Cerita Baru Yang Lama

"Ibu, esok Kakak nak bangun awal, tak sabar nak ke sekolah", dari semalam anak2ku dah tak sabar nak ke sekolah setelah sebulan setengah bercuti (naik lemas ibunya mereka asyik duk tanya dari dulu berapa hari lagi nak sekolah). Kira hari ini semester baru pun bermula buat mereka.

Macam biasalah, bila buka sekolah mesti banyak fulus yang melayang, nak beli peralatan sekolahlah, baju sekolahlah, dan macam2 lagi. Tapi disebabkan uniform sekolah di sini terlalu mahal yang amat tersangat (apa punya bahasa daaa), maka anak2ku pun terpaksalah pakai uniform lama lagi. cuma kasut je beli baru, sebabnya mereka belum ada lagi sandal sekolah untuk summer, yang ada dulu kasut untuk winter (jangan tak tahu, pakaian sekolah kat sini berbeza mengikut musim..), malah peralatan sekolah yang telah dilistkan untuk dibeli juga semuanya berjenama (mana ler tak rabak kocek mak ayah).

Sebenarnya ni n3 lama, aku tak sempat nak update n3 terkini, lagipun rasanya mesti ramai yang nak tahu sistem sekolah di sini kann (poyo jer... ntah ada ke tak yang nak tahu..hehe).. so layan je lah ye.....


Sesi P&P di Pinehill Schoolsetiap kelas purata 20-25 orang murid sahaja

Buat pengetahuan semua, sekolah2 kat New Zealand ni ada nilai decile masing2... paling tinggi nilainya 10, paling rendah biasalah sure mula dari 1.
Logo Pinehill School (Simple je kan)

Sekolah anakku (Pinehill School) decilesnya 10. Semakin tinggi deciles maksudnya semakin tinggi ler socio-economic backgrounds kat kawasan tu.. So melalui decile kita dapat bayangkan taraf hidup masyarakat kat kawasan tu (Patutlah rumah-rumah kat Albany ni besau2 belaka + sewanya mahal2 belaka).

Mizah bersama rakan2 semasa lawatan ke Kelly Tarlton Underwater World...
(cuba cari mana Mizah)

Ni gambar Akak Azi dalam kelas (seriusnya muka anak ibu ni)

Jadi kat bawah ni aku listkan faktor2 yang menentukan decile tu dikira... (buat panduan mereka yang akan berhijrah dan menyekolahkan anak2 kat sini, serta perbezaan sistem pendidikan di sini dan Malaysia)....

There are five specific factors that are taken into account when deciding on the decile rating of a school. These are:
  • Household income - percentage of households with income in the lowest 20% nationally.
  • Occupation - percentage of employed parents in the lowest skilled occupational groups.
  • Household crowding - number of people in the household divided by the number of bedrooms.
  • Educational qualifications - percentage of parents with no tertiary or school qualifications.
  • Income support - percentage of parents who received a benefit in the previous year.

So poorer communities with fewer qualifications and lower incomes are likely to be in Decile One, whilst wealthier communities with more qualifications and higher incomes are likely to be in Decile 10.

Nilah gambar uniform sekolah Pinehill (untuk musim summer), setiap sekolah lain warna uniformnya (kalau nak tahu sehelai baju tu berharga $50 (RM100++), sehelai skort (skirt + short) berharga $50 (RM100++)..jadi sepasang baju berharga $100 atau RM200++ mahal sesangat, tu belum masuk uniform musim winter... pasrah je ler {tagline baru aku, hehe})

Aku selaku pendidik setuju juga bila digunakan sistem decile ni kat Malaysia, so bila keputusan exam keluar seperti SPM, PMR atau yang sewaktu dengannya takdelah nak banding2kan antara satu sama lain, sebab setiap sekolah punya latar belakang yang berbeza (tak begitu tuan2 dan puan2 sekelian). Tapi ada buruknya juga, ye lah takut pula ada yang berasa rendah diri bila berada di decile yang rendah nanti... (maklumlah masyarakat Malaysia ni kaya dengan sensitiviti {terasa lak aku :-p })....Kesimpulannya, setiap perkara tu ada baik dan buruknya, punya sudut pandangan yang berbeza dari insan yang berbeza..(chewah, tingginya aras bahasa...gian pulak nak membebel dalam kelas, hehe)...seperti kata Nabil...Lu fikirlah sendiri...

(Sumber gambar2 dari http://www.pinehill.school.nz/index.php?family=1,25) 


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

30 comments:

maiyah said...

baju aje pun setiap musim kene tukar yek.. bleh thn gak mahal tu.. hehe makayah kene ikat perut ;)

HASNAH said...

Walaupun Malaysia tak buat sistem cam tu, tapi kat sini sekurang2nya kita guna gak la sistem tu..contohnya kemasukan ke IPTA dari pemohon sabah & sarawak lebih rendah kelayakannya berbanding semenanjung!!!

Ain said...

tingginya kos persekolahan kat sana ya....

penggsannn kalau mcm nie...

kalau anak sorang ok la, kalau lebih.....huhuhu....

Ain said...

nida, skang dah masuk february....

bila birthday nida nie?

surpriseee giteww....

Ummu Ammar said...

Anak2 Nida teruja dan x sabar nk pg sekolah. Mcm seronok je sekolah kt sana kan? Mesti ada cara P&P yg bleh dipelajari..

Nurimo said...

Kalau kat Malaysia yuran PIBG pun kalau boleh nak kerajaan subsidi.Cik gu kutip RM10 untuk hias kelas dah bising.

