Bahayanya Tu!!!!!!


Wajah ceria anak2 yang dapat berjalan2 dihujung minggu.

Alhamdulillah, kesihatan gigiku sudah beransur pulih.. idea nak menulis pun dah datang semula... tapi ada pula masalah yang lain... hmmmmm, internet ni ler pulak slow yang amat, hilang mood nak meng'update'. Cerita banyak yang nak dikongsi, takpelah dugaaaaaaaaaaannnnnnnnn.........

Weekend yang lepas memang tak sempat nak membelek blog ni, Sabtu ke kelas English, Ahad lak ke YMCA, Auckland.. Hubby ada futsal and aku ada bola jaring (kena jadi bidan terjun daaa). Balik dah lepak, terasa masa tu seolah2 macam bantal n katil memanggil2 aku supaya berbicara dengan mereka,hehe .... (cehhh..padahal diri sendiri yang nak tidur, kesian bantal and katil tu lak yang disalahkan..).

Nilah bangunan YMCA tempat hubby n aku membawa nama North Shore dalam pertandingan futsal and netball

Oklah para tetamu sekelian, berbalik kita pada tajuk yang di atas, aku nak berkongsi satu cerita masa on the way ke YMCA Auckland Ahad lepas @ semalam. Masa tu kat traffic light, suasana dalam kereta Wagon Subaru Legacy yang berenjin turbo (kereta kami ler tu), sunyi dan sepi.. masing duk tengok2 bangunan2 pencakar langit kat Auckland tu... (rindunya aku pada Kuala Lumpur)
Sky City..mengingatkan aku pada KL tower.. (uwaaaaaa :'-( )

Tiba2 dengan begitu suspen dan mempunyai unsur2 thriller sekali si Mizah boleh menjerit dengan nada yang agak tinggi dan mempunyai desibel yang boleh menggugat kesihatan pendengaran pendengar, "Abah! Abah ada orang kat atas tu macam nak jatuh!!! Bangunan tu tinggi!!! Bahayanya abah!!!!".. aku yang duk berangan sedari tadi terkejut sakan ler.. "Jatuh! Kat mana akak?" tanya ibu kepada anaknya.. " Kat atas tu bu..." sambil jari telunjuknya menghala ke arah bangunan yg boleh dikatakan agak tinggi sebelah kami (poyo jer ayat aku ni..hehe)... Masya Allah, nak putus jantung aku tengok mamat yang dimaksudkan oleh anakku tu, aku lak yang gayat tengok dia kat atas tu.. Tengah duk dabdubdabdub jantung ni tiba2 si Hubby boleh gelak sakan.. "Hahahahahaha, laaa tu kan patung jer"...cehhh tertipu kami semua, bengang..bengang...#&^#@&^%$(*%

Nasib baik ko patung.. kalau orang dah lama kena marah ngan aku sebab takde safety protection langsung.. (hehehe.. berani ke aku nak marah Mat Salleh, depa besau2...)


Cuba anda besarkan sikit mata anda itu, perhatikan kat atas bumbung tu.. nampak tak mural kat situ, cantik dan unik.. kan bagus kalau bakat yang ada dibuat begini dari duk conteng dinding dengan tulisan yang ntah apa2 terutama kat dinding sekolah + bilik darjah.. (cikgu tengah marah ni...)

p/s: nak tengok hubby berfutsal and aku bernetball?..... Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr
InsyaAllah esok lusa aku updatekan ye :-)

14 comments:

Unknown said...

salam Nida..
untung anak2 Nida , kecik2 lg dah merantau negara org ..
akak pun berdebar gak mula nya td , ingat betul2 . rupanya cerita patung .he he he tertipu.
jgn lupa wat N3 baru. tunjuk acara sihatkan badan tu yer

Nida n' Hanafi said...

w.salam Kak Ummi

Tulah... saya pun mula2 berdebar + panik tengok mamat tu.. laaa.... tertipu rupanya..hehe

p/s:..hehe.. nak sihat camner kak, mainnya sekejap jer.. tidurnya berganda2.. hehe

Unknown said...

Pengalaman yg baik tu..
Tak mudah naik pergerakan jantung tu nanti bila ada yg saspen lagi..hee

tinta kasturi said...

salam puan..

selalu suka buat saspen ya..
pengalaman yg menarik

p/s : tak try main futsal ke?

Nida n' Hanafi said...

Lanabulu:
Haaa.. betul tu.. bagus untuk blood circulation... hehe

Tinta Kasturi:
w.salam tuan...
sesekali buat suspen.. baru meriah... :-)
Teringin juga main futsal.. tapi dah tualah.. lari pun dah tak kuat lagi dah..hehe.

Nurimo said...

Salam Nida,

Satu pengalaman yang menarik,
kata orang sambil menyelam sambil minum air.

Yang seronok tu anak-anak kelihatan ceria selalu.Masa bersukan cuaca sejuk keluar peluh juga ke....

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Masa ni anak2 memang ceria.. tapi pastu ada lak yg menangis.. nak tahu ceritanya..tungguuuuu..hehe

Main futsal n netball dalam stadium tertutup.. so takdelah rasa sejuk spt di luar..

terokai seni said...

ace amik galah tolong jolok sikit, tak reti bahasa orang khabo jangan memanjat t jatuh, emak jugak yg susah

Nida n' Hanafi said...

hahahaha... buat apa ambil galah... amik meriam buluh jer, kasi tembak itu budak yg tak reti bahasa .. kalau jatuh, doktor ngan tukang gali kubur juga yg susah...

Ummu Mishkah said...

bestnyer main netbal.. ingat kenangan zaman sekolah!

Anonymous said...

budak2 ngan pom2 tu nak g sokong pasukan apa tu ehehhe

Guru said...

assalammualaikum

ingatkan mat salleh nak bunuh diri... rupanya patung ya..

bakhtiarazi said...

Salam...Dah check blom koordinat salur separa bulat, koklea dan juga gegendang? Mana tau ada alignment yang lari dek jeritan sekuat jaclyn victor tu... Hahahaha....

Nida n' Hanafi said...

Ummumishkah:
memang best sebab dapat keluarkan peluh

Nana:
Nanti akak masukkan jawapannya dalm entri terbaru akak ek

a kl citizen:
Tulah... tertipu dibuatnya..hehe

Cik Bakh:
Alignment ok.. maklumlah sini kurang menjerit berbanding kat Malaysia dulu... "Awak tak dengar ke apa cikgu cakap!!!!!!!!!!"..hehe