yang panas, dapur tu pun panas" ayat yang sengaja mengundang bengang di hati sang suami..hehe.
"Serius ni.... abang dicalonkan untuk presiden dan penghulu tahu tak??? Adoiiiiii dah ler tengah tension dengan kes supervisor nak pindah lagi.."... sesungguhnya hubby memang tengah tension sekarang ni sebab supervisornya nak cabut kerja lain kat Korea, dah ler mamat tu je yang expert tentang research hubbyku itu.
"Kita berdoalah semoga abang tak terpilih" kataku sambil membelai rambut suami (ala2 romantik gitu..hehe).
Mungkin kalau bukan kes supervisornya keadaan akan berlaku sebaliknya, kesian juga aku melihat hubby, dahlah nak defend proposal Mac ni, mamat tu pula nak cabut pun Mac ni.. harap rakan2 doakanlah kami di sini, semoga dipermudahkan segala urusan olehNya..Insya Allah.
Wajah calon-calon bagi kategori Presiden MAPSA
Pangkah betul2 ye...(pssstttt, jangan pangkah kat nama Hanafiah tau..hehe)
Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan, hubby tewas dalam pengundian tersebut, kalau orang lain tentu seronok andai terpilih (tapi ada juga yang tak suka..hehe), kami pula rasa amat bersyukur kerana tewas..:-). Apa2pun jutaan terima kasih atas kepercayaan sahabat2 yang mengundi Mohd Hanafiah Bin Ahmad sehingga melayakkan beliau menjadi salah seorang calon Presiden dan Penghulu North Shore.
Presiden MAPSA bagi tahun 2008
Presiden MAPSA bagi tahun 2009
Jang...jeng...jeng...inilah wajah ceria Presiden MAPSA bagi tahun 2010... (Cik Wan, pasni boleh belanja kami makan ye)
Paling seronoknya Kakak Mizah dan Anis menang bagi acara melukis dan mewarna, Kakak Mizah dapat johan (kategori 9 tahun ke atas) dan Anis pula dapat naib johan (kategori 3-5 tahun), dan yang pasti mereka bukanlah menurun dari genetikku kerana aku ni sememangnya keras tangan. Kasihan melihat Akak Azi, merajuk sebab tak menang, terpaksalah kami belikan coklat panjang untuknya...
Sebahagian kanak-kanak yang begitu khusyuk mewarna... sampai tak sempat nak berposing2 depan kamera, ala2 tekun gitu...:-)
Yeah.. itu dia anak ibu mula melukis... buat betul2 ye nak.... jangan ikut macam ibu, orang suruh buat 'orang' yang jadinya macam 'pokok kelapa'..hehe
Amboi.... seriusnya Akak Azi (kalau nak tahu cita2nya ialah nak jadi astronaut...mudah2an tercapailah hendaknya..aminnnnn)
Anis dan 'Pooh'nya...
Inilah hasilnya.... beserta ganjarannya
30 comments:
Salam..
Tahniah buat kakak Mizah dan Anis.. tahniah juga buat suami Nida yg tewas. Semoga urusan dipermudahkan Allah selalu.
Naper x suker hubby akak jd presinden kan? he3x.. bz body lak sy nie kan kak!
Tekunnyer anak2 akak study tu.. mesti cemerlang nanti..
Kak, moga di permudahkan urusan la ye!..
Salam Nida...tahniah buat kedua puteri...semoga akan terus melakar kejayaan di bidang lain pulak.Kpd en Hubby,takpelah tak menang...yg penting tersenarai ye tak...
Ana doakan semuga Nida sekeluarga di pemudahkan segala urusan.
Harap-harap tahun depan hubby dicalon pula.Janganlah menolak kalau tercalon.
Molek-molekya jemput rakan-kakan buat sembayam hajat.Biasalah lepas solat buat makan2 sikit he..he..
Tidak lupa juga pada puteri2 Nida mendoakan terus meraih kejayaan.
jam 2205,
salam Nida...
he he he dah terbalik pulak dah , orang seronok bila menang , tp ni seronok bila tewas ..
apa2 pun kak chaq faham , tanggungjawab hanafiah lagi berat kan ..
semoga puteri2 tu cemerlang dunia dan akhirat . ameen
salam kak nida,
maybe tu yg terbaik wat hubby n akak sekeluarga..kalu pegang jwtn tu lagi tension kot hubby akak..apepun hope sumenya ok..n tahniah wat anak2 akak yg berbakat sumenye..:)
ecececece...vavava nnt pak nep mengundi kt msia nk vote pak nep la ;)
bgs jugak tak menang kan..yela xpikir mslh anak2 buah.pk study je ;))
p.s: jd ke paknep balik?
glamer jgk ye husband akk sampai terpilih jadi calon..hehe..
akk..kita sama la..takde bakat melukis..ehe. nanti safiyyah besar, jgn la dia suruh umminya lukis, nanti apa2 entah jadinya :p
tercalon 2 kategori 2.. hebatlah suami kak hasnidar.. kalau menang dua kategori tue lagi hebat rasanya.. aha!~
Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli
p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
tahniah krn tewas hehe bleh ke tahniah ni
pertama kali dengar pasal orang bertanding nakkan kekalahan....hehehe..
ada hikmah jugak tak menang kan... dapat kosentrate pada study jer..
nida, agak2 kalau kita masuk pertandingan melukis sesama ngan dorang, mesti kita kalah kan....hahahha....
ain pandai lukis orang lidi jer...
slm..kesiannya kat hubby kak nida...mcm mn leh penyelia dier nk cabut lari?..universiti x kne kan tindakan ker, sbb penyelia hubby akk tak hbis menyelia student lg...