Maknanya sekolah kat kita ni jenis belanja murah lagi ya.

Tapi sekolah elite kat sini,cikgu tak boleh tegur2 lebih2,nanti mak bapa marah kat cikgu.Silap-silap haribulan kena tukar cikgu.

Sana ada juga ke kes macam kat sini.

Nadiah Sidek said...

baju aje pun dah mahal camtu?? adeh..memang kopak la ye sekolahkan anak2 kat sana? baju sekolah masa winter camne lak kak?

ummi humaira said...

salam Nida ...

mula2 kak chaq bercadang gak nk berhijrah ke sana , tp kos baju pun mahal gitu , batal jer ler berangan tu he he he ..

apa2 pun pasrah jer ler ya dik .

cemomoi said...

wuih heran betoi tengok anak-anak mat saleh tu, kecik-kecik lagi dah pandai cakap omputih ye.. kita ni sampai ke tua tak reti-reti juga

Chik Na said...

hu hu hu ..mahal gak baju sekolah kat sana tuh..dah la nak kena tukar pulak bila musim sejuk..kalu anak sorang tak pe la..kalu anak ramai..jenuh le jugak yea...

azieazah said...

Ya dah pernah baca entri ni dan gambar tu, sbb Kak Azie baca semua entri di blog NIDA sejak dari mula...

tapi tetap seronok sebab suasananya begitu berbeza sekali..

Nanti tunjuk ler lagi gambar2 anak2 dapat award tu..

Nida said...

Kak Maiyah:

Tulah kak... winter lain, summer lain.. bukan setakat ikat perut.. segala yg boleh diikat akan diikat..

Nida said...

Kak Hasnah:

Info baru bagi Nida.... selama ni ingatkan sama je

Nida said...

Ain:

Hahaha... bayangkanlah keadaan Nida yg ada 2 anak bersekolah ni... tu yg kena berjimat cermat.. (tapi setiap minggu gi garage sale tu)

Nida said...

Ain:

Jangan risau.. akan Nida umumkan beserta pertandingan apa yang Nida akan buat nanti.. sabarrrrr

Nida said...

Ummu Ammar:

Mereka lebih banyak outdoor dan games untuk attract pelajar2 untuk minat ke sekolah. kalau sistem kita lebih byk terperap dalam kelas je ler..

Nida said...

Nurimo:

Entah ye.. tak pernah dengar pula.. tapi yg pasti sekolah sini memang diharamkan langsung pegang rotan..

Tapi yg bestnya, bila Nida ambil anak2 dari sekolah.. ramailah pelajar2 ni peluk cikgu masing.. rasa mesra sangat

Nida said...

Nadiah:

Kalau winter mereka kena pakai seluar panjang dan baju lengan baju + jumper..

Jumper je dah $70++ atau RM140++ per person.... mahal yang amat

Nida said...

Kak Chaq:

Laa.. tak jadi ker.. baru Nida dah reservekan umah sebelah Nida ni untuk akak... baru berangan nak serang umah akak setiap kali lunch..hehe

Pasrah je ler...

Nida said...

Cemomoi:

Eh... reti apa.. yes, no, orait. Depa lagi dahsyat sepatah haram tak pandai cakap Melayu...

Nida said...

ChiK Na:

Bukan setakat jenuh.. boleh pengsan dibuatnya...

Nida said...

Kak Azie:

Terharunya... thanks Kak Azie sebab sudi baca cerita Nida yang ntah apa2 tu... Nanti kalau umur panjang Nida belanja makan Tandoori ek (Nida memang hantu Tandori tau..hehe)

shaniza said...

Salam..
Rasanya Malaysia pun nk tiru sistem NZ ni. Klaster diberi pd sekolah ikut gred dan skrg ni wujud pula sek berprestasi tinggi (high class gitu) dan dpt bantuan lebih sikit dr sek lain.

Ahmad Zulfadhli said...

mahalnyer baju dier.. betul ker harga sebanar baju + short $200.. mustahil.. mungkin dah kene mark up kot.. benda macam nie kan berlaku di malaysia.. sebagai contoh blazer untuk rakyat malaysia yang akan belajar ke luar negara.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

ummumishkah said...

dah cuti panjang mestilah excited kan... sama cam nida... saya suka dgn system decile tu..

Nida said...

Kak Niza:

Terbalik dengan Malaysia, andai sekolah decilenya rendah, bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah lebih banyak berbanding sekolah decile yg tinggi. Sebab tu sekolah yg decilenya tinggi kos donation juga tinggi

Nida said...

Zulfadhli:

Sehelai baju berharga $50, darabkan jelah dengan 2.5 untuk dapatkan nilai RM. Tu baru baju belun skort, jumper, sweatshirt, kasut, stokin.... pening kepala mak n ayah...

Nida said...

Ummu:

yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan... sistem sini, semakin rendah decile semakin banyak peruntukan yg diberikan, barulah mereka dapat menikmati infrastruktur yg sama dengan sekolah2 di bandar

NURUL IZZA said...

oo mcm tu eh maksu? sini fortunately..xde baju uniform.main pakai je.ms awl2 dtg iza pernah ke skolah tempat kwn ngaja.ada tu siap pakai baju je..seluarnya , seluar dlm..baju besarla jaket mcm tu.hish..jamu mata je..;00

Nida said...

Izza:

Sini ada juga sekolah yg takde uniform... tapi Mak Su lebih suka yg ada uniform, taklah pening kepala nak sediakan anak2 baju apa yg nak dipakai... cuma bila ada uniform ni kena sediakan duit je ler..hehe