Sekadar Merancang

Salam buat semua.


Dulu, semasa tahun pertama aku tinggal di bumi New Zealand ni, masa tu cik hubby belum beli kamera DSLR. Jadi kerjaku pada masa itu ialah duk layan puisi. Aku memang minat berpuisi sedari dulu, malah aku masih ingat kata-kata arwah abah  semasa aku di tingkatan tiga"Along lepas ni pergi aliran sastera je, tak payah pergi aliran Sains sebab abah nampak bakat Along boleh pergi jauh kalau Along masuk aliran Sastera". Tapi biasalah masa tu mudah terpengaruh dengan kawan-kawan, bila kawan-kawan dapat masuk asrama penuh aku pun naklah juga ikut jejak mereka.. jadi abah pun terpaksalah akur dengan kehendak aku untuk masuk MRSM Jasin.


Bila aku dah besar dan berkerjaya, kadang-kadang terfikir juga, andailah aku ikut kata arwah abah dulu.. apalah kerjaya aku sekarang ye, mungkin penulis tersohor kot (sesekali berangan)..hehe. Bila kami dah ada kamera DSLR ni, masalah lain pulak timbul, kalau dulu aku suka mengarang tapi sekarang nak menulis serangkap pantun@sajak pun susah. Masa senggang aku habiskan duk layan gambar-gambar di internet, kadang-kadang rasa tertekan juga sebabnya otakku dah berkarat nak mengarang sajak... adeiiiiii.


Ada juga rasa macam nak bersara dalam dunia fotografi ni (biarpun tak mahir mana), biar cik hubby sahaja yang fokus so aku bolehlah fokus untuk berpuisi, tapi bila mengenangkan sudah beribu-ribu ringgit kami habiskan untuk gadget kamera rasa rugi pula kalau tak digunakan sepenuhnya. Kemudian ada juga niat macam nak sambung belajar lepas ni... adoiiiiiii, macam-macam yang aku rancang... nanti jadi cikgu ke mana, fotografi ke mana, sajak ke mana, keluarga ke mana.. hahahaha. Apa pendapat anda?


Entahlah, apa-apapun perkara pertama yang perlu aku fikirkan ialah nak bina balik skil mengajar aku. Maklumlah bila dah lama sangat bercuti, nak bercakap depan anak murid pun ketor lutut ni...hahaha. Sebelum aku berhenti membebel, jom layan gambar yang sempat kami rakam di Muriwai.... layannnnnnnnn.