Hari ni dah masuk 4 hari anak keduaku Nur Hazirah kena chicken pox..kesian tengok dia, hajat di hati besar, nak jalan-jalan, nak pergi sekolah main dengan kawan-kawan..tapi apakan daya, kenalah kuarantin kat rumah jer...ala cian dia..
Tapi ada satu perkara yang buatkan aku sedih sesangat sampai meleleh air mata (aku ni kan pelakon air mata bakal menggantikan Neng Yatimah :-) ), untuk pengetahuan semua, dah hampir 2 minggu kelas Akak Azi (Hazirah ler tu) berlatih untuk buat performance this coming tuesday atas pentas masa assembly. Cikgu siap bagi surat pada parents suh datang bagi support kat anak masing-masing. Aku dah siap plan ngan hubby nak datang untuk rakam Akak Azi nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star n Humpty Dumpty..tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia naik atas pentas kali ni......Kalau nak tahu macam mana boleh buat aku sampai menangis (cengeng gak aku ni kan..hehe), silalah baca dialog di bawah, sila baca dengan intonasi dan nada yang betul...yang penting penghayatan kena mantopppppp (maklumlah bekas ahli Kelab Teater Rimba UKM ler katakan...hehe)

Azi: Ibu... nanti hari Isnin ni Akak Azi nak gi sekolah sebab nak berlatih nyanyi lagi dengan kawan-kawan (ibunya terkedu jap)
Ibu: Takpe...kalau tak dapat naik atas pentas pun takpe, nanti bila-bila boleh naik lagi
Azi: Tapi Akak Azi kena berlatih lagi, teacher suruh...Akak Azi kena diri bahagian belakang, 9 orang kena diri, yang lain kena duduk. (dah nak nangis ibu dia ni:-( )
Ibu: Sayang, nanti ibu dengan abah rakam Akak Azi nyanyi kat rumah pastu ibu masukkan dalam youtube dan blog ibu ye...nanti satu dunia boleh tengok Akak Azi nyanyi, kalau kat sekolah kawan-kawan je yang boleh tengok. (Dah bergenang airmata Akak Azi)
Azi: Akak Azi nak naik pentas, nak nyanyi dengan kawan-kawan..... (Ibu dia pun terus ler melalak bila tengok anaknya mula menangis..uwaaaaaaaa)
Haaaa...itu story pertama, untuk pengetahuan semua, Akak Azi ni memang manja dengan aku...selalu sangat bergaduh dengan Anis sebab berebut nak tidur ngan aku :-)...abah dia jeles jer...hehe. Kat bawah ni pulak story kedua..so bolehlah cerita-cerita yang aku tulis ni dibuat bedtime story pulak kat anak masing2....
Azi: Ibu, Akak Azi sedih sebab tak dapat tidur ngan ibu, abah, Kakak dan Anis. Akak Azi nak peluk ibu....nak cium ibu satu muka..
Ibu: Nanti kalau Akak Azi dah baik, ibu peluk dan cium Akak Azi kuat-kuat ek. Sekarang tak boleh sebab Akak Azi tengah sakit.
Azi: Kenapa Akak Azi tak boleh cium dan peluk semua orang....
Ibu: Sebab kat dalam chicken pox tu ada kuman, kalau Akak Azi peluk semua orang, nanti kuman tu jangkit kat orang.
Azi: :-(
Jadi untuk menunaikan janji aku pada Akak Azi so aku tayangkanlah video nyanyiannya ini (masa ni dia demam sesangat)....siap ada penari latar lagi, sapa lagi kalau bukan Si Anis :-)....
Kami doakan semoga Akak Azi cepat sembuh...aminnnnn
9 comments:
ooo chiken pox ekk..kang 1 rumah jangkit..jaga2...
Kesian anak abah.
Ajip: tulah... terpaksa semua kena berjaga2.
sape lg yg tak penah kena?
anak2 je yg belum kena lg...mak budak dengan bapak budak dah pernah kena...
sabar dalam menghadapi dugaan dariNya.. Masa nie lah kakak Azie nak perhatian.... Cian dia.... bila baik nanti ibu dan abah kena bawak jejalan, kena tido dengan kakak azie, kena peluk dan cium banyak2..... :-)
Kesian dia...tidur pun kena asing... sampai ibu ngan abah dia janji pasni tidur bergilir dengan ibu dan abah...pastu Mizah lak jeles...hehe
hmm.. rasanya confirm akan berjangkit dgn mizah&anis.. actually takpe peluk cium (sbb memang akan berjangkit punya, tak touch pun bole jangkit, sbb kuman tuh senang berebak.. jadi takpe la peluk cium si azie tuh.. kesian dia..
dulu kami sekeluarga kena camtuh la, abg mie pemulanya, quarantine habis pun jangkit gak, lepas 2 minggu ashraf dan humaira kena. tuh yg danial lahir masa akak kena c.pox gak tak lama pastuh. danial seusia 2 minggu pun kena gak, lagi lak dok spital 6 hari..
tapi baik depa kena kecik2 nih, da tua lagi bahaya...
Alhamdulillah hari ni nampak rash tu dah mula kering...
Dulu saya kena masa mengandungkan Hazirah, teruk juga masa tu sebab baru 2 bulan...risau juga keadaan baby..
Antibodi ni takleh tahan lama, lebih kurang 10 tahun je, kemungkinan nak kena dua kali atau lebih tu ada...bahaya juga ye.
kak ida..apa yg azi cakap kat last2 dia nyanyi tu..sepatah haram pun tak faham..either dia berbahasa inggeris tapi pelat or dia berbahasa selain inggeris...masa miza introduce awal2 tu faham jugak ayatnye..hahahha...
Post a Comment