Alhamdulilah semalam, cuaca begitu cantik dan cerah selain tidak terlalu panas. Hari semalam juga, kami sekeluarga bersama dengan keluarga Dr. Suhaimi dan Asiah, serta keluarga Azwan dan Liza pergi menjual di Sunday Market Browns Bay. Sunday Market ni ala-ala pasar lambak di Malaysia, ada banyak barang yang dijual dari makanan, barang antik, baju, perkakas dapur, dll.
Keluarga Dr. Suhaimi dan Azwan akan pulang ke tanah air pada bulan Mac, manakala kami pula pada bulan Julai. Jadi dah dihujung-hujung waktu ni, terlanjur kami dah mula mengemas barang-barang, muncul idea untuk turut sama menjual di sana.
Seawal jam 6.15 pagi kaum bapa telah bergerak dahulu untuk "book" tempat dan "setup" barang-barang jualan. Ideanya bukan untuk mendapat keuntungan, tapi sekadar untuk mengosongkan barang. Kalau tidak terjual pun, kami akan buang juga barang-barang tersebut. Jadi segalanya dijual dengan harga yg teramaaaaattttt murah. Dari $0.50 dan paling tinggi $5. Kos tapak pula ialah $15, dan dikongsi bertiga.
Anak-anak juga seronok sebab mereka dapat pengalaman berniaga. Tapi Anis meragam teruk juga pagi ni, sebab banyak barang kesayangan dia kena jual. Akak Azi pun sedih juga bila roller skate dia kena jual. Memang dia sayang...tapi tak main pun, terperap jer. Nak bawak balik Malaysia tak berbaloi...jadi, kami jual jerlah. Alhamdulillah hasil jualan juga amat memberangsangkan dan banyak juga barang-barang yang telah terjual.
Layan beberapa keping gambar yang ada.
Antara barang-barang yang dijual oleh kami.
Melayan pembeli. Buku-buku ni kami jual cuma 50 sen sahaja.. hard cover lagi
Menyusun barang-barang.. :)
Pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan, berniaga di luar negara.... tak pernah-pernah termimpi untuk punya pengalaman ini..hehe. Insya Allah kami akan menjual lagi sebelum bulan Julai ni, jemputlah membeli ye rakan-rakan..:)
30 comments:
Post a Comment