Satu Seorang Atau Seorang Satu?

Entri sebelum ini aku ada menyatakan tentang kejayaan Kakak Mizah dan Akak Azi dapat certificate dari sekolahnya sempena achievement mereka pada minggu tersebut. So aku pun berbincanglah dengan hubby nak bagi apa kat anak2 ni sebagai reward.. (pening juga nak fikir..maklumlah budget ciput..)

Reward tersebut mestilah worth it + murah + berguna dan bukan mainan atau buku (sebab kat rumah ni dah terlalu banyak mainan + buku..beli kat garage sale ler, car boot sale ler, Sunday market ler... kutip tepi jalan ler...).. Fikir punya fikir tiba2...blink!!!!! ahaaaaa dapat idea, sekarang ni kat sini tengah musim strawberry, jadi untuk mencipta kelainan aku and hubby pun belikanlah mereka pokok strawberry untuk mereka jaga, harga sepasu pokok tu sekitar $2 je (oklah...kira murah ler tu). Amacam pelik dan kreatif tak hadiah untuk mereka???


Bagi sesiapa yang anak mereka dapat anugerah kecemerlangan tu bolehlah try idea aku ni, belikanlah mereka pokok durian ke, pokok nangka ke, pokok pulasan ke, pokok kedondong ke, pokok jati ke atau apa2 jenis pokok ler except pokok kemuncup...hehe.

Layannnn:
Merah membara semangat waja....(alamak lupa lak lirik selanjutnya..ada sesiapa boleh tolong sambungkan tak? :-) )
Yeeehaaaa.......dapat juga tengok pokok strawberry (bila ler aku nak ke Cameron Highland ye...)

p/s: menjawab soalan tajuk entri "Satu Seorang Atau Seorang Satu?".. jawapannya ialah dua2 salah... sebab Anis tak dapat so takleh ler nak cakap satu seorang atau seorang satu.. (pening??? takpe tak masuk exam pun)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

19 comments:

Yanmie said...

salam kak,

yan sambung dulu lagu tu yea..ekekekeke...

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

hehehe...amacam? ok..pas nie leh nyanyi ngan anak2 yea...hehehe

bakhtiarazi said...

...yakin boleh, rakan mudaaaaa... (erk, btol ke sambungan ni?)

Mgkn boleh juga hadiahkan pokok duit2 yang selalu melingkari pokok2 lain. Kurang2 boleh digunakan ketika ke Tofu Shop :D

Nida n' Hanafi said...

Yan

Wah... cayalah Yan...patriotik sungguh dirimu...syabas!!!!!

(pasni boleh nyanyi untuk dodoikan anak2 tidur..supaya ingatan mereka sentiasa pada negara tercinta :-) )

Bakhtiar..

Puas juga saya cari pokok duit2 tu... ingatkan nak tanam dalam pasu kat belakang umah..mana ler tau, bangun2 pagi daun2 tu tukar jadi 2NZD semuanya... tapi takdok ler kat sini pokok tu..

- mrs. nur - said...

hmm..
sungguh kreatif idea bg pokok strawberi tuh..asal jgn bg pokok cili dah la..^_^

klu pokok stroberi dorg buleh mamam, basuh dlu ek..

tp klu tanam cili..er, kak nida yg guna dulu kan?

Unknown said...

salam Nida..
kalu anak ummi diberi pokok strawberry tu abih buah dgn daun2 sekali dikerjakan , buat main masak2...he he
apa2 pun kita perlu jadi ibu yg terbaik untuk anak2 kita

Nida n' Hanafi said...

Aisyahumaira:

Alamak... haahkan patutnya bagi pokok cilikan.. silaplah...hehe

Kak Ummi:

Ni pun anak2 saya puas tanya bila boleh makan buah tu... tapi sebab ibunya garang tu yang sabar je ler budak2 ni..hehe..

Insya Allah... mudah2an yg terbaik buat anak2 kita

terokai seni said...

ide baguih, selain pokok yg dah disebut tu pokok apa yg lagik yg sesuai yea... bila tanya kat wak, wak kata "waduh, pokoknya.. pokok!"

Unknown said...

yg betoi adalah..
SORANG SATU..
bukan seorang satu atau sebaliknya..hhmm

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi

Waduh kelakar bangat ya jawapan wak... hehe, bikin saya pusing dong...

Lanabulu

tak cukup sorang satu... anak ada tiga pokok ada dua, so sorang satu per empat...

Alimaz-Kembara Terasing said...

SALAM NIDA PEKABAR.....TU LAGU TU KAK YAN DAH SAMBUNG...SO SAYA TAK YAH SAMBUNG LA...BEST RRR BUAH STRAQBERI PEBERET SAYA TU

Nida n' Hanafi said...

Alimaz
Tp kadang2 bila bila kena part masam tu yg kurang best..hehe.

Maiyah said...

nampak cam nak mkn je buah tu :D

Nurimo said...

Biasanya anak-anak dapat bagi hadiah anak patung dia buat tidur.

Tapi pokok strabery tu jangan peluk buah tidur ya....

Lewat saya datang kali ini,maklum sibuk sikit dengan end3 baru saya.

Anak tak petik lagi ke buah tu atau ibunya kontrol he...he..saya pun geram nak petik juga.

Sini kalau beli kat Cameron buat balik rumah tak sampai 3 hari layu ,melainkan beli yang plastis tak payah jaga he...he segar sepajang masa.

Hadir jam 1135pm...

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Cara yg bagus dekatkan anak dgn alam sekitar..hmmm boleh praktik ni..Ammar agak minat juga dgn bcucuk tanam ni..

p/s : Strawberry ni sedap cecah ngan cokelat..kata Datok Siti..hihihi

Ummu Mishkah said...

Nice reward! :)

tinta kasturi said...

teringat idea nida perihal apa nak buat kat penconteng2 kreatif dlm entri sy bkenaan "betulkan tingkap yg pecah"..

kaitannya dengan alkisahnya hadiah utk anak ni..

Anda saya nobatkan pemenang anugerah wanita@ibu paling kreatif!

Lain dari yg lain
syabas..

Nida n' Hanafi said...

Maiyah:
Sabar2...belum matang lagi buah tu...hehe

Nurimo:
Hadirmu ketika aku masih diulit mimpi..hehe..chewahhh... berbunga ler pulak..

Budak2 mula2 je nak petik.. pastu dah tak heran...(takut ibunya marah kot..hehe)

Strawberry sini besau2... tp tak tahulah kat CH macam mana.. belum pernak ke sana lagi

Ummu Ammar:
Lepas ni bolehlah guna idea ni.. beli pokok sbg reward... pastu mesti merimbun kawasan rumah..hehe

p/s: Datuk Siti tu kata sedap sebab Datuk K yg bagi.. cuba saya yg bagi.. mesti dia tak kata apa2..:-)

ummumishkah:
Thanks..pening juga fikir nak bg apa... last2 pokok ni ler yg terlintas...

Kasturi:
Wah..terharunya...syukran jazillan..

p/s: sesekali berfikir di luar kotak pemikiran..:-)

Unknown said...

wah.. cam best jek buah strawberry tuh... ranum nampak nyum nyum nyum

Nida n' Hanafi said...

memang best. Datang lah sini kalau nak tahu heheheh