Warna-warna Budaya


Pelbagai budaya, pelbagai bangsa, pelbagai warna, pelbagai juadah, pelbagai ragam, dan segala pelbagai2 yang lain di bawah satu bumbung berkumpul bersama dalam satu hari yang dinamakan Cultural Day....:-)

Sebahagian pelajar2 Pinehill School dengan pakaian tradisi masing2..

Kali ni aku bukan as a volunteer lagi, tapi sekadar jadi tetamu yang turut sama memeriahkan Cultural Day sekolah anak2ku. Setiap pelajar diwajibkan membawa makanan tradisi negara masing2. Mula2 pening juga kepala aku memikirkan apa yang nak dimasak. Hari ni plan nak masak lain, esok lain.. pendek kata setiap hari ler berubah..hehe. Last2 aku masak nasi himpit segera + rendang yang tak berapa pedas, tau2 jer ler, orang putih tak makan makanan pedas2 ni (thanks ye kawan2 atas pandangan resipi + menu yang patut disediakan)
Makan time!!! Jangan berebut2 ye anak2..

Jangan tak tahu, negara Korea pun ada sate tau (Bul Go Gi)
Ni ler yang aku masak... :-)

Kalau nak tahu Pinehill School mempunyai pelajar2 daripada 32 buah negara!!! Paling membanggakan Kakak Mizah terpilih jadi duta kecil Malaysia untuk naik ke pentas (say Hello and Welcome dalam Bahasa Melayu). Kesian juga pada Akak Azi sebab dia sedih tak dapat naik atas pentas... terpaksalah ibunya memujuk "Takpelah sayang, lepas ni Akak Azi pulak naik atas pentas"
Kakak Mizah 3 dari kanan... (tu tengah jeling apa tu Kakak...)
Malaysia, Thailand, British, India, Korea, Fiji...bla..bla..bla.. macam2 ada
Ni pulak classmate Akak Azi (yg baju purple tu ler Akak Azi)... cikgunya pulak yg baju kuning tu (ala2 hindustani gitu)
Ala.... tomelnya dia berbaju kurung..hehe

Atas pentas tu ada 32 pelajar dari different countries yang akan melafazkan "Hello and Welcome" dalam bahasa negara masing2.. meriahkan...:-). Kemudian kami dihiburkan dengan pertunjukan pentas dari pelbagai negara. Ada dari India, Cina, Korea dan New Zealand. Dari acara pentas, beralih pula ke acara jamuan makan di kelas masing2 (ibu bapa pun dijemput makan bersama anak2), masa ni aku dapat menyaksikan pelbagai makanan tradisi dari pelbagai negara... nampak semuanya sedap, tapi aku hanya makan makanan vegetarian sahaja (takut tak halal).

16 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Seronok dpt ikut serta anak2 di sekolah.
Kalaulah budaya spt ni ada di sekolah harian Malaysia (mak bapak join akt anak2) tentu masalah anak2 disekolah dpt diselesai dgn lebih mudah.

Guru said...

assalammualaikum

mak bapak sana memang sporting ya...
kat sini, susah sikit
sebab
semua orang sibuk kerja...je, kan.
susah nak ambik cutilah, dan macam2 lagi

Nida n' Hanafi said...

Shaniza:

Bila berkesempatan melihat sistem pendidikan luar negara, dapat lihat perbandingan dengan sistem Malaysia, ada baik ada buruknya.

Namun apa yg saya amat kagum di sini, budaya kerjasama antara guru + ibubapa.. sistem yang tidak berorientasikan peperiksaan, aktiviti luar sepanjang tahun yg dirancang dengan kemas, sistem kabinet di sekolah jadi takdelah beg pelajar2 terlalu berat untuk dikendong setiap hari seperti di Malaysia.

Mana yg baik kita ambil, mana yg buruk kita tinggalkan.. Insya Allah :-)

Nida n' Hanafi said...

a kl citizen:
ibubapa sini mudah beri kerjasama dan pertolongan.. sebab tu sistem sekolah sini setiap aktiviti pasti ada borang volunteer yang diedarkan pada ibubapa.

Anonymous said...

wah meriah nye kak! banyak tol makanan tp mcm kata akak la sure banyak juga yg xhalal kan hehe...agk2 lapo makan sendiri punye makanan la hehe

Ayu Cute said...

wah seronoknya dpt tgk budaya negara lain kan sis? sbg seorg cikgu, ayu pun setuju kalau ibu bapa dpt bekerjasama dgn pihak sekolah, esp nak atasi masalah disiplin pelajar...tp mcm a kl citizen katala, byk halangan dan kekangan drpd pihak ibu bapa yg tak blhkan kita buat mcm diorgtu...

Nurimo said...

emmm...baju kurung wakil negara kita.Comel dan manja adik yg meperagakan.Tak sejuk ke adik yang pakai baju kurung tu.

Terima kasih Nida ,meperkenalkan cara sistem perbelajaran kat sana.Mana2 yang jadi cikgu ambilah idea kat sana tu yang molek,pratikkan kat sekolah kita.

Maiyah said...

merah tu.. berkumpul bersama pas tu mkn plak hehe

Nida n' Hanafi said...

Nana:
Masa tu akak memang tersangat ler laparnya.. nasib baik makanan Korea yg yang base vegetarian.. sushi pun ada dari Jepun.. makan je ler buat alas perut..

ayu:
Kadang2 terfikir, bila hubungan sekolah dan ibubapa sangat baik dan ibubapa cakna persekolahan anak2, pasti masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.

Nurimo:
Praktikkan memang boleh.. cuma kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak perlulah selari.. ni klu hanya seorang jer yg beria2.. hmmm tak kemana ler jawabnya.

maiyah:
Memang meriah kak.. cuma bab makan tu jer yg payah sikit.. nampak sedap tp sayang tak halal..hehe

Syuhada Kamal said...

salam kak,

bestnya dapat join program camni, dpt kenal budaya org lain n kenalkan budaya kite..:)

Nida n' Hanafi said...

Syuhada:

masa ni lah baru kita dapat tahu budaya masing2 walaupun secara kasar sahaja.. sesungguhnya acara ni mmg seronok

Ain said...

macam2 budaya dapat dipelajari ya... beruntungnya anak-anak nida....

Unknown said...

ermmm ... tak sangka kat korea pun ada sate.. hengat kat area asia tenggara jek huhuhuh

Chik Na said...

Seronoknya Cultural day ni...kita ibu ibu pun dapat mempelajajari budaya dan makanan dari negara orang lain .. lagipun dapat mengeratkan silaturahim dengan parents yang lain

Unknown said...

Tahniah Nida..
Bukan senang nak memeriahkan majlis yg macam2 ragam tu kan..
Yg ptg masing2 pandai menghormati adap udaya orang lain...
Lain kali kalau U buat ketupat daun palas mesti meletup ...hee..

Nida n' Hanafi said...

Mama Danish & Sarah:
Alhamdulillah diberi peluang untuk mereka belajar di sini.. wlupun sekolah rendah..hehe

Yu:
Betul... tapi sate diaorg besau2

ArissaPutri:
Tapi tulah.. tak dapat juga nak rasa masakan dari pelbagai negara.. banyak tak halal dari yg halal

Lanabulu:
Alamak... payah tu nak cari daun palas kat sini..hehe