Kerang Oh Kerang Kenapa Kau Tak Timbul...

Kerang oh kerang kenapa kau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Orang ramai sangat (2x)

Orang oh orang kenapa engkau ramai
Macam mana aku tak ramai
Sebab nak kutip kerang (2x)

Kerang oh kerang kat mana kau dikutip
Kalau engkau hendak aku
Aku kat pantai Shakespear (2x)

Shakespear oh Shakespear apalagi engkau ada
Kalau engkau hendak tahu
Aku ada air terjun (2x)

Air Terjun oh air terjun apa lagi engkau ada
Kalau engkau hendak tahu
Aku ada kambing biri2 kat sebelah (2x)

(Sila nyanyi macam rentak lagu Bangau Oh Bangau)...

Layannnn....

Inilah ahli rombongan kami..(termasuk yang atas pokok tu...)
Ye itu dia...korek lagi dalam2
Ni burung seagull memikat manusia ke atau manusia yang memikat burung
Nun jauh di sana kambing biri2 sedang meragut rumput....(mbekkkkkkk, close up ler dekat sini..mbekkkkkkkk)
Tak sempat nak snap gambar, habis lari lintang pukang kena kejar dek budak2 ni...
Lagi gambar di frame besar... sini mana2 park kebanyakannya ada frame gedabak ni
Walaupun tidak sebesar mana namun keindahannya dan kebersihannya tetap terjaga
Sila bawa balik sampah anda ye...sini takde tong sampah
Inilah hasilnya...Alhamdulillah

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:



10 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

beshnya dpt kutip kerang..
sedap tu kalo buat sambal tumis kerang..hehe
terliur lak jadinya
=)

Nurimo said...

Kerang oh kerang kenapa kau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Cik gu Nida & family nak kutip aku.

Kerang tak timbul pon ,khabar-khabar 2 periuk,tak gatal ke makan kerang.
Saya alahan sikit kerang ni he...he..

Terima kasih Cik gu,poskan gambar yang semua orang senangi.Nida membuatkan semua pengujung blog awak gembira,tersenyum didepan PC.

Ngatuk dah nak tidur tengah malam esok nak korja pula.

Nida n' Hanafi said...

Nur:

Isi kerang sini tak sesedap kat Malaysia.... Isinya kecik2, tak puas makan.. :-)

Nurimo:
heheehe... best jugak lirik tu ek..
Nampak je macam 2 periuk, bila dikumpul isinya tak sampai setengah periuk pun...

Sekadar berkongsi pengalaman di sini, mudah2an dapat dihayati dan dimanfaatkan bersama... suka lihat orang suka..hehe

Aik, sabtu pun kerja ke??? Bagus3x, sure tebal poket tu...:-)

Nurul Izza said...

MAKSU: iza bukanlah fabatik kerang.tapi time bulan puasa sedapnye makan yg rebus tu..kt sini kerangnye memangla.....hanyir!! poska sini sket..ekeke

Nida n' Hanafi said...

Kerang sini pun tak semanis kerang Malaysia, tp takde ler rasa hanyir...
Boleh Mak Su poskan , cuma takut bertukar bentuk nnt dari kerang ke penternakan kulat ...hehe

bakhtiarazi said...

Jgn lupa suruh kak miza @ kak azi nyanyi lagu kerang oh kerang ni time majlis hujung tahun kat sekolah nanti. Pakai kostum kerang pun ok gak. Kompem terkejut badak anak2 kiwi & maori tu...

tinta kasturi said...

lapar pula tengok gambar kerang ni
rasa macam nak makan kerang bakar..

Nida n' Hanafi said...

Bakhtiar:

Kitaorg ada lagi spesel utk dipersembahkan masa hujung tahun kat sekolah nnt.. Lagu hari raya, contumenya ialah setitik air mata...hehe..hehe

Tinta Kasturi:
Aduhhhh..... sedapppnya... terliurlah pulak...... sini takde kerang mcm Malaysia....(teringat selalu makan kerang bakar kat Tg. Lumpur, Kuantan)

Ain said...

cantikknya pemandangan kat sana.... suka tengok rumput yg menghijau tue..

ain tak pernah kutip kerang, kalau kutip kepah tu pernah la...

best sangat kan....

Nida n' Hanafi said...

Rumput sini memang hijau dan subur... org2 sini siap baring2 atas rumput..hehe

Memang best mengutipnya, lepas tu pening nak simpan sebab tak muat peti ais..:-)