Jangan Lupakan Daku....

Salam buat semua,

Masa aku kecik2 dulu, aku tengok susah betul kaum keluarga aku yang dah berkeluarga balik berkumpul. Alasan yang selalu diberikan ialah anak-anak sekolah. Apa yang aku fikir pulak...kan hujung minggu, mana pergi sekolah.

Bila dah anak-anak dah besar ni, barulah terasa pekara ni. Hari Sabtu ni (esok) akak cik hubby buat majlis kahwin anak dia. Tapi malam ni anak-anak ada tuition, Sabtu pagi pulak si Akak Mizah ada training softball. Hari Ahad petang nanti Akak Azi ada training taekwondo. Nak korbankan semua sayang pulak. Nak buat macam...dah genetik aku dan suami memang suka aktiviti kokurikulum sejak dahulu, disamping pencapaian akademik turut kami tekankan.

So, apa yang boleh dibuat ialah... sejurus lepas subuh esok, terus bertolak dari Kuantan ke Bandar Baru Uda untuk majlis perkahwinan. Lepas tu terus ke kampung di Masai. Jadi training Softball Akak Mizah terpaksa dikorbankan. Ahad pagi bergesa balik ke sini untuk kejar training taekwondo Akak Azi. Cik hubby pun terpaksa lupakan hasrat dia untuk memburu milky way di Bukit Panorama hari esok. Tapi dia ada bunyi nak shoot sunset di Launa Seri Alam....

Walau sibuk macam mana pun, hubungan kekeluargaan perlu tetap dikekalkan. Jangan nanti bila kita dah tua... semua keluarga lupakan kita pulak nanti.


The Forgotten Brownie,

Kamera keluaran Kodak antara tahun 1940-1942.
Salah satu kamera lama yang tidak dilupakan. Antara koleksi kamera antik kami yang pertama.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Aku Seekor Burung

Salam buat semua,

Sempena mood peperiksaan anak-anak, mari kita buat karangan bergambar dengan tajuk "Aku Seekor Burung"....


Aku dilahirkan sebagai burung. Sayap adalah anugerah Allah padaku yang membolehkan aku terbang bebas di udara menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan. Keistimewaan aku ini kadang kala membuatkan manusia cemburu. Sebab aku pernah terdengar mereka bermadah yang mereka juga ingin bebas seperti burung.
Mengapa mesti mereka cemburu. Tahukah mereka bahawa burung juga menjalani kehidupan biasa seperti manusia. Kami juga ada masalah. Pabila kami terbang, kami juga perlu patuh pada undang-undang. Opsss stop cerita kejap… kena baca sign board, oooo…one way, nasib baik tak masuk kalau tak, sure kena saman nanti… :)
Bila penat terbang, kami akan berhenti di kawasan R&R atau mana-mana tempat yang sesuai. Satu masalah yang sering aku alami ialah apabila nak mendarat, aku perlu pastikan laluan tu clear. Haaaa tengok ni, tak senonoh betul ayam ni… melepas hajat bersepah-sepah. 
Alamak stop cerita lagi, ada awek baik punya…... pewit3x. Hampeh… tak layan.… Ptuiiiii.
Oklah aku nak fly dulu, ada awek pun bukan nak layan… Up..up & the way… Opsss… freeze kejap, ada awek nak amek gambar aku. “Akak nanti up kat FB ye” 

Sekian karangan dari aku... buat anak murid yang membaca, jangan ikut gaya karangan ini. Kalau ikut jugak...cikgu tak bertanggungjawab atas gred yang akan anda perolehi nanti.


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut


Semoga Berjaya Puteri-Puteriku

Salam buat semua,

Hari ini bermulalah peperiksaan di sekolah puteri-puteriku. Zaman mereka enjoy "belajar dalam bermain" semasa di NZ telah berlalu pergi. Kini mereka perlu berhadapan dengan zaman penilaian prestasi berdasarkan helian-helaian kertas.

