Triodrama Buatan Nur Hamizah

Apa yang aku perasan anak2 ku ni mempunyai kelebihan masing-masing, kalau anak pertamaku (Mizah) dia suka melukis, mewarna dan berpuisi, mungkin ada gabungan minat suamiku + minat aku. Mizah pun pernah kata kawan2 dia selalu puji lukisannya, cikgu kelasnya pun pernah cakap yg Mizah punya lukisan dan warna sangat cantik....(klu aku...hmmm...lukis gambar orang lidi je ler yg aku expert)Kalau anak keduaku dia memang selalu akan buat kami terkejut...mana taknya tak pernah nampak pun dia rajin macam akaknya tapi bila hari pelaporan kat tadika atau sekolah kat sini cikgu selalu puji dia cakap dia antara yang terpandai dalam kelas..itulah Azi, dulu masa Tadika aku masih ingat cikgu pernah umumkan nama dia dalam satu majlis bagitahu yang Hazirah antara contoh pelajar yang dah boleh baca buku Bacalah Anakku sampai buku 8. Di sini pulak dia dapat jawab soalan exam dengan baik (malah ada anak Mat Salleh yang dapat 0) dan cikgunya pun kagum dengan Akak Azi, sehingga dia dapat pindah kelas ke kelas yang lebih baik...Anak ketigaku ni memang sangat penyayang, kalau akak2 dia dulu tak pandai main Teddy Bear ni, tapi si Anis ni siap dodoikan Teddy Bear dia suh tido... puas benar dah teddy bear tu kena cium ngn Anis, aku selalu nyakat dia buat pura nangis...sebab nanti puaslah satu muka kena cium...siap peluk2 lagi..hehe.... mungkin dia masih terlalu kecil untuk aku nilai kelebihan yang Anis ada...so tunggulah besar sikit nanti, tengok dia minat buat apa.
Kat sini aku nak tunjuk hasil kerja yang Mizah buat....Triodrama Little Mermaid

Aik sejak bila lak Anis masuk dalam ni (Aniskan ngaku dia jadi Ittle Memed)

9 comments:

muqayankabut said...

Maksu,

Dalam dok citer pasal anak dari pertama sampai bongsu, kene bagi tau Paknep bila nak citer anak keempat?

hehe,mana tau..

Unknown said...

Anak ke empat!!!! tunggguuuuuu....

Nida n' Hanafi said...

Haa....dengar tu Muqay... Boss dah kata tungguuuuuuu....kenalah ikut arahan bosss

muqayankabut said...

haha, tunggu pun kene ada due date jgk, haha

Asmida said...

Tahniah kakak Mizah, Azie dan Anis kerana kalian mempunyai bakat masing2 yang Allah kurniakan.... Apalagi....dah tahu bakat masing2 kan????....So, kalau tak pecahkan ruyung, masa kan dapat sagunya....

Nida n' Hanafi said...

tulah pasal.... bila Mak Su tanya Anis nak baby tak...dia akan jawab .. NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!! hehe

Nida n' Hanafi said...

Asmida... Cayalah adik iparku, sudah pandai ber pepatah lah..hehe..
takpe As, nnt Along pecahkan pakai tukul besi ek...ok tak idea tu?

muqayankabut said...

Salam Maksu,

Mana lebih penting nak jaga hati anak ker atau nak jaga hati suami?

Anis kata nak ais krim tapi ayahnya tak bagi...konfius..

Nida n' Hanafi said...

Muqay
Sebab tu rumah ni banyak koleksi Teddy Bear...buat pujuk Anis + latih dia..senang klu ada baby nnt (entah bila)... Mak Su dah ada pembantu :-)