Mungkinkah Setaraf Antarabangsa...

Salam buat semua,

Syabas anak Malaysia... akhirnya Proton melancarkan kereta keluaran terbarunya, "Proton Preve - Kereta Global Pertama". Kami di sini turut bangga dengan pelancaran kereta tersebut. Lawa juga designnya dan juga ramai anak muda yang teruja untuk memiliki kereta ini.

Mulanya kami agak keliru sedikit dengan maksud "Kereta Global Pertama" tu. Namun, bila baca tentang pelancaran kereta ni di Berita Harian, kenyataan ini menjelaskan maksud "Kereta Global Pertama" tu....
Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada Proton kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

Kami harap ianya menjawab kritikan samada dari masyarakat tempatan ataupun antarabangsa tentang kemampuan Proton. Terutama komen dari Mat Salleh hidung tinggi yang bongkak ni.... (dari web site Top Gear)
We don’t know what Malaysian motorists did to upset the gods, but it must have been something pretty serious, judging by the punishment they seem to be getting. Still, at least the domestic audience thinks this stuff is the norm – what on earth do they think they’re doing bringing it to the UK? Walk away.

OK, kembali kepada topik... Bila dah keluar kereta baru ni, apa lagi jom kita berfikir secara lebih kritikal.... kalau kereta terbaru ini mencapai tahap global, adakah kereta Proton yang kita guna sebelum ini terlalu teruk? Ciri keselamatan kereta dan sebagainya...  Rasanya  mereka yang masih menggunakan Proton @ pernah menggunakan  (termasuk kami) tahu kualiti kereta Proton.

Namun itu sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Manakan mungkin dapat memberi harga yang rendah tetapi mahukan kualiti yang baik....

Gambar terselit...



Rindu sungguh kami kepada kenderaan kami dahulu... banyak sungguh jasanya.



p/s:

Malam kelmarin, sekitar jam 11.45 malam, al-kisahnya cik abang teringat ada barang yang tertinggal di dalam kereta. Dia keluar, tapi kemudian tergesa-gesa masuk ke rumah. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya dia kata ada fenomena Halo Moon. Ini adalah kali kedua kami saksikan Halo Moon di NZ. Kali pertama dulu cuma saksikan dengan mata sahaja tanpa dirakam. Sebenarnya waktu tu tak tau pun tu Halo Moon...hehehe, esoknya bila keluar news baru tau.

Nak tahu tentang Halo Moon ni, boleh baca arkib Berita Harian ni.

Inilah hasil tak seberapa yang dapat diambil malam kelmarin. Kami guna mode auto jer, sebab ianya berlaku terlalu cepat dan ditambah lagi awan begitu pantas menutup kembali bulan. Tak sempat nak buat setting-setting yang advance kat kamera tu....