Di Suatu Tempat Di Atas Bukit

Masa duduk kat Malaysia, aku selalu tengok ruangan Salam Dari Perantauan dalam surat khabar (masa tu merangkap berangan sekali ler kiranya..hehe kantoi bocor rahsia), ada suatu hari tu suamiku pun bawalah satu keratan akhbar ni.. "Ni lah muka Abang Suhaimie sekeluarga", aku pun apalagi seronok bukan main ler sebab selalu dengar nama Abang Suhaimie ni, tapi tak tau macam mana rupa orangnya...first time aku tengok gambar tu, apa yang terlintas kat fikiran aku ialah.........."Cantiknya pemandangan latarbelakang gambar ni", hijau je nampak....wah, masa tu rasa tak sabarnya nak gi New Zealand :-)...

Entah macam mana, impian aku leh jadi kenyataan, pada suatu hari (macam cerita kanak-kanak ler pulak), adalah seorang rakan kami kat sini ajak kami ke satu tempat ni...bila aku sampai je tempat tu, aku rasa macam pernah tengok je tempat ni, tapi dimana ye?....tapi lupa nak bagitahu (maklumlah dah tua, tu yang asyik lupa je tu), sebelum aku naik ke bukit ni. kami singgah le dulu kat playground kat Devonport ni (berapa banyak kat daaa)..so layan jelah ye gambar-gambar ni ye.....

Nampak cuaca macam panas..tapi Masya Allah punya ler sejuk..
(ni nama dia posing shy-shy cat..hehe)

Setelah dah penat bermain budak2 ni, kami pun teruskanlah perjalanan (macam jauh jer bunyinya kan?)...masa naik Mt. Victoria tu, teringat lak kat Genting Highland, uwaaaaa rindunya kat Malaysia...tapi Genting lagi tinggi lah.

Hai...cari ilham nak buat sajak ker (macam perli diri sendiri jer..kuang3x)
Kepadatan dalam kehijauan dan kebiruan (apa punya bahasa ler ni,pening daaa)
Fuyoooo...Anis macam Cristiano Ronaldo Jr. ler... (konpius jap, bolanya mana pergi ek :-/)

Tengah kami sibuk2 berkemas nak balik, tetiba hujan turun ler pulak (nasib baik renyai2 jer, kalau tak mahu lencun dibuatnya). Tapi disebabkan sesi berposing belum tamat lagi, hujan pun hujan ler..lantaq pi lah (kata orang Kedah [Azwan betul tak tatabahasa ni ek?])
Berlatarbelakangkan pemandangan Auckland City

8 comments:

muqayankabut said...

Mak Su,

Bertambal lagi peminat MU di NZ. Anis minta abah beli baju MU fan club yer.

Nida n' Hanafi said...

hehe...

Minat Spain bukan MU..hehe...
Beli baju Spain...

Baju Barca ok gak... :-)

Asmida said...

wah.. cantik sungguh pemandangan kat NZ yerk....tengok mcm bersihhh dan segarrr.....
Kak Mizah dan Kak Azie lompat jangan tinggi2 tau... awam tu dah dekat jer atas kepala tu...baik2...

Nida n' Hanafi said...

Takpe nanti kalau Mak Ngah n Pak Ngah datang sini, Mizah n Azi bawak pi jalan2 ek...

Lompat si katak lompat, lompat tinggi..tinggi....hehe

Azwan said...

cantik tmpt tue..

Nida n' Hanafi said...

Tapi kata pepatah hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri..

(tapi sebelum tu kutip dlu emas tu, gadai, pastu baru balik negeri sendiri)

Unknown said...

haaa betul tuh ..nanti blik mesia dah kaya ray sebab dapt kutip emas tuh bawak kat mesia huhhhuuh

Nida n' Hanafi said...

nanti along bawakkanlah sebakul utk sedara mara..hehe