Semoga Berjaya Puteri-Puteriku

Salam buat semua,

Hari ini bermulalah peperiksaan di sekolah puteri-puteriku. Zaman mereka enjoy "belajar dalam bermain" semasa di NZ telah berlalu pergi. Kini mereka perlu berhadapan dengan zaman penilaian prestasi berdasarkan helian-helaian kertas.

Akak Mizah telah membuktikan dia mampu bersaing semasa di perantauan. Samada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Disebabkan beliau sempat bersekolah di Malaysia sebelum merantau ke NZ, proses untuk catch-up agak mudah. Asas Bahasa Melayu masih ada dan ianya begitu membantu.



Akak Azi juga menunjukan kemampuan bersaing dengan rakan-rakannya di NZ dahulu. Tapi disebabkan tiada asas langsung dengan Bahasa Melayu, cabaran untuknya kini memang perit. Ketika ke NZ umurnya 6 tahun dan sejak itu, Bahasa Inggris adalah bahasa hariannya. 




Untuk Anis pula, kini dia terpaksa meninggalkan percakapan English hampir 100% bagi membolehkan dia memahami Bahasa Melayu. Disebabkan dia baru darjah satu, aku dapat rasakan dia mampu bersaing. 



Ibu dan abah doakan moga kalian semua berjaya harungi cabaran peperiksaan ini. Usahalah yang terbaik, selebihnya kita sama-sama berdoa kepada Allah. Amin....

7 comments:

haslizalizz said...

cantik gambar kat sini...
akak micantik..
good luck yer Akak Mizah akak azie n anis..

Ena said...

mcm biasa.. gambar kat sini memg sentiasa cantik.. tak jemu mata memandang..


anak2 semua tengah exam kan skrg.. seronoknya ada anak2 yg pandai berbahasa omputeh.. ehheh.. kalau dekat2 ni blh anta anak2 ena tuiton kat umah akak kan.. hihihi

Jemarisuri said...

gud luck buat puteri2 sis..

Nida n' Hanafi said...

anak2 cakap....thanks auntie :)

Nida n' Hanafi said...

bahasa tu kalau tak diasah selalu jawabnya berkarat jugak macam mak diaorg ni...hehehe

Nida n' Hanafi said...

thanks jugakk

rostina76 said...

salam nida....lama ros tak mengikuti pkembangan u all since blk malaya. btw good luck utk u girls