Terkilan Dan Terkedu

Salam buat semua...

Sejak dua tiga hari ni aku rasa macam tak sihat.. mudah penat, rasa macam nak pitam.. kemudian jantung ni berdegup laju je. Nak dijadikan cerita semalam aku pergilah ke klinik dan selepas check tekanan darah doktor kata tekanan darah aku rendah 90/55.  Agaknya bila dah banyak bulan ni, macam-macam penyakit yang datang.. biasalah kalau tak tak mengandung namanya..hehe.

Sekarang ni aku agak sedikit tertekan kerana sekolah kami akan jadi tuan rumah Pesta Pantun. Aku dilantik sebagai jurulatih.. tapi yang buat aku terkilan dan sedih ialah bayangkan pelajar-pelajar sekolah aku ni balik pukul 5 petang (maklumlah sebab sekolah kluster dan terbaik di Pahang), Sabtu ada kelas tambahan, pastu jarak rumah aku dan sekolah agak jauh untuk aku berulang melatih mereka. Jadi persoalannya sekarang ialah bila masa aku nak latih mereka!.

Memang tak dapat dinafikan sekolah aku ni memang amat mementingkan kecemerlangan akademik berbanding yang lain-lain, kerap kali bila nak masuk pertandingan last minute baru cari peserta + berlatih. Tapi terus terang aku kata bahawa aku bukan begitu, bagi aku kalau nak hantar peserta kenalah buat bersungguh-sungguh.. ni kalau nak hantar sekadar melepas batuk ditangga baik tak payah hantar. Entahlah lain orang lain caranya. Kalau dulu semasa aku jadi jurulatih di sekolah lamaku aku punya masa yang mencukupi untuk berlatih dan sebab itu sekolah kami setiap tahun jadi johan. Tapi bila pindah ke sekolah kluster ni semua itu bukan keutamaan... yg jadi keutamaan adalah belajar dan belajar.. kadang-kadang ada juga mereka mengadu yang mereka terlalu penat, tapi apa yang aku boleh buat sekadar menjadi pendengar setia yang tak mampu mengubah sistem yang sedia ada.

Jadi untuk menyejukkan hati.. jom layan gambar yang kami snap ni... :)




10 comments:

Nadiah Sidek said...

akak pregnant rupanya. tahniah! berapa bulan dah?

Nida n' Hanafi said...

hehehe.. ye Nadiah.. dah lima bulan lebih.. doakan moga segalanya lancar ye :)

azieazah said...

Tentu rindu dengan sekolah lama di Pekan tu kan?
Takpa la, gigihlah untuk membuat perubahan.

Semoga menang lagi seperti dulu-dulu.

inahar ali said...

salam rindu nida..lamanya akak x melawat sini..rupanya dh blk mesia ye? moga nida sekuarga sihat sejahtera dan ceria selalu..amin!

Oyis said...

tahniah kak nida. jaga diri baik2. kerja, kerja jg, tp kesihatan kena diutamakan :)

Mario said...

suka gmbr bawah tu...lawoo..
ada jugak jurulatih pantun ek...hehe

fieda said...

salam nida..lamanya la fieda dok singgah sini...mood bw mmg merundum la ni..nida prgnt ker..alhamdulillah..jaga kesihatan ye..

fieda said...

salam nida..lamanya la fieda dok singgah sini...mood bw mmg merundum la ni..nida prgnt ker..alhamdulillah..jaga kesihatan ye..

wakgelas said...

chantek daa bunga rumput dardanelles tuu..,uhu

Unknown said...

huhuhu cantiknya gambo!