Guy Fawkes Day


Inilah fireworks yang kami beli...

What is that??? Mula2 aku musykil juga, apa kebenda ler Guy Fawkes Day ni. Kemudian kemusykilan aku semakin bertambah apabila aku dapati mana2 shopping complex ada jual bunga api and mercun. Nak kata Christmas Day lama lagi.. nak kata Raya Haji pun kelakarlahkan New Zealand sambut Raya Haji.. so benda apa Guy Fawkes Day ni???

Jadi untuk mengurangkan kepeningan aku ni so aku pun surf ler internet untuk cari apa makna di sebalik ini semua.. (ayat macam dalam drama ler pulak...hehe). Kalau nak tahu Guy Fawkes ni merupakan seorang perancang terbesar dalam melakukan kospirasi untuk meletupkan bangunan English Parliament dan King James I dalam tahun 1604 (lama dah pun benda ni berlaku). Kalau nak tahu lebih lanjut silalah klik sini ye jangan malu2..hehe.

Kenapa main waktu 5 November???? Sebenarnya 5 November merupakan tarikh effigies of the conspirator dibakar , so bagi memperingati tarikh itu setiap tahun rakyat Britain (termasuk NZ) akan bermain bunga api dan mercun sebagai memperingati kejadian tersebut. Untuk makluman semua, pada minggu ni sahaja kerajaan NZ membenarkan penjualan bunga api secara besar2an. Jadi kalau agak2 nak main bunga api and mercun puas2, meh ler datang sini...





Malam tadi selepas kekenyangan makan sate, kami warga Melayu Albany pun memulakanlah operasi bermain bunga api. Kalau nak tahu malam tadi memang macam pesta kat Auckland ni, masing2 bermain bunga api... (dah macam Hari Raya lak aku tengok). Paling best bila melihat bukan sahaja budak2 yang main, malah bapak budak, mak budak pun turut sama main.






p/s: Gambar kami membakar dan memakan satay akan diupdate esok... so kepada sesiapa yang nak tengok rupa Satay Albany terutama Lamb Satay, saksikan kemunculannya di blog ini esok.. tunggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(special thanks to Abg Azhar kerana disaat orang sibuk membakar sate, sibuk juga hubby mentelaah penggunaan kamera DSLR daripadanya)

15 comments:

Hanafiah said...

Ida...bila ler abg nak terror mcm Abg Azhar tu ambek gambar...

Nida said...

Senang je jawapannya.. bila cukup duit utk beli aksesori kamera yg lagi canggih.. atau pakai kamera yang lagi up to date gitu..hehehehe

Yanmie said...

salam kak,

tgk gmbr nie pun dh tau meriah suasananya..

cepat2..nk tgk rupa satey nye...hehehe

Nida said...

Yan..
Paling happy bebudak ler.. mak budak tumpang happy sekali..hehe

Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!hehe

Nurimo said...

Seronok nya anak2 main bunga api.Kalau boleh saya terasa nak kembali ke zaman budak-budak dulu.

Masa budak2 dulu ,Saya suka juga main bunga api,tapi jenis mercun kurang sikit,saya takut meletup kat jari ko..ko tak sempat nak lempar.

.....kamera mahal gambar pun molek,yang Nida ambil pun ok..jelas hinggakan kelopak2 bunga pun nampak,Bila saya klik atas gambar automatik zooom.Tak puas tengok gambar kecik2.

Kalau satey pula,saya pernah makan satey arnab,best juga....tapi satey Albany daging apa eeek....tanya tu sebah kat sana banyak kambing.

tinta kasturi said...

tengok percikan api bunga api tu macam berkualiti tinggi,

teringat zaman kecik2 dulu..

err, takde ke kes2 putus tangan, terbakar rumah, dan lain-lain macam kat malaysia ni?

Nida said...

Nurimo:

Laa... zaman kanak2 je ke main bunga api.. zaman tua dah tak main ke??? hehe.

Kat sini memang banyak daging kambing... semalam pun ada buat sate kambing... tunggguuuuuuuuu....hehe

Tinta Kasturi:

Bunga apinya lebih kurang macam kat Malaysia juga, cuma besar sikit..

Entah ye.. takde pulak dengar kes putus tangan atau jari.. kat Malaysia tu sebab main meriam buluh, tu yg jadi gitu :-)

hassan said...

Salam Kak Nida,

Saja singgah walaupun orang tak jemput makan satay pun tak apa,

Saya nak cari "NURIMO",rupanya dok tengok bunga api di Albany.Nampaknya sudah jadi pengujung tetap ye.

salam Nurimo,baliklah tengok blog awak tu,tok lebai dok perang.Awak relek je kat sini sekali2 tembak dia orang tu.Metang2 udara kat sana sejuk....

Cik Amy Sensei said...

salam kak nida..

waahh...meriah nampak main bunga api ekk..

percikan bunga api yang menghangatkan suasana malam tambah cantik oh sungguh gembira di wajah riang..

hehe..

Syuhada Kamal said...

besnyer main bunga api..kalu kat Msia takbleh camtu...nnti kene tgkap polis..huhu

Nida said...

Salam Hassan..
Hehe... takpe nanti akak bukak kaunter untuk blogger yang hilang... kalau nak cari Nurimo cari kat situ ek..hehe.

Blog sana panas bebenor, Pak Lebai asyik duk hentam jer.. tu yang sejukkan badan kat sini jap..hehe

Amy:
Memang meriah ditambah pula dah lama tak main bunga api.. tu yg enjoy sakan.

p/s:bila berjauhan begini barulah terasa kenikmatan yg selama ini kita tak nampak.

Syuhada:
kat Malaysia Malaysia orang tak main bunga api, diaorg main meriam buluh..hehehe

cemomoi said...

apa kata raya aji ni kita ramei2 ke nz main bunga hapiiii

ummi humaira said...

salam Nida..
bestnya , macam malam raya jer meriahnya main bunga api....

Nida said...

Cemomoi:
Silakan..silakan...jemput ke rumah.. dialu-alukan sangat...

Kak Ummi:
Memang pun, masa main tu teringat macam malam raya je :-)

LanaBulu said...

Bestnya...
tumpang gembira..