Revisit: Di Mana Ada Orang Berhimpun, Di Situ Ada Pantun Di Lantun

Salam buat semua,

Satu ketika dahulu, semasa dirantauan pernah ku coretkan tentang kisah penglibatan aku dengan dunia pantun sewaktu sewaktu bertugas di sekolah lama ku. Kalau rajin... jemput ler baca semula kisah tersebut (gambar kat entri tu hilang pulak, nanti akan update semula)

Itu kisah sekitar 4 tahun yang lepas. Kemudiannya, sepanjang di NZ, memang aku tiada peluang untuk berpantun (ada pulak nanti mat salleh cakap aku ni gila...hehe). Namun begitu, ketika Pak Ngah Hamzah anjurkan kontest berpantun, aku tidak melepaskan peluang untuk menyertai. Alhamdulilah walaupun agak berkarat, menang jugak aku kontest tersebut. Klik sini kalau nak layan aku berpantun dengan gaya poyo...hehehe.

Nota tengah: tajuk entri ni dipetik semula dari entri semasa memasuki kontest berpantun anjuran Pak Ngah Hamzah.

OK, cukup tentang kisah silam...

Kisah terkini aku dan dunia pantun ialah tiga hari lepas. Alhamdulilah, kenangan manis sekali lagi. Pasukan bimbingan aku di sekolah tempat aku bertugas kini telah berjaya menjadi johan pertandingan pantun peringkat daerah Kuantan. Walaupun tekanan cukup hebat dapat dirasai semasa melatih para pemantun, namun, berkat kesungguhan pelajar segalanya cabaran dapat diharungi.

Apa yang menarik ialah pasukan yang dikalahkan ialah juara bertahan untuk bertahun-tahun lamanya. Apa yang kurang menarik ialah.... juara bertahan tersebut adalah sekolah lama aku, yang mana akulah menjadi perintis pantun di sekolah tersebut. Kini, legasi lama yang ditinggalkan disekolah lama tinggal kenangan, dan aku mengharapkan legasi baru di sekolah ku kini akan dapat dipertahankan.

Insya Allah kami akan ke peringkat negeri yang akan dilangsungkan di Temerloh. Kena makan ikan patin ler nanti... yum2. Doakan kejayaan kami....caiyok...caiyok...

Syabas anak muridku...

Syabas buat semua. Anda telah buktikan anda yang terbaik dalam pertandingan tersebut. Walaupun ianya sekadar pertandingan pantun, moga ianya juga membantu menajamkan pemikiran anda semua dalam pelajaran.

Akhir sekali.... aku sering terfikir, adakah anak-anak ibu akan mengikut jejak langkah ku ini? Entahlah.. apa-apa pun, jom layan Akak Mizah bersajak ketika usianya lapan tahun...



Sekian.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

2 comments:

miesha said...

bercerita pasal pantun, teringat lak baru2 nie, murid tahun 5 kat sek kena buat pembayang pantun sempena Minggu Bahasa Malaysia. Kelas anak muridku pun diajar laa cara nak buat pembayang nie, hasilnya...hahaaa memang tak ramai yang ada bakat untuk menghasilkan pantun yg terbaik. Anak murid yg pandai berpantun nie sememangnya otak mereka ligat berfikir dgn kreatif. tabik springgg laa kat anak2 murid yg pandai berpantun, lagi2 yg masuk bertanding nie...hebat : )

Anonymous said...

tahniah sis...kalau js mmg tak berbakat...segan naaa...hikhik..