Terima Kasih Anak-Anak Ku

Semasa cuti term 3 (penggal ke 3) yang lalu Kakak Mizah ada memberitahu bahawa naik semester ni dia akan dapat gold certificate dalam perhimpunan. Aku macam tak percaya sebab bukan senang nak dapat gold certificate tu, pelajar perlu dapat 5 certificate biasa baru layak dapat gold certificate. Tambahan lagi kelasnya baru 2@3 orang sahaja yg dapat, so macam kurang logik je Mizah dapat kalahkan anak2 mat salleh tu..

Bila cuti semester tamat si Mizah tak sabar2 nak ke sekolah, pastu dia tanya aku n hubby "Ibu, abah taknak tengok akak naik pentas ke?", sini assembly sekolah open, so sapa2 boleh datang. Tapi malangnya aku tak dapat penuhi permintaan anakku tu, sebabnya hari hujan so tak dapatlah aku menapak ke sekolah masa perhimpunan berlangsung dan hubby kena ke Waikato Uni di Hamilton...:-(

Masa aku sedang tunggu anak2 untuk pulang dari sekolah, seperti biasa ler seperti selalunya... "Hah!!!!!!!!, Ibu! Ibu! kan betul kakak cakap, tadi kakak dapat gold certificate"... wah, secara automatik terkembang hidung aku....

Tapi yang tak bestnya si Akak Azi lak merajuk...hmmmmmmm. Dua beradik ni memang selalu berlumba-lumba siapa yang paling banyak dapat sijil... Aduhhhhh, pening kepala aku, siap menangis lagi tu si Akak Azi "Kakak dapat sijil, Akak Azi tak dapat :-( )...puas ler aku memuhasabahkan dirinya... "Insya Allah, nanti turn Akak AZi pulak ye...hari ni turn kakak".

Alhamdulillah, Tuhan maha adil dan mengetahui, tup..tup... minggu depan Akak Azi pulak dapat sijil (Alhamdulillah walaupun bukan gold certificate), dan Alhamdulillah sekali lagi kerana namanya tercatat lagi dalam buletin mingguan sekolahnya.... kali ini hidugku terus mengembang dan nasib baik tidak melepasi tahap kenyal.. kalau tak dah tak boleh balik ke keadaan asal..hehe.

Akak Azi dengan shield yang dia dapat
Anis pun sibuk nak jugak gambar... nak jugak ada shield, tu dia sendiri ambil floss gigi Johnson & Johnson dan buat ala2 shield jugak (guling2 kami ketawa...)

Semoga anak-anakku terus melangkah dalam menuntut ilmu dan mencipta kejayaan dan kejayaan, ibu dan abah sentiasa dan tidak putus mendoakan yang terbaik buat kalian. Melangkah dengan cekal dan tabah, Insya Allah suatu hari nanti piala kemenangan akan kau genggam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan begitulah seterusnya bagi hari-hari mendatang....aminnnnnn :-)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:



8 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

tahniah untuk semua si comel... suka membacanya

Mama-Danish & Sarah said...

salam ziarah...

congrats utk anak nida yg bijak dan comelll...

sejuk perut mama dia mengandung kan...

nak add n follow nida leh ke ni?

aisyahumaira said...

huhu..sonoknya nengok..

musti kak nida bangga giler ^_^
Anak2 y di didik 'menjadi'..

p/s:alahai lmbat lak tggu anakku nan seorg itu masuk skolah tadika..

Nida said...

a kl citizen:
W.salam
Terima kasih.... doakan kami berjaya di sini (b/p: anak2 :-)..)

Mama-Danish&Sarah
Terima kasih... ;)
Silakan..saya dah follow n link blog saudari dalam blog saya

Aisyahumaira
Sabarrrr, hehe..nanti bila dah sekolah sure umminya pening kepala, terutama waktu nak exam... (kat sini takde exam..kurang ler sikit busynya anak2 ni..main memanjang je)

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Tahniah buat anak2 dan mamanya jugak..boleh la kongsi tips nak bagi anak cemerlang..cumanya anak2 saya dua hero yg aktif..jenuh juga nak suruh mereka fokus..

Nurimo said...

assalamualaikum,

Pagi hantar anak sekolah ,tanggahari jemput balik,pasti hati ibubapa gembira anak pandai belajar.

Tahniah untuk simanja ,teruskan memberi dorongan.....jangan lupa mama dia kena beli hadiah banyak2 kat anak tu.....

tinta kasturi said...

salam, buat nida sekeluarga,
yahniah atas kejayaan mendidik anak..

semoga kita sesama berjaya menjadikan keluarga sebagai sekolah terbaik buat anak2, dan ibubpa sebagai guru terunggul untuk mereka..

bakal penerus, pencorak dan peneraju agama, bangsa, negara

Nida said...

Ummu Ammar
Seronoknya ada hero... teringin juga nak hero..hehe, Insya Allah usaha tangga kejayaan :-).

Tips: takde tips yg khusus, budaya belajar di sini mereka lebih appreciate pelajar2... sijil dan hadiah setiap minggu akan pelajar2 yg terpilih dapat... secara tak langsung anak2 termotivasi utk melakukan yg terbaik..

Nurimo:

Abah n ibunya dah belikan hadiah dah, dua pasu pokok strawberry... sorang satu, kena jaga + jirus air.

Tinta Kasturi:

Insya Allah, sama2lah kita berdoa...aminnnn