Mahal vs Murah

Mahal..mahal..mahal.. murah...maksudnya banyak mahal dari murah.. (depends on stuff gak).. Semalam aku ke pak n save belanja barang dapur. Kononnya hari ni nak masak Nasi Ayam. Aku pun gi lah kat bahagian sayur-sayur..mak oiiiiiiiiiiii!!!!! Cili banyak tu je dah $5.99 atau RM12. Nak buat macam mana, ambil jelah.. Pastu nak cari salad...mak datuk.!!!!!!!!!!!!murah ler pulak..$1.49 atau RM3 je sebanyak tu.

7 batang=RM12
Banyaknya... boleh buat kenduri tu...
Buah lak kalau epal, kiwi, anggur, strawberry memanglah murah kalau nak compare dengan Malaysia..tapi kalau nenas, mangga, honeydew, semangka (bahasa orang Johor), betik memanglah bapak mahalnya (bahasa orang Pahang lak)..berganda2 dengan harga kalau kat Malaysia. Rumah aku ni kalau kiwi, anggur boleh dikatakan tak pernah putus, tapi kalau mangga tu (RM14 SEBIJI), kirim salam jelah...Kat sini kalau teringin sangat nak makan nenas kenalah tunggu buah tu dikategorikan sebagai reject, munasabah ler sikit harganya masa tu(ada sesapa nak tolong poskan dari Malaysia tak? ;-) ).
Buah reject = RM4Masa aku beli kiwi ni sekilo=RM0.20 (atau senang kata 20 sen jer)
Beginilah hidup merantau, ada pro and contras...nak tak nak kenalah harungi..(teringat lak harung ikan kat lopak...mmmm, ada kaitan dengan tajuk perbincangan ke ek?) . Aritu anak2 ku dah bising, lama tak makan burger, jadi dengan menggunakan kekreatifan aku yang memang dah lama kreatif ni (masuk bakul angkat sendiri nampak..hehe), potonglah daging lembu tu sebesar saiz daging burger.. pastu apalagi perapkanlah dengan pelbagai rempah agar adalah rasa2 macam daging burger, nak buat lagi sedap, bikin special punya, balut lak dengan telur..perghhhhhh sedap bangat!

5 comments:

Asmida said...

he he heh ... special punye beger dari NZ tuh!...jangan lupa balik sini buat eh nak rasa beger pesyen baru!....Lada tuh... nanti bolehlah kami bawak satu beg besau kalau kami kesana...(lepas ker??..).. coz Yu kat sini tengah buat projek tanam lada besar, cili, dan bendi...adalah dalam 30-40 pokok.....besttt....

muqayankabut said...

Maksu,

Sekarang kat perlis musim harum manis, nak ker? jika nak saya nak emailkan.

hehe.

Nida n' Hanafi said...

Asmida....
Amboi petani berjaya nampak adikku itu..., wah..nak ke sini ek..bagus2, tapi macam tak lepas jer lada tu.. :-(

Muqay......
uwaaaaaaaaaaaaa....sedapnya harum manis...saja je ek nak suh Mak Su meleleh air liur...

jeep said...

da try cari sayur kat sunnynook fruit n vege?murah2 gak kat situ..try le...

Nida n' Hanafi said...

tq atas maklumat merangkap khidmat pelanggan :-)