Jangan Lupakan Daku....

Salam buat semua,

Masa aku kecik2 dulu, aku tengok susah betul kaum keluarga aku yang dah berkeluarga balik berkumpul. Alasan yang selalu diberikan ialah anak-anak sekolah. Apa yang aku fikir pulak...kan hujung minggu, mana pergi sekolah.

Bila dah anak-anak dah besar ni, barulah terasa pekara ni. Hari Sabtu ni (esok) akak cik hubby buat majlis kahwin anak dia. Tapi malam ni anak-anak ada tuition, Sabtu pagi pulak si Akak Mizah ada training softball. Hari Ahad petang nanti Akak Azi ada training taekwondo. Nak korbankan semua sayang pulak. Nak buat macam...dah genetik aku dan suami memang suka aktiviti kokurikulum sejak dahulu, disamping pencapaian akademik turut kami tekankan.

So, apa yang boleh dibuat ialah... sejurus lepas subuh esok, terus bertolak dari Kuantan ke Bandar Baru Uda untuk majlis perkahwinan. Lepas tu terus ke kampung di Masai. Jadi training Softball Akak Mizah terpaksa dikorbankan. Ahad pagi bergesa balik ke sini untuk kejar training taekwondo Akak Azi. Cik hubby pun terpaksa lupakan hasrat dia untuk memburu milky way di Bukit Panorama hari esok. Tapi dia ada bunyi nak shoot sunset di Launa Seri Alam....

Walau sibuk macam mana pun, hubungan kekeluargaan perlu tetap dikekalkan. Jangan nanti bila kita dah tua... semua keluarga lupakan kita pulak nanti.


The Forgotten Brownie,

Kamera keluaran Kodak antara tahun 1940-1942.
Salah satu kamera lama yang tidak dilupakan. Antara koleksi kamera antik kami yang pertama.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

6 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Nida,

Kita ni memang kalau ikutkan sibuk memang tak kemanalah kan. Tapi tulah kata orang selit2 jugalah di mana boleh, Saudara mara mustahak juga dalam hidup kia. Tak mahu ada yang berkecik hati kerana kita.

Nida n' Hanafi said...

Salam kembali... memang betul sangat. Pandai2 ler kita menyelit mcm mana sibuk pun.

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

anak belum sekolah. hihihi.. :)

tenku butang said...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Jemarisuri said...

insyaallah..
ia akan kekal dlm ingatan...

Irfa said...

betul tu ..semua sibuk ngn urusan masing2
nak jumpa sedara mara setahun sekali pun susah
kalau jumpa pun masa kenduri..itu pun kalau dtg
kalau tak..mgkin ada kematian baru jumpa
dah terlambat