Suka dan Duka Kehidupan...

Part Gembira

Semalam aku dapat satu emel dari rakanku di SMK Pandan, Kuantan....risau juga bila beliau menyuruh aku untuk menelefonnya kerana menurutnya beliau risau tentang diriku di sini...aku pun apalagi terus mencapai telefon....pastu rakanku itu pun berkata "ni pengetua nak bercakap"...ketor jap lutut aku bila dengar pengetua nak cakap dengan aku...."haa, Hasnidar tahniah ye ****************".......... Alhamdulillah ... (syukur padamu ya Allah atas limpah rezeki yang kau kurniakan padaku, semoga aku akan terus menjadi guru yang terus cemerlang demi mendidik anak bangsa tercinta...

Part Sedih

Sejak dua, tiga hari yang lepas...aku asyik terbayang muka Cik Bob jer (panggilan untuk tauke kantin sekolahku dulu), aku masih ingat lagi, Ogos tahun lepas, beberapa hari sebelum menyambut Ramadan, Cik Bob dengan beberapa orang pelajar sekolahku ada membetulkan bumbung yang telah bocor di corridor....entah macam mana bumbung tu reput, dan Cik Bob telah jatuh...pada mulanya seolah-olah tidak ada perkara yang serius berlaku, malah Cik Bob boleh berjalan dan bercakap, tapi disebabkan kecederaan tu berlaku di kepala maka Cik Bob dibawa ke hospital....rupa2nya ada darah beku di kepalanya....selepas darah beku itu dikeluarkan , Cik Bob mula koma, hampir setahun terlantar...aku kesian melihat anak2nya yang masih bersekolah ketika itu, nasib baik Kak Ti (isteri Cik Bob) seorang yang tabah....

Entah macam mana semalam aku boleh menelefon rakanku yang belum pernah aku call semenjak aku merantau ke sini, tujuannya semata-mata nak tanya mengenai Cik Bob..."Nida kau tak tahu ke? Cik Bob dah meninggal dunia semalam"....ya Allah, mungkinkah sebab itu aku asyik teringatkannya sahaja sejak kebelakangan ini......semoga Shikin (anak sulong Cik Bob yang pernah ku ajar) dan adik-adiknya tabah menerima dugaan ini, buat yang terbaik SPM tahun ini, cikgu doakan....buat KakTi ku ucapkan takziah, ku tahu Kak Ti seorang yang sangat tabah... semoga akan ada cahaya yang menyuluh dalam perjalanan hidupmu....sehingga sekarang ku masih terbayang keramahan Cik Bob dan keluarganya pada kami guru-guru SMK Pandan... Al-Fatihah buatmu..........semoga damai di sana..

Part Yang Menyentuh Perasaan.

Aku tak tahu hendak mulakan bagaimana....terlalu menyentuh perasaan, minggu lepas kami dikhabarkan oleh anak saudara suamiku bahawa mak mertuaku kurang sihat...semalam Alhamdulillah setelah beberapa kali mendail, akhirnya dapat juga suamiku bercakap dengan mak mertuaku..tapi kali ni tidak seperti selalunya, mak mertuaku seakan-akan mengelak untuk bercakap lebih lama, dari suaranya kami tahu beliau masih belum sihat sepenuhnya, hatiku sayu bila mendengar tutur katanya yang lemah....menurut kakak iparku, mak mertuaku diserang minor stroke...Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan kepada ibu dan ibu mertuaku...aminnnn...ku lihat suamiku termenung, airmata jernih mula membasahi pipinya, sayu ku lihat, seharian suamiku kelihatan sugul, matanya merah sentiasa.....

5 comments:

jeep said...

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Nida n' Hanafi said...

Semoga kita berjaya sampai ke hujungnya... andai kita terjatuh...semoga kita terus kuat bangkit dan terus meniti

Unknown said...

Hidup hanya sekali, buatlah sebaik mungkin untuk diri kita dan sesiapa sahaja bagi kebaikkan kita di dunia dan akhirat.

Bro Adnan said...
This comment has been removed by the author.
Bro Adnan said...

(I expect to pass through this world but once. any good I can do, or any kindness that I can show, let me do now, for I shall not pass this way again)

Cheers
:))