Akak Mizah telah membuktikan dia mampu bersaing semasa di perantauan. Samada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Disebabkan beliau sempat bersekolah di Malaysia sebelum merantau ke NZ, proses untuk catch-up agak mudah. Asas Bahasa Melayu masih ada dan ianya begitu membantu.



Akak Azi juga menunjukan kemampuan bersaing dengan rakan-rakannya di NZ dahulu. Tapi disebabkan tiada asas langsung dengan Bahasa Melayu, cabaran untuknya kini memang perit. Ketika ke NZ umurnya 6 tahun dan sejak itu, Bahasa Inggris adalah bahasa hariannya. 




Untuk Anis pula, kini dia terpaksa meninggalkan percakapan English hampir 100% bagi membolehkan dia memahami Bahasa Melayu. Disebabkan dia baru darjah satu, aku dapat rasakan dia mampu bersaing. 



Ibu dan abah doakan moga kalian semua berjaya harungi cabaran peperiksaan ini. Usahalah yang terbaik, selebihnya kita sama-sama berdoa kepada Allah. Amin....

Pasti Luarbiasa Hidupnya....

Salam buat semua,

Panas betul hari ni di bumi Kuantan. Nak update blog pun tak datang idea. So, hari ni aku share gambar yang pernah dirakam satu ketika dahulu.... layannnnnnnn



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Revisit: Di Mana Ada Orang Berhimpun, Di Situ Ada Pantun Di Lantun

Salam buat semua,

Satu ketika dahulu, semasa dirantauan pernah ku coretkan tentang kisah penglibatan aku dengan dunia pantun sewaktu sewaktu bertugas di sekolah lama ku. Kalau rajin... jemput ler baca semula kisah tersebut (gambar kat entri tu hilang pulak, nanti akan update semula)

Itu kisah sekitar 4 tahun yang lepas. Kemudiannya, sepanjang di NZ, memang aku tiada peluang untuk berpantun (ada pulak nanti mat salleh cakap aku ni gila...hehe). Namun begitu, ketika Pak Ngah Hamzah anjurkan kontest berpantun, aku tidak melepaskan peluang untuk menyertai. Alhamdulilah walaupun agak berkarat, menang jugak aku kontest tersebut. Klik sini kalau nak layan aku berpantun dengan gaya poyo...hehehe.

Nota tengah: tajuk entri ni dipetik semula dari entri semasa memasuki kontest berpantun anjuran Pak Ngah Hamzah.

OK, cukup tentang kisah silam...

Kisah terkini aku dan dunia pantun ialah tiga hari lepas. Alhamdulilah, kenangan manis sekali lagi. Pasukan bimbingan aku di sekolah tempat aku bertugas kini telah berjaya menjadi johan pertandingan pantun peringkat daerah Kuantan. Walaupun tekanan cukup hebat dapat dirasai semasa melatih para pemantun, namun, berkat kesungguhan pelajar segalanya cabaran dapat diharungi.

Apa yang menarik ialah pasukan yang dikalahkan ialah juara bertahan untuk bertahun-tahun lamanya. Apa yang kurang menarik ialah.... juara bertahan tersebut adalah sekolah lama aku, yang mana akulah menjadi perintis pantun di sekolah tersebut. Kini, legasi lama yang ditinggalkan disekolah lama tinggal kenangan, dan aku mengharapkan legasi baru di sekolah ku kini akan dapat dipertahankan.

Insya Allah kami akan ke peringkat negeri yang akan dilangsungkan di Temerloh. Kena makan ikan patin ler nanti... yum2. Doakan kejayaan kami....caiyok...caiyok...

Syabas anak muridku...

Syabas buat semua. Anda telah buktikan anda yang terbaik dalam pertandingan tersebut. Walaupun ianya sekadar pertandingan pantun, moga ianya juga membantu menajamkan pemikiran anda semua dalam pelajaran.

Akhir sekali.... aku sering terfikir, adakah anak-anak ibu akan mengikut jejak langkah ku ini? Entahlah.. apa-apa pun, jom layan Akak Mizah bersajak ketika usianya lapan tahun...



Sekian.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut