Macam biasalah tajuk kena kasi gempak, baru ada unsur2 suspen..hehe. Bukannya apa, sesekali nak berjiwang2 karat ni (sesekali ker.. macam seselalu jer :-) ).
Sekadar nak berkongsi satu lagi info mengenai kehidupan di sini. Entri sebelum ni aku ada cerita mengenai sistem zebra crossing kat sini, so kali ni aku nak habaq mengenai tembok yang menahan bukit... sebelum tu sila lihat dulu gambar di bawah ni ....layannnnn
Ok, dah lihat? Cuba anda perhatikan, tembok ini dibina daripada apa? (cehhhh... macam soalan pertengahan tahun je,hehe). Ya betul!!!!! Jawapannya ialah kayu. Haaa... itulah yang aku nak habaq, tembok2 di sini dibina hanya daripada PAPAN dan BATANG KAYU. Kalau di Malaysia susah tentu kebanyakannya dibina daripada simen atau batu bata, betul tak? Itulah uniknya New Zealand ni... (terfikir, kalaulah kayu tu retak atau patah ke, tak ke satu hal nak bina balik)
Agaknya, NZ ni kaya dengan sumber hutan, tu yang semuanya berasaskan kayu.. (Pokok ni aku snap dalam kawasan sekolah anak2ku... kalau kat Malaysia dah kena tebang dah kot)
Ni tembok masa depan rumah sewa lama aku dulu (Masons Apartments)
Ni pula tembok belakang rumah sewa baru aku sekarang
Kebanyakan rumah2 di sini juga berdindingkan papan. Tapi anda tidak akan mempercayainya kerana ia seolah2 nampak seperti dinding konkrit. Contohnya seperti gambar rumah apartment di bawah ni..
Untuk pengetahuan semua, disebabkan NZ ni mengalami 4 musim, sebab tu perlu berdindingkan papan, kerana kalau berdindingkan batu bata atau segala adik beradik batu yang lain sudah tentu apabila musim winter nanti rumah tersebut akan berganda2 ler sejuknya.. begitulah ceritanya...
Tapi bagusnya negara ni, kenapa mereka boleh guna kayu sebagai asas binaan tembok dan rumah, sebabnya di sini tiada anai-anai.. (agaknya anai2 tak sesuai kat negara 4 musim ni kot)
p/s: Mana yang baik jadikan teladan.. mana yang tak baik campak jauh2.
36 comments:
"Ampuhkan Tembok Kita?"
Terkejut tengok tajuk tadi,ada iras2 tajuk politik.Ingat ke kiasan maklumklah Nida orang kaya puisi yang mempunyai 1001 makna he..he..
Itu tanggapan pertama ana,bila lihat isinya lain cerita.
Rupa-rupanya tembok betul,cantik juga tembok kayu,tapi kat negara kita banyak ana-ana,sebab tu dia orang tak berapa nak buat dari kayu ko.
salam kak nida..
apa khabar?
lama tak singgah sinie ekk..
moga akak sekeluarga tenang saja di sana ..
p/s: nak strawberry kakkk..hehe
hahaha, igtkan tembok China ke apa td..bagusnya nz byk bgnan berasaskan pokok2.kat Perth x.tp pokok2 besar mmg byk
Salam..
Cantik dia org susun kayu tembok tu. Kalau kat tempat kita, masuk tiga tahun habis reput dimakan anai2...
Ada tak anak2 NZ tu dok lepak di tembok mcm anak2 di Malaysia...yg bermuka tembok.
he3x.. mayat dasyatt ituw tajuk n3 eaaa!!...
ingat kan per la td.. tp memg cantik la mcm tu kan.. 2 in 1.. :)
saspen aje title akak tu..hehe
unik la style tembok kat sana..kat sini diorg tak wat tembok kayu coz kayu mahal kot..takpun senang dimakan dek anai2..:)
byk gunanya ciptaan Allah ni kan.. kayu tu mesti kuat dan mudah reput
Salam Nida. Memang catchy tajuk n3 Nida kali ni. "Ampuhkan Tembok Kita?". Tapi mengapa ada tanda tanya? Mungkin Nida nak tulis "Ampuhkah Tembok kita?" agaknya. Lagi satu makna ampuh bukan seperti yang kita fikirkan,iaitu kuat. Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-3, tidak ada makna ampuh seperti yang kita sangka itu. Makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti atau banjir/bah atau pengampuh. Wallahualam.
a'ah la..bangunan tu tak nampak macam dibina dari papan la. tapi bukan ke kalau rumah kayu/papan, lagi sejuk dari konkrit. kalau kat malaysia tu..kat kampung2 sejuk je rumah..waktu pagi2 lagi la rasa sejuk..
Nurimo:
Kira hamba berjaya memasukkan unsur2 suspen ler ni ye..hehe.
Kalau kat Malaysia tak usahkan rumah kayu.. rumah batu pun ada anai2... tension dibuatnya
Amy:
Alhamdulillah... sihat. Harap Amy pun begitu
p/s: cepat.. strawberry tengah murah lagi ni kat sini
Hamizah:
Hehe... jauh sangat nak ke China untuk amik gambar tembok...
Kenal Azra Munira tak kat Perth tu... klu kenal kirim salam padanya ye
Kak Niza:
Ntah ye... tak nampak pulak.. tp lepak2 main skateboard memang ramai. Budaya sini skateboard memang jadi kegilaan remaja
Ena:
hehe... sesekali bikin gempak.. Memang cantik dan unik
Syuhada:
Betul tu, kat Malaysia kayu mahal yang amat.... tu yg ramai sekarang buat umah batu
Maiyah:
Itulah kebesaran Allah... setiap yang dicipta ada gunanya
Babah:
oo ye ker... dulu masa latih budak2 masuk pantun check maksud perkataan ni dalam kamus dewan membawa maksud "kuat".. agaknya tu kamus lama kot..
Kalau gitu kita tukar makna kuat ni kepada sakti.. "Saktikah Tembok Kita?"... orait jugak, masuk dan kena..hehe
Nadiah:
Malaysia siang panas... sebab tu papan tak menyimpan suhu panas tu... kalau sini masuk part winter, sejuk sepanjang masa.. kalau berdindingkan batu sudah tentu dinding tu akan menyimpan suhu sejuk.. maknanya walaupun cuaca panas diluar tapi dalam umah still sejuk.. sebab tu depa wat umah guna papan... :)
Nanti Maksu boleh pamerkan N3 yg ada gambar dari dalam rumah yg memperlihatkan kehalusan kerja buat depa kat rumah yg dok la ni naa..biar kita sama2 tengok..
umah parent teman dulu pun ada dan sejuk semacam je ..tapi la ni dan berkawan dgn anai2 lah pulak dah..
KLIK MAMEE NIDA
Sungguh unik begitu ek NIDA...?
guna kayu rasanya kurang berhabuk kan?
salam. tradisi kita juga berumah kayu. bahkan istana (eg Sri Menanti) pun di buat dari kayu. tapi sekarang ni nak buat rumah kayu dah mahal.. lebih mahal dari rumah batu. kini cuma orang kaya2 sahaja mampu berumah kayu. saya tak mampu, sebab tu rumah saya di perbuat dari batu.
p.s saya tak ingat dah jemput ke belum. kalau sudah, tak apa saya jempat sekali lagi ke blog saya ya ng ini untuk bincang isu-isu yang lebih berat:
http://al-lavendari.blogspot.com
Salam kak,
Saya suka rumah papan...kurang berhabuk.
Semoga akak sihat
heran la plak apasal diorang bayak guna kayu tapi tak plak dituduh sebagai pemusnah alam sekitar
Pak Lan @LB..
Teman pun suka juga rumah kayu ni.. tapi tulah amsalahnya, mesti tempat singgah anai2
Ena:
Thanks yaa.. :)
Kak Azie:
tapi kak, klu dah duk kat tepi jalan.. berhabuk jugak
al-lavendari:
Saya juga suka rumah kayu ni.. tapi samalah macam tuan.. tak mampu.. kayu mahal yang amat
Iris:
Salam dengan akak.. rumah papan unik..
Akak sihat.. semoga Iris pun sihat :)
Cemomoi:
Mereka tebang kayu yg dah matang.. ni orang kita belum cukup akil baligh lagi pokok tu dah kena potong..
back to nature...suka la tengok! sejuk mata memandang. baru i tau kat NZ gitu gayanya...:-)
Siti Murni:
Setuju...Apa2pun andai back to nature memang indah....
Mak su..negara 4 musim pun ada anai2..hafiz di sini buat kajian anai2..Biasayna suhu dlm 10 celcius ke atas anai akti2..Dalam musim sejuk, anai2 tiodak aktif dan hibernasi dalam colobny dibawah tanak.Terdapat banyak literature, mengenai kawaln anai2, case study dr New Zealand..
Hafiz:
Tapi Mak Su rasa mungkin tak sebanyak di Malaysia (just my hipotesis je ni)
akak...aku nk tergelak je bace blog akak nih holllaaaa...macam2 adddaaaaaaa...mm nk tambah pasaiii anai2 ni yg benonyerrrr...disebabkan nz ni bnyk gunung berapi yg masih aktif makanya, tiada lah binatang berbisa mahupun anai2...bug kekecik tu ader la jgk kan..semut pun bley thn bnyk..anai2 sini gigi x powerrr mcm anai2 kt mesia laaa huhu
Salam Noor..
hehe.. macam Astro daa... macam2 ada..
Wah satu info yg menarik!!! Agaknya ler kan, mesti gigi org Malaysia pun lebih kuat dari org sni kot..hehe, fakta atau auta..
Post a Comment