Tahniah buat kak mizah dan anis... lain kali masuk lagi pertandingan mewarna yea..mesti menang lagi :-)
salam
ada orang terlalu inginkan pangkat, apa shj asalkan namanya pangkat, gelojoh kuasa namanya tu. Nida suami isteri pula bersyukur kerana kalah.
Semoga Allah tetap permudahkan segala urusan nida dan keluarga di sana
betul juga, kalau menang dan pegang jawatan tapi tak dapat berkhidmat dengan sempurna, lebih baik tak pegang langsung. bukan senang nak tunai amanah dan harapan orang ni. tak pegang jawatan pun kita masih boleh menyumbang kepada komuniti kan !
tak jadi presiden/penghulu..
rugi tu..nanti terlepas project2 mega lak ..hee
p/s-project tanam pokok pelam kat NZ..hee
Tahniah kak Mizah dan Anis... Kakak Azie jgn sedih2... Mungkin ada rezekinya nanti.... Buat abg anep.. tahniah tercalon... pasal x dapat tu?????... sebab x nak, Mungkin byk komitmen lain yg perlu dilaksanakan kan... so..tahniah gaklah....
Tahniah untuk semua acara, untuk semua yang terlibat.. Yang menang.. yang kalah..
Jarang orang happy sebab kalah kan? Tapi yang kalah tu pun bukan mengalah, kan?
Salam kak,
Baru berkesempatan menjengah.
Best nya ada komuniti sebegini. Tahniah buat puteri akak. Rasa macam mengerti kenapa kakak doa hubby x memang undi. Kemenangan akan jadi amanah. Tanggungjwb besar kan kak.
=)
hahah..suke ek kalah?nape klw menang sure bz kan
Salam Nida...semoga sihat2 selalu dan tahniah buat peteri2mu...
http://treatntrick.blogspot.com
Kak Niza:
Insya Allah... semoga segalanya dipermudahkan...
Ena:
Bukan tak suka, tapi hubby akak tengah haru biru sekarang, kes supervisornya ler tu..
Mudah2an... aminnnn
Ayu:
Aminnn..
Betul tu.. yg penting tersenarai.. at least memeriahkan undian..hehe
Nurimo:
Tahun depan?? Tahun depan ada projek lain.. lagi besar punya planning...hehe.
Mudah2an..aminnnn
Kak Chaq..
w.salam, Terima kasih kak kerana faham.. tak guna pegang amanah klu tak mampu laksanakan dengan baik... betul tak?
Aminnnnn..
Syuhada:
Tu yang kami takut.. klu ada jawatan takut study kemana amanah ke mana, maklumlah keadaan sekarang ni agak haru biru sikit
Izza:
tulah.. kalau supervisor tu masih di sini ok lagi.. ni tak tahu ler sekarang macam mana..
p/s: tak tahu lagi bila.. doa2lah semoga segalanya berjalan lancar.
Nadiah:
Sikit je glamernya..hehe.
Samalah macam akak, bila anak2 suh akak lukis, sure akak pas kat abahnya..:)
Zulfadhli:
hehe.... nasib baik 2 kategori, kalau 10 kategori makin serabut ler macam mana nak tolak.
Kak Maiyah:
Tulah ayat pertama saya bila cik abang tewas "Tahniah sebab tewas"... suka sakan cik abang masa tu sebab tu yg dia nak..hehe.
Ain:
haaa..... pelikkan?? Tapi tu yg terbaik buat masa ni... study lebih utama..
Nida pulak pandai lukis lidi jer.. sebab tak pandai buat muka orang ni..hehe
Chik Na:
ntah bila dapat masuk.. payah benar nak cari pertandingan mewarna kat sini.
Hidayah:
Ni bukan kes pertama.. ramai yg snasib dengan hubby akak.. pihak U lepas tangan jer... student yg pening kepala..
Rosnanie:
Pangkat bukanlah segala2nya kerana pada masa ini ada kewajipan yang lain yang perlu diutamakan..
Mudah2an...Insya Allah...aminnnn
Pak Ngah Hamzah:
Setuju yang amat... itulah ayat suami saya dalam emel penarikan dirinya.. :"akan terus menyumbang demi kemajuan komuniti"
Lanabulu:
haha.. projek mikro pun tak sempat terlaksana.. ni nak projek mega..kem salam jer ler
p/s: sekarang mabuk tanam pokok lada.. senang sapa yg curi terus cilikan jer..hehe
Asmida:
Abg Anep tengah serabut sekarang ni.. kesian kat dia... tu yg dia rasa dia tak mampu nak pikul amanah kalau berjaya terpilih... doa2kanlah kami kat sini ye
Kak Azie:
Kami memang happy sangat bila kalah.. hubby siap bagi emel penarikan diri.. ni semua kes SVnya ler... buat kepala bikin serabut jer
Iris:
Betul tu.. takut tak mampu laksanakan amanah yang diberi.. terima kasih kerana faham
Nana:
takde jawatan pun dah bz ni kalau ada jawatan ntah bz darjah ke berapa ler agaknya..
palatable:
terima kasih :)
wah... sedap plak tgk buah2 tu.. fresh je
Post a Comment