Bercanda di Pantai Panjang

Pantai Panjang???? hehehe, sebenarnya Pantai Panjang tu merujuk pada salah sebuah pantai yang cantik di sini, Long Bay.

Hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan berkelah bersama2 dengan keluarga Adnan di Pantai Long Bay (formalnya ayat...heheh). Masa tu yang paling seronok anak2 ler, maklumlah puas bergayut kat flying fox di Pantai Long Bay tu...

Dah lama betul aku dan keluarga tak pergi berkelah, maklumlah sebelum ni baru keluar 10 minit hidung dah mula berair. Alhamdulillah sekarang cuaca pun dah mula panas, so bolehlah bawa anak2 bermain puas2 kat tepi pantai...(lepas ni bolehlah aku mandi pantai lak..hehe)

Semalam atas request hubby suruh aku buat pantun mengenai picnic kami di Pantai Long Bay. Perghhh...berpeluh dahi nak memikirkan mcm mana nak kaitkan pantun dengan picnic ni. Jadi untuk memenuhi kehendaknya yang sudah merindui adindanya ini berpantun, so tepat pada pukul 12.50am - 1.20am (waktu NZ) aku bersengkang mata menyiapkan 6 rangkap pantun ni (menguap rasanya ada 20-30 kali..hehe) ...layannnn...

Bersama taulan janji terpateri
Ke Pantai Long Bay tempat tujuan
Ikatan ukhuwah terjalin kini
Moga berkekalan ke akhir zaman


Ramai sungguh datang bertandang
Membawa keluarga berhibur bersama
Biru lautmu cantik dipandang
Desir pantaimu mengalun irama


Indah suasana damai terasa
Bayu menyapa segar dan nyaman
Nilai estetika dijaga sentiasa
Hijau alam dinoda jangan


Berlari si kecil girangnya pasti
Leka bermain sesama rakan
Hilai tawanya penawar hati
Telatah si kecil pengubat rawan


Pantai Long Bay khazanah berharga
Tempat si Undan bebas berterbangan
Lestari birumu kan tetap terjaga
Kehijauan alammu kan tetap diperjuangkan


Dihias flora keindahanmu terserlah
Bunga bermekar berwarna-warni
Membawa keluarga datang berkelah
Mengundang bahagia kehidupan harmoni

Disebabkan mata ni dah terlalu mengantuk, jadi apa yang terlintas sahaja dalam kepala aku ni je ler yang akan tulis tanpa sempat dimurnikan dan disemak semula.... agak2 pelik je bunyinya pantun aku ni jangan gelakkan tau...:-)


Aku dan bunga.....serta kumbang kat celah bunga tu...hehe
Ni itik liar tapi sangat jinak (kat NZ ni banyak itik liar)...aku rasa ler, kalau kat Malaysia ni, tak sempat itik tu nak melangkah ke depan dah kena perambat dah...pastu for sure kena sembelih buat itik panggang...betul tak???? (Itulah antara bezanya attitude masyarakat sini dengan kita)

(Mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan...adiossss)

8 comments:

Unknown said...

salam Nida..
cantik ler bergambar yg kat dlm frame tu . teringin sangat kalu dpt ke sana .. dlm mimpi pun jadilah...
dah lama tak pernah nampak itik ..
tinggal kenangan .

Ummu Ammar said...

Nida..nak try berpantun gak ni..x sedap jgn gelak eh..

Cantik sungguh panorama tercipta
Kuasa Ilahi anugerah terindah
Terdetik hati ingin ke sana
Dalam mimpi pun cukuplah..

Nida ..
Pecah kaca pecah gelas
Lepas baca harap balas..

Nida n' Hanafi said...

W.salam kak ummi

Sini hampir kesemua park ada frame besar... bolehlah abadikan kenangan...

Datanglah sini, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk bertandang... :-)

Nida n' Hanafi said...

Ummu Ammar

Ciptaan Ilahi semuanya indah
cantik dipandang penyejuk sukma
Pantunmu indah tersusun madah
Cukup bermakna renungan bersama

Nurimo said...

hi cantik sungguh pemandangan pantai negeri orang dengan bunga2 indah ,bersih dengan udara yang segar.

Itik yang jinak tu,kalau ditangkap tak lari ke?.Kalau kat sini yang jinak-jinak burung merparti tapi ditangkap lari he...he...

Ain said...

cantiknya pemandangan kat sana ya...

bestnya kalau dapat lepak atas rumput hijau tue...

bakhtiarazi said...

Cikgu Nida: Long Bay tu tak byk anjing ker? Ari tu gi ada gak org bawak bersiar2 anjing. Haaaiiii...sejak kasut Irfan terpijak 'tuuuttt' kat Kell Park dulu, terus jer bersangka buruk park/beach di Auckland ni. Kwang3...

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Lari gak...tapi pastu datang lagi dekat dengan kitaorang..hehe. Tapi itik ni tak ganas, sopan jer, tengok je kami makan.

Mama Danish-Sarah
Rumputnya memang sangat hijau n subur. Meh ler datang sini, pintu rumah ni sentiasa tbuka...

Bakhtiar:
Kat Kell Park tu mmg bayak anjing, saya pun tak suka pergi. Tapi kat Long Bay ni ada kawasan yg dilarang utk bawa anjing...macam tempat kami berkelah ni.. Anjing dibenarkan access bhgn depan je... bhgn rekreasi not allowed.. :-)