Survival.....

Memori lama terimbau kembali..... Ingatanku pada kenangan hampir sembilan bulan yang lalu tidak pernah padam, dan ia sentiasa kusisip kemas di lubuk hati yang dalam. Terima kasih yang tidak terhingga buat rakan-rakan yang banyak membantu kami seawal kami memijakkan kaki di bumi Auckland ini. Buat Saudara Azwan dan isterinya Norliza, terima kasih kerana sudi menumpangkan kami berteduh dan melayan kami dengan baik sekali, terlalu banyak pengorbanan kalian untukku nyatakan di sini...moga Allah membalas jasa baik dan pengorbanan kalian.

Buat Abang Suhaimi dan Kak Asiah, terima kasih kerana memandu perjalanan kehidupan kami di sini ketika kami masih teraba-raba, kalian terlalu istimewa buat kami lantas kalian kami anggap seperti abang dan kakak sendiri. Moga segala urusan kalian dpermudahkan olehNya.

Buat Saudara Nihra dan Azlina, keramahan kalian menambat hati kami. Senyuman ikhlas yang sentiasa terukir di bibir kalian pembakar semangat kami agar tidak terus dirundung kesepian dan kesedihan. Terima kasih juga kerana banyak membantu terutama dalam soal pembelian kereta di sini. Terima kasih banyak2. Moga kebahagiaan sentiasa mengiringi kalian..aminnn.

Buat Saudara Ajeep dan Dina.. terima kasih kerana sudi menumpangkan kami untuk ke Kelly Park pada hari kedua kami di sini. Terima kasih juga atas segala panduan dan perkongsian pengalaman kalian hidup sebagai anak rantau, ia benar2 membantu... Semoga dipermudahkan perjalanan kehidupanmu olehNya.
Alhamdulillah, selama hampir 9 bulan kami mampu survive. Dari pengetahuan yang sejengkal cuma kini bertambah sedikit demi sedikit. Hubby banyak meneroka sendiri (dan bantuan rakan2) terutama ketika kami mula2 berpindah ke rumah sewa dari rumah Azwan (terima kasih Azwan, Liza dan Abg Mie atas usaha memujuk agen agar membenarkan kami duduk di apartment ini). Kami mula mengenali Trade me, dari situ bermulalah era pembelian barang2, dan selalunya akulah peneman setia hubbyku untuk mencari rumah tuan punya barang. Ku kagum dirimu wahai hubbyku kerana walaupun sesibuk mana dirimu, kau masih pandai mencari ruang dalam memenuhi keperluan kehidupan isteri dan anak2mu,.. terima kasih ikhlas dari isteri dan anak2mu.

Bukan senang hidup jauh dari budaya sendiri. Andai kita tidak kuat, kita mudah patah semangat. Di sini kami belajar hidup berdikari, belajar untuk berjimat cermat selagi dapat, kerana dengan kekangan dari segi kewangan, membataskan banyak impian kami, namun itulah pengalaman dan pengajaran yang berharga buat kami. Pengajaran buat anak2 agar bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih anak2ku sayang kerana memahami keadaan hidup kita di sini. Airmata ini kerap menitis kerana selalu sangat menolak permintaanmu dan keinginanmu. Semoga kalian menjadi insan yang tabah dan rintang dalam menghadapi dugaan.


Lihatlah gambar2 dibawah ini, ianya penuh dengan makna yang tersirat, demi untuk survive, makanan yang direject menjadi pilihan utama ketika membeli belah. Alhamdulillah walaupun dilabel sebagai reject tapi kami bersyukur kerana ianya masih elok untuk dimakan. Inilah rezeki kami, dan kami bersyukur kepadaNya...


"Abah, dah lama kita tak makan crab, rasanya dah hampir 6 bulan tak makan..kakak dah lupalah rasanya macam mana"
Kasihan anak2ku, ibu dan abah tak cukup mampu nak beli yang fresh..harganya terlalu mahal. Ini sahajalah yang kami mampu "Frozen Crab"..

Alhamdulillah, walaupun harga rejectnya cuma 99 sen, tapi ia masih elok.. (kalau yang fresh $6 sekilo)
Buah-buahan yang reject semuanya... syukur kerana sini mudah untuk mendapat harga reject yang jauh lebih murah berbanding dengan harga buah2 yang masih segar

p/s: sekadar perkongsian pengalaman hidup di bumi asing

sedutan komen dari hubby: 

Ramai lagi yg bantu kita secara maya, Ziad PN, Saufi CC, abg Ridzuan Auc, Shamsul CC, Shahirah Alb. 

