Akhirnya...Keluar Juga Engkau Wahai Peluh...

Futsal oh futsal... disebabkan olehmu, maka tangan hubbyku telah cedera angkara menepis serangan lawan (maklumlah.. hubby ditugaskan menjaga gawang gol). Nak buat macam mana, itulah dunia sukan, kalau tak cedera memang tak sah.. (ye ke statement aku ni?????). Walaupun cedera tapi semangat kental untuk terus berjuang tidak pernah luntur, malah terus membara hingga ke wisel penamat...chewaahhhh, bahasa kena ada unsur2 semangat patriotik, biarpun kalah..hehe.

Hulubalang-hulubalang North Shore
Sesi pengundian... sempat lagi hubbyku berangan tu

Defender North Shore... (cuba teka kemanakah bola itu akan pergi..kuiz bagi minggu ini)
Gaya seorang pemain MU yang telah pencen.. (ampunnnnnn ya kanda...:-) )
Alaaa..... ciannya, balik ni letak ubat ek, Minyak Geliga Cap Mydin (thanks ye Cik Denang atas minyaknya)

Kes aku pula lagi rumit dan complicated macam kes dalam cerita CSI tu (ayat kena bombastic, hehe), asalnya aku tak berniat nak main netball, sebab menurut pemahaman aku, pertandingan futsal dan netball diadakan secara serentak. So, terfikirlah olehku ketika itu siapalah yang akan memikul tanggungjawab menjaga si Anis, nak harapkan kakak2nya..hmmmmm, harapkan pagar, pagar makan padi.. tau jelah budak2 ni bila dah jumpa kawan2, adik kemana, dia kemana.

Anis bersama dengan muncung itiknya..tengah bad mood masa ni..(walaupun tengah mengamuk... cermin mata hitam tetap tak tinggal..hehe)

Maka alkisahnya aku pun pakailah pakaian yang agak kurang sesuai untuk bersukan, seluar jeans + kasut kulit bertumit (macam pakaian ala2 nak gi shopping). Kira memang takde niat nak main ler... tuptup sampai kat YMCA tu, barulah tau yang permainan diadakan secara bergilir2, futsal dulu, baru netball. Aku ni kalau bab2 bersukan + berpantun + bersajak + yang seangkatan dengannya, memang suka nak join (biarpun tak mahir mana), saja nak happy2. Terima kasih tidak terhingga buat Azlina kerana sudi pinjamkan kasut sukannya padaku (kasut mu itu memang best.. maklumlah made in Malaysia... Malaysia best!!!!!!). Tanpa regangan otot dan practise... aku pun terjunlah ke dunia ke'netball'an.......layaaannnnnn...

Aku (jersi no. 1 )and the gang (team biru) also my enemy (team kuning).... yang bestnya org lain semua pakai seluar sukan.. aku jer vogue pakai seluar jeans..hehe..

Lambatnya ler wisel ni nak berbunyi.. aku dah tak sabar ni nak baling bola.. (kata diriku di dalam hati)
Cuba teka, dimanakah kedudukan bola itu sepatutnya berada? (kuiz untuk minggu depan)
Kita minum dulu... Teh Tarik Satu! Kasi kawwww punya...

Kalau nak tahu, pasukan kami (North Shore) siap ada pasukan pom pom girl lagi, yang bestnya boleh pulak bergaduh2 lagi tu dengan pasukan sorak team lawan, sampai ada yang menangis lagi tu. Tau jer ler budak2 ni, takleh kena ejek sikit, teruslah menangis... pemain2 takde apa2, pompom girl pula yang lebih2..hehe.

Thanks ye Auntie June sebab sudi buat pompom n latih budak2 ni..
Masa ni tengah happy lagi..Go North Shore! Go!
Masa ni tengah mood sedih... (mana taknya, pompom girl North Shore ada tiga orang jer.. pasukan lawan berbelas orang.. mana ler nak menang acara menyorak..hehe)

Alhamdulillah kerana melalui acara sebegini, kami warga MAPSA dapat berkumpul dan terus mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang sudah terjalin. Terima kasih buat penganjur event kali ini... kami memang puas hati..... dan seronok kerana dapat keluarkan peluh.. (maklumlah susah sangat nak keluarkan peluh kat sini, cuaca sejuk sepanjang masa :-).. )

Acara untuk kanak2 lelaki... belajar cara menyepak bola tanpa bola yang betul ke gawang gol..:-)
Pemain netball paling termuda..... Chaiyok..Chaiyok!
Striker terulung abad ini@ anugerah kasut emas (kanan) bersama Presiden MAPSA yang sentiasa ceria (kiri)

19 comments:

Nana said...

wah siap ada pompo girl elok la 5 orang dah mcm spice girl dah heheh

Nida said...

