'Busy'kah Aku?

Semalam merupakan hari yang agak busy buat aku sempena bergelar pekerja JKR (Jaga Kebersihan Rumah) @ suri rumah sepenuh masa ni. Dah lama betul tak merayap ke rumah member berchatting lama2 @ bergossip yang ntah apa2..hehe.

Alhamdulillah, rakan pun semakin ramai di sini (termasuk rakan bloggers), so takdelah sunyi sangat seperti mula2 aku sampai sini...( thanks ye Nurimo ingatkan aku tentang rakan bloggers yg turut sama menyumbangkan keceriaan aku di sini)...

Antara rakan (bukan kaum Melayu) yang paling rapat dengan aku ialah Pauline, aku kenal dia masa tunggu anak balik sekolah lebih kurang 7 bulan yg lalu. Selepas tu, bermulalah era berchatting tak berhenti2 dengan si Pauline ni..sebabnya Pauline ni memang ramah so bila dah borak tu memang payah nak stop.. (baguslah.. aku ni pun ramah..hehe). Selalu dia ajak aku ke rumahnya, tapi tau je lah.. hubby sibuk memanjang... Semalam aku pun pergilah ke rumahnya sebab dia jemput.. ingatkan ramai yang akan datang, rupa2nya dia jemput aku jer... sebab katanya, dia nak chatting ngan aku ala2 family gitu.

Pauline ni asal orang Malaysia juga... tapi dah 10 tahun duduk kat Auckland.

Seronok borak dengannya, kebetulan surnamenya Kam, aku pun keturunan Kam (Atuk sebelah ayahku Cina).. jadi makin rancak ler kami berborak... Sempat juga dia masakkan aku roti "Don't worry we never eat pork "... nasib baik dia faham airmuka aku masa tu.

Petangnya pulak dari pukul 3.o0-7.30 petang aku dan kroni2 ke rumah Cik Nan dan Kak Asna sempena gotong royong buat sate. Memang meriah bangat.. macam kenduri kahwin je rasanya. Insya Allah satenya akan dibakar dan ditelan untuk proses penghadaman dan defaecation pada petang ini di rumah Nihra dan Azlina...Thanks ye Nihra & Azlina kerana sudi sponsor jamuan yg bertaraf lima bintang ni... Semoga bertambah rezeki kalian dan mudah2an cepatlah Aqil dapat adik..hehe.

Lambatnya masa berlalu... dah terbayang rupa sate2 tu dibakar... nyum..nyum... Lupa nak habaq, kuah kacang untuk sate tu aku yang buat. So kepada sesiapa yg nak ambil tempahan memanglah tidak berapa dialu-alukan.. sebabnya nak tunggu pos sampai sure dah bertukar bentuk zahir dan batin kuah kacang tu...hehe.

10 comments:

Syuhada Kamal said...

sedapnye sate hehe..dapat gak akak mkn sate walau duk jauh nun di sana..:)

Yanmie said...

salam kak,

wah2 suka sgt istilah JKR tu..ekekeke...

bestnya kak dpt jumpa dan makan2 dgn kwn2...dpt merapatkan ukhwah.

hem..satey! dh terbayang2 2-3 hari nie..hehehe..haruslah tggu wiken baru dpt mkn. sbb en.hubby bz memanjang. sian pulak nak ggu dia..

Nida n' Hanafi said...

Syuhada:
sate mmg sedap..lebih2 lg kalau org yang belanja..hehe

YanMie:
So pasni bg sesiapa surirumah sepenuh masa, bila ada yg tanya kerja.. jawapannya ialah kerja JKR..hehe

Takpe, hujung minggu ni Yan bantai puas2 makan sate..hehe :-)

Unknown said...

Best...
satay biri2 ke..?

Nida n' Hanafi said...

Semua ada..

Sate lembu, ayam, kambing biri2... macam2 ada..:-)

Asiah said...

bestnyer nak makan satay..

Nida n' Hanafi said...

Kak Asiah,
Kesian Sara tak dapat makan lagi... takpe nnt ummi Sara makankan bg pihak Sara ek...

Nurimo said...

Salam pagi waktu Malaysia,sudah menjadi rutinku melihat blog dan menyemak email setiap pagi apabila tiba di pejabat.

Wah...terima kasih ambil perhatian coleteh saya,Nida.Tak sangka nama "NURIMO" di end3 Nida kali ini,biasanya diruangan komen je.

Tambah glamor la ya,tapi sayangnya saya bukan artis.

Sedapnya satey Nida,
Kalau kat sini satay Kajang tersohor.makan sekali esok teringat nak makan pula he..he..

La... dah dekat pukul 10.00 ,untuk ke kedai mamat pula cari tea tarik,Yang hairannya kedai Melayu buat tea tarik tak sama rasa dengan tea tarik mamat,yang mamat lebih ummmmm.....

Mungkin kedai Melayu tarik tak cukup tinggi....ko

Asiah said...

Radhiah, wife fadhil wong (kan dia doktor) kata, susu ibu tuh ada rasa, dan dia percaya rasa susu ikut apa yg ibu makan, so baby dapat rasa makanan dlm susu.. akak pun fikir begitu juga.. so sara kira dapat makan la satay from susu akak..:)

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:
Nak rasa sate Albany meh ler sini.. nnt saya buat special utk Nurimo.. hehe.

Kalau saya suka makan mi mamak.. tak pun tandoori mamak... uwaaaaa, rindunya nak makan roti nan + tandoori.

Kak Asiah:
Betullah.. sebab tu kita takleh makan makanan yg mendatangkn angin dlm badan coz nnt anak pun kena angin...:-)