Abg Hisham mantan Presiden MAPSA pun byk bantu bila dpt jumpa masa dia buat data collection kat Msia.

12 comments:

Unknown said...

hujan emas di negeri orang kan kak :)
Alhamdulillah still leh survive lg..

Guru said...

assalammualaikum

alhamdulillah, Allah mempermudahkan dan masih melimpahkan rezeki

Maiyah said...

crab tu kalo masak sambal mmg marii :)

tinta kasturi said...

salam persaudaran buat nida sekeluarga..

"Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (AlInsyirah:5,6)

Moga perjalanan hidup yg dihadapan sentiasa mendapat rahmat der Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Unknown said...

Nida Isteriku...

Ramai lagi yg bantu kita secara maya, Ziad PN, Saufi CC, abg Ridzuan Auc, Shamsul CC, Shahirah Alb.

Abg Hisham mantan Presiden MAPSA pun byk bantu bila dpt jumpa masa dia buat data collection kat Msia.

Sekarang ni, sekadar termampu kita bantulah rakan2 lain yg perlukan bantuan mcm kita dulu2.

Asiah said...

salam cikgu,
terima kasih jua atas perkenalan yg indah, bait2 bahasa yg menyegarkan, terubat rindu pada 'jiwa bangsa'..:)

Yanmie said...

salam kak..

mudahan dipermudahkan segalanya buat akak dan keluarga. amin...

Unknown said...

Berwaspada selalu di negara orang..
insyaAllah selamat dan tercapai cita2 ..

Nurimo said...

Jangan lupa terima kasih juga kepada para blogers yang sering membuat Nida tidak kesunyian walaupun jauh nun di sana.

Celoteh2 pengujung mungkin sekali sekala terbawa-bawa dalam mimpi.Entah ya entak tidak..tembak je ni.

Sebenarnya reject sebab kotak koyak ko,isi tetap bermutu.Kita bukan nak makan kotak he..he...

Saya mengambil kesempatan disini menguncapkan terima kasih kerana penulisan Nida membuat saya,teringat ringat somo,kalau tak datang sekali sari bagaikan tidak lengkap satu hari...nampaknya dah melampau ni saya..gurau je.

From:
Pengujung tetap

Nida n' Hanafi said...

Aduh.. semalam bz yang amat, tak sempat nak reply all messages. Ni bergaduh jap ngan Anis berebut komputer (Anis nak tengok Upin dan Ipin)

Huda:
Betul Huda, Malaysia tetap yg terbaik. Alhamdulillah dimurahkan rezeki olehNya.

a kl citizen:
Alhamdulillah... dumurahkan rezeki olehNya

maiyah:
alamak..meleleh air liur ku terbayangkan masakan itu...hehe

tinta kasturi:
Insya Allah.. Terima kasih kerana memberi semangat dan kekuatan kpd kami.

Hanafiah:
Terima kasih kerana mengingatkan.

Kak Asiah:
Bersyukur kerana diberi ruang untuk mengenali akak...

YanMie:
Insya Allah..juga buat Yan, semoga dipermudahkan segala..aminn

Lanabulu:
Terima kasih atas ingatan dan kata-kata semangat.. :-)

Nurimo:
Terima kasih kerana mengingatkan saya.. komen dari bloggers mengubat lara di hati, boleh buat saya tersenyum sendiri mengingatkan bait2 yang terungkap.

Mungkin kot reject kotak.. pandailah Nurimo teka..hehe..terror2.

Suka org berkunjung ke blog saya... baru ada semangat nak tulis ni... thanks ye bg semangat pada saya utk menulis n update blog.. tq2. Selalu datang ke sini tau. :-)

terokai seni said...

mahal betol rega buah kat sana yea... ingat dok sana bley le makan bawah pokok aje. err derian tade ke...

Nida n' Hanafi said...

Boleh tahan ler mahalnya.. boleh gak makan bawah pokok, pergi je ke ladangnya.. Harga ketam yg fresh $30 sekilo (tu belum convert RM lagi tu)... kat Malaysia baru RM12 sekilo

Durian ada ler, tp yg frozen ler..harganya $15 sekilo (atau darabkan 2.5 utk dapatkan RM)