Mutiara Hatiku (Buat puteri-puteriku)

Sekarang anak-anak masih lagi dalam honeymoon (mana taknya tengah cuti sekolah). Kadang-kadang kesian juga lihat mereka, setiap petang asyik memujuk aku ajak ke playground sekolahnya, aku ni lak malasnya ler nak keluar, bukannya sebab apa, sebab cuaca kat luar tu sejuk bangat...keluar tak sampai 10 minit hidung ni sure dah start berair.

Hari tu anak2 tiba2 terajin yang amat sangat... habis dalam cupboard baju pun dikemas, rupa2nya ada udang disebalik mi (buat2 pelajar2 yg akan menduduki SPM, anda dilarang KERAS menggunakan peribahasa ini)... "Ibu kakak ngan akak Azi dah kemas rumah, nanti petang kita pergi playground ye"......aduhhhhhhh...lemah longlai lutut aku dengar..."Ye lahhhhhhhh " kata ibu kepada anaknya..hehe.

Sambil anak2 duk main bergayut2 kat monkey bar, aku pun duk dalam kesejukan mencipta sajak.. so layannnnnnn

Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu menghilang gelora resah di dada
telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal
bicaramu mendamai perasaan yang hiba

Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.

Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.

-Nida-

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

10 comments:

Unknown said...

Buat anak2 abah...maaf dipohon kerana tidak dapat selalu penuhi permintaan kalian. Almaklumlah kekangan masa dan pulus. Terima kasih sayang kerana memahami situasi kita disini.

Abah dan Ibu akui, cabaran di rantauan ini membuatkan kalian matang sebelum masanya. Moga terus jadi anak2 yang soleha.

mizahazianis said...

We Love You Abah...

Nida n' Hanafi said...

Insya Allah bila tiba saatnya keadaan akan balik spt biasa..yang penting kanda concentrate pada PhD yang perlu dihabiskan...kami semua mendoakan kejayaanmu...aminnnnnn..

p/s: sejak bila ler pulak tukar panggilan jadi 'kanda' ek..hehe. Romantis gitu...(ampunnnnnnn ya hubbyku.....) :-)

miesha said...

salam...hebat niee dalam kesejukan pun sempat mengarang sajak..tahniah..menarik sajak nyer.pandai lak anak2 memujuk ibunyer nak gi ke playground..heheee

tinta kasturi said...

bagus bawak anak beriadah di luar,
untuk perkembangan mental dan fizikal,

pandai juga emaknya manfaatkan masa ya,

sempat bersajak..

hu hu..

sajak yang bagus

:)

tinta kasturi said...

bagus bawak anak beriadah di luar,
untuk perkembangan mental dan fizikal,

pandai juga emaknya manfaatkan masa ya,

sempat bersajak..

hu hu..

sajak yang bagus

:)

Nida n' Hanafi said...

Miesha:

Terima kasih Miesha..anak2 zaman sekarang ni bab pujuk memujuk memang pandai..terutama klu nak sesuatu dari mak n ayahnya..hehe

Nida n' Hanafi said...

Beriadah kat luar tu memang bagus, cuma cuaca selalu tak mengizinkan... belum dapat adapt suhu kat sini kot...

p/s: sajak tu banyak lagi yg perlu dimurnikan

Asiah said...

romantis gitu cikgu nida, hubby dan anak2 kat blog ni... how sweet!! by the time cik piah habis pd, cikgu leh compile sajak (mau 2-3 buku gamaknya)..:)

pakai tebal2 sikit cikgu pegi playground tuh.. cuaca memang sejuk la ni..tak macam spring pun.. take care

Nida n' Hanafi said...

Kak Asiah:

Harap2nya begitulah... takut, satu buku pun belum tentu siap...hehe

p/s: Malam ni hidung mula berair dan gatal..mata pun mula gatal2... asyik bersin dari tadi... Tak sabarnya musim summer....