Pompom girl yang belum profesional lagi... tak tahan dugaan dan cabaran..hehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida....best main netball...saya pon dah lama tak main netball. dah 7 tahun tinggalkan arena bersukan nih....badan pun dah makin berisi....

ummi humaira said...

salam Nida...
he he he ,kalu mcm badan akak sekarang ni , tak sampai 5minit dah jatuh pitam kot ... he tak mau la main dah ... tak mampu lagi

Nida masih muda n slim mlim ok le , jeles akak , hui hui hui

Nurimo said...

Salam Nida cepatnya bertukar end3 baru kalau lambat kujungi pasti tertingal berita baru he..he...

Cik abg terseliut ke,ni lah masa nak picit suami.Bila cik abg sakit pastilah kena manjakan.Biasa dalam bersukan ni.

Lain kali jangan main netball pakai kasuk tumit tinggi,nanti jatuh terseliup pula..nasib baik tak jatuh ya,kalau tidak dua-dua tercedera.

Seronok bila bersukan mengeratkan silaturahim.

Nida said...

Alimaz:
Ni pun dah lama tak main netball.. dulu masa kat sekolah jadi guru pembimbing Sofball..:-)

Kak Ummi:
Takpe kak... akak boleh jadi pengurus pasukan.. sebab akak penyayang.. tentu anak buah bersemangat nak main..hehe

p/s: saya pun dah tua lah kak.. dah ada cucu sedara pun..:-)

Nuri:
ni sambungan entri semalam.. saja terlebih rajin hari ni..

Nak picit takde masalah.. cuma takut tersalah picit... kang dari ok terus jadi tak ok, dari urat tu tak sakit mana.. terus sakit melarat.. Maklumlah tukang picit ni 'profesional' sangat..:-)

Jatuh terseliuh ok lagi..boleh ubat@urut, kasut tumit tinggi patah, susah tu nak beli lagi.. budget ciput daaa... Bersukan memang seronok, boleh eratkan ukhuwah.. renggangkan ukhuwah pun boleh juga bila main tak puas hati..hehe

aisyahumaira said...

yeah...

bersukan membantu keluar peluh..

sya lama dh x bersukan kat luar nih..=(

sukan dlm umah je..haha..basuh baju,memasak..ok la kan?

Nida said...

aisya:
Eh..ok sangat tu.... membakar lemak juga tu. Membakar hati pun ada juga, terutama bila anak + suami buat sepah..hehe

Hanafiah said...

Fakta menarik disebalik cerita:

1. Pemenang kasut emas - badan besar dan agak berumur, tp finishing mmg power

2. Anak2 tak biasa tekanan - bila kena ejek terus nagis, tak taulah klu balik Msia nanti mcm mana

3. Tepat masa - sewa start kul 10.00, org yg sewa court sebelum tu automatik berhenti bila sampai masa. Sewa sampai kul 12.00, kitaorg pun terus stop bila cukup masa (tepat masa betul diaorg)

4. Pertama kali pasukan North Shore menang game..heheh (menang satu game, kalah 7 game)

5. Team juara - team Mount, average umur 30-40++, so sapa2 yg makin tua jgn risau... makin tua makin mantap gitu...

Nida said...

Kekanda Hanafiah:
Alamak.. kena tunggu kanda tualah ye baru leh jadi striker terhebat..hehe.. (gurau je ek)

tinta kasturi said...

salam..

tengok gambar-gambar ni
mesti seronok org2 kat sana
seronok yang jauh tu
sampai kat malaysia ni
aura seronok tu terserak melalui
blog ni..
asyik..

(gumbira bila kawan gumbira)

modd said...

Cik Nida dalam pakai jeans dan tak bersedia nak main pun hebat. Kalau bersedia, mesti laaaaagi hebat.

Nida said...

Tinta Kasturi:
Dalam seronok ada gundahnya....hehe.
Bila bersendirian kadangkala melayan perasaan juga.. terutama bila mengenangkan keluarga di sana..

modd@Akma:
hehehe..mana ada hebat... Akma lagi hebat...:-)...

Mama-Danish & Sarah said...

kalau selalu buat aktiviti cenggini, mau selim melim puan nida kita....hehehe....

Nurimo said...

Bila slim melinting nanti balik orang tak kenal..he...he...

menyampuk sikit...

maiyah said...

sronok tgk :)

Nida said...

Mama Danish & Sarah:
Tak buat aktiviti gini pun dah slim.. asyik duk mengemas jer.. tukang sepahnya ramai.. tukang kemas sorang.. :-)

Nurimo:
Takpe tahi lalat di pipi kiriku bukti pengenalan diriku..hehe

maIYAH:
memang seronok..:p

NURUL IZZA said...

maksu: tgk paknep dlm gmbr kedua..haha gelak sorg2..control macho ke apa tuh? haha

Nida said...

Izza:

hehe.... masa tu Pak Nep tengah stretching.. mak Su pun candid ler gambarnya...hehe. Ntah apa2 gaya dibuatnya masa tu..