Ketua penanggah telah bertukar, terima kasih kami ucapkan pada Tok Penghulu Azwan dan Mak Penghulu Liza (orang kuat yang merealisasikan trip kali ni). Perjalanan kami melalui jalan yang berbeza dengan jalan masa pergi...sebab apa? Sebab kami nak singgah ke Taupo Lake (terbesar di dunia akibat dari letupan gunung berapi kira-kira 5 ribu tahun dahulu) dan bandar Hamilton.
Setibanya kami di tasik itu, pemandangan sangat cantik, sayup mata memandang...pada asalnya kami ingin berhenti makan di sini, tapi disebabkan hujan hajat kami terpaksa dibatalkan..tapi hajat bergambar tak pernah batal (sempat lagi tu)..hehe
Kami berhenti di Tokoroa setelah 4 jam lebih perjalanan,masa tu rasa nak tercabut pinggang ni..lenguh (maklumlah dah lama tak travel jauh2 ni).. Setelah selesai solat jamak Zuhur dan Asar, kemudian kami makan (dah jadi makan malam pulak sebab tghari tak sempat makan tadi)...pada awalnya kami bercadang nak teruskan perjalanan tapi disebabkan waktu Maghrib pun dah nak masuk, so kami pun tunggulah untuk jamak Maghrib dan Isyak...Setelah selesai solat, kami pun teruskan perjalanan untuk pulang....hari dah semakin gelap (kat sini pukul 5 lebih dah masuk Maghrib dan pukul 6 lebih dah masuk Isyak)...dan akhirnya pada pukul 9.20pm kami pun sampai ke rumah kami... Badan mula terasa letih, sehari suntuk kami dalam perjalanan... Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Azwan Azmi dan isterinya Norliza kerana mengatur trip ini...juga kepada insan2 yang turut sama menjadikan percutian kali ini sebagai realiti (cehhh...ayat macam menang award jer..hehe)
7 comments:
mesti akan jadi antara pengalam indah kan! :)
Pastinya pengalaman yang indah dan tidak akan dilupakan. Sungguh seronok dapat menghayati keindahan ciptaan Tuhan...
Umpama mimpi dalam mimpi.....2x......Haaa... mesti dulu masa sekolah ada cite2 nak g oversea..main salji....mmmm...sekarang mimpi dan impian tu dah jadik kenyataan....Syukurlah....Cuma As ni... masih lagi berangan2....(entah bile kesampaian..he he he..)
As...senang je tu..suh Yu blajaq rajin2..takpun As je lah blajaq rajin2... tak pun kumpul duit banyak2, jom datang sini..hehe
boleh gakz.. as blaja rajin2 .. yu amek cuti ikut isteri huhuhhuhu
bestnyer trip nie.. nampak adventure
best...tapi bak kata pepatah, hujan air negeri sendiri, hujan salji negeri orang..baik lagi negeri sendiri...sebab hujan salji ssseeeejuuukkkk
Post a Comment