Setitis Keringat Selautan Jasa

Salam buat semua.

Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat guru-guru di Malaysia. Mereka diraikan dan pasti tak menang tangan menerima hadiah daripada anak murid. Namun jauh di sudut hatiku, hati ini tersentuh... lantaran guru yang paling banyak berjasa buatku telah lama dijemput Ilahi. Al-Fatihah buat Cikgu Muhammadon bin Juhari, andai dirimu masih hidup pasti kaulah insan pertama yang akan aku hubungi untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buatmu,  pasti kaulah insan pertama yang menjadi sumber rujukan yang yang utama buatku dalam menempuh cabaran dalam dunia pendidikan, dan pasti kaulah insan yang paling bahagia pada hari ini kerana pelbagai acara telah dirancang untuk meraikanmu di sekolah. Moga abah damai di 'sana'.




Abah duduk di tengah.



Buat semua guru-guruku yang pernah mengajarku tak kira secara formal atau tak formal, terima kasih seikhlas hati atas budi yang kalian taburi. Buat rakan seangkatan, Selamat Hari Guru diucapkan.. moga perjuangan dan semangat kita dalam mendidik anak bangsa terus membara dan tidak pernah padam.. Insya Allah. Ku tulis madah yang bernama puisi buat semua guru-guru di luar sana...




Antara rakan-rakan seperjuanganku dalam dunia pendidikan.