Salam Perjuangan

cuba teka mana aku...

Semalam dapat emel dari salah seorang rakan guru di SMK Pandan...teringat pula pada rakan-rakan di sana... Jatuh bangun , gembira sedih dikongsi bersama...memori dengan kalian terus bermain-main diingatan..(tiba2 jiwang lak, hehe). Aku pun apalagi, bukalah gambar kawan2 yg aku save kat komputer ni, terpandanglah pulak gambar yang buat aku senyum sendiri...rindu betul aku kat kawan-kawan di sana..

Gambar di atas semasa Majlis Jamuan Akhir Tahun 2008 di Swiss Garden, seronoknya masa tu, maklumlah aku yang kawal suasana (jadi mc le katakan hehe)
...siap ada twiss dari kumpulan Pandan Sitara lagi...(aku, Ju, Ati dan Azzi.)..ada sketsa temuduga guru... itulah jamuan yang paling happening aku rasa, sebab jamuan akhir tahun last aku di SMK Pandan..tema pada tahun itu ialah hitam dan merah...2 tahun sebelum tu glitters, 3 tahun sebelum tu purple, 4 tahun sebelum tu pink...pasni ntah apa lak ye...
Inilah kumpulan Pandan Sitara..aku, Ati (tengah) dan Azzi (3 dari 4 anggota)

Antara akak-akak (ramai lagi) yang banyak membantu aku..

Seronoknya bersama kalian..thanks for the pleasant memories

12 comments:

Asmida said...

wah.. cun betullah cikgu nie..lepas nie leh buat album jadik penyanyi atau pelakon... (nak tanya, yang dok sebelah kanan k.long gambo bwh nie siapa yek nama dia?..)Mcm familiar jer.. just nak tau...

Nida n' Hanafi said...

Nama dia Cikgu Rozi, dia pun ambil OUM dulu, maybe sama dgn As kot course dia.

syuhada said...

haha...
glemer la sume ckgu pandan pasni...
ckgu azziyati ngn ckgu azriati pn tmpng glemer jgk...
heheheh...

Nida n' Hanafi said...

hehe....dah lama glamer..awak je tak tahu..

Asmida said...

o..ic..tq 4 the information... balik nanti jangan lupa untuk menurunkan bakat MC, menyanyi dll pada orang kat sini....especially to my sons..... he eh he....

Nida n' Hanafi said...

hehehe....jauh tu..kuantan n jb...mc bolehlah, kalau menyanyi..hehe takut ribut taufan nanti melanda..

fairullah_apai said...

uikk pandan sitara macam nama kumpulan orang buta dalam citer p-ramlee tu huhuhuhu

Nida n' Hanafi said...

lebih kurang ler...cuma kumpulan ni celik...hehe

Azwan said...

semua warna merah... senja nan merah, aku semut merah, merah sangatlah mak long... muka awak merah... semua merah..

Nida n' Hanafi said...

merah membara semangat waja...

Asmida said...

.........................,
putihmu bersih budi pekerti,
kuning berdaulat, payung negara,
biru perpadauan kami semua......

Nida n' Hanafi said...

betul...betul...betul